Written by serenity | November 12th, 2013

Sebelum ini, Zubir Bipop dalam ruangan pojoknya di Berita Harian (BH) Ahad telah menulis mengenai Ummi Nazeera yang dikatakan telah berkahwin secara rahsia dengan pelakon Aeril Zafrel dan penghijrahan Ummi juga dikatakan disebabkan oleh pelakon itu ingin menyesuaikan diri dengan imej Islamik yang ditampilkan oleh Aeril.
Bagaimanapun, melalui akaun Twitternya Ummi menafikan perkara itu dan menuntut Zubir memperbetulkan keadaan. Menurut Ummi, dia tidak perlu lelaki atau perkahwinan untuk berhijrah.

Selepas itu, dalam BH Ahad lepas, Zubir telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas gosip tersebut yang dianggap sekadar dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti yang ditulis oleh beliau:-

Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk!

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pula mengapa Zubir tidak memohon maaf terhadap Aeril yang juga dikaitkan dengan gosip berkenaan. Sebelum ini beberapa kali gosip yang disampaikan Zubir telah terbukti benar walaupun dinafikan oleh para artis terlibat pada mulanya.

Cuma kali ini,  permohonan maaf dari Zubir mengesahkan bahawa cerita Ummi berkahwin rahsia dengan Aeril yang ditulis itu hanyalah khabar angin saja. Kita doakan yang terbaik saja untuk Ummi Nazeera yang semakin manis dengan imej Muslimah setelah penghijrahannya.

 

Written by serenity | November 8th, 2013

Kalau semalam Aeril Zafrel telah menunjukkan cakupan skrin WeChat antara Zubir Bipop dan isterinya Wawa Zainal, Zubir pula telah memaparkan sambungan mesej tersebut yang dikatakan tidak dipaparkan sepenuhnya sehingga dikatakan menimbulkan konotasi yang berbeza. Cakupan ini telah dimuat naik oleh Zubir di akaun Instagramnya.
 photo d810dc5246a311e388be22000a1d1fe4_71.jpg

uat peminat2 tegar & penyokong2 fanatik @aeril_zafrel & @waw4_zainal ini sambungan text @ bukti wechat yang cuba dijadikan alat propaganda mereka. Syabas! Renung kembali pribahasa ini: Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga yang sedang tidur nyenyak ???

Sebagai wartawan sudah pasti menjadi tugas Zubir untuk melaporkan mengenai dunia hiburan, jadi adatlah bila beliau mengajak artis keluar ‘melepak’, sebagai satu cara untuk ditemuramah bagi mendapatkan berita.

Adakah Zubir akan menulis gosip baru? Ataupun adakah beliau akan memberikan ulasan sebagai lanjutan kepada kontroversi Aeril dan Wawa menikah dua kali serta menyembunyikan perkahwinan kerana mendakwa patuh kontrak Metrowealth Group? Apa pun kita tunggu apakah yang akan ditulis oleh Zubir untuk ruangan pojoknya di Berita Harian Ahad nanti.

Written by serenity | October 12th, 2013

Susulan dari sidang media yang diadakan oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam, keduanya mengaku telah bernikah dua kali dan mempunyai anak, dan mendakwa melakukan demikian kerana Wawa takut dimarahi MIG (Metrowealth International Group yang dimiliki oleh David Teoh).

Wawa juga mendakwa pernah dikuarantin selama sebulan oleh MIG untuk menghalangnya berjumpa dengan Aeril. Namun melalui mStar Online, David Teoh menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut:-

Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?

David juga menafikan dia tidak membenarkan artis di bawah naungannya berkahwin:-

Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.

David turut menambah yang setakat ini Wawa tidak melanggar kontrak, tetapi dia sepatutnya membuat pengesahan mengenai status dirinya sebagai seorang isteri dan ibu. David juga masih menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat kejelitaan Wawa boleh membawanya lebih jauh dalam industri seni tempatan.

Sementara itu wartawan terkenal Zubir Bipop mengaku me’lahar’ kedua pelakon tersebut kerana bersikap munafik di Instagram beliau:-

@ ] zubirbipop Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini. Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa. Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad

Apa pun dinasihatkan kepada sesiapa pun, sekiranya sudah bernikah, hebahkanlah, tidak perlu menipu hanya kerana takut pandangan manusia.

Kami pasti orang seperti David Teoh juga masih mempunyai budi bicara, terbukti kerana ramai juga artis di bawah MIG yang berkahwin tanpa sebarang masalah sebelum ini. Ini kerana bila sekali kita menipu, kita terpaksa mencipta pula penipuan-penipuan yang lain, sehingga melibatkan pula nama agama. Apa pendapat anda?

Written by serenity | August 5th, 2013

Siapa tidak kenal dengan wartawan Zubir Berita Harian (BH). Hampir saban minggu ada saja cerita sensasi dari kolum Zubir yang disiarkan di sisipan Bi-Pop menjadi bahan perbualan orang ramai.

Semalam, melalui ruangan kolumnya, Zubir telah menyiarkan komen-komen Rita Rudaini mengenai hubungan Aidil Zafuan dengan wanita yang didakwa sebagai kekasihnya iaitu Zarema Zainal. Menurut laman RotiKaya, Rita dilaporkan sebagai berkata:-

Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.

Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya.

Ada kemungkinan komen-komen ini yang menyebabkan berlakunya ‘perang SMS’ antara Aidil dan Rita, sehingga akhirnya tertulis ungkapan cerai oleh Aidil melalui SMS. Malah, di Instagram milik Zubir BH, wartawan itu dikatakan mengeluarkan teks mendakwa Aidil cerai menggunakan SMS kerana gosip mengenai Aidil dan Zarema yang tersiar di Bi-Pop semalam.

Menurut Zubir, ia turut disahkan Rita setengah jam sebelum teks tersebut dimuat naik. Ada kemungkinan Aidil hilang sabar berikutan komen tersebut? Apa pendapat anda?