Written by serenity | October 12th, 2013

Susulan dari sidang media yang diadakan oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam, keduanya mengaku telah bernikah dua kali dan mempunyai anak, dan mendakwa melakukan demikian kerana Wawa takut dimarahi MIG (Metrowealth International Group yang dimiliki oleh David Teoh).

Wawa juga mendakwa pernah dikuarantin selama sebulan oleh MIG untuk menghalangnya berjumpa dengan Aeril. Namun melalui mStar Online, David Teoh menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut:-

Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?

David juga menafikan dia tidak membenarkan artis di bawah naungannya berkahwin:-

Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.

David turut menambah yang setakat ini Wawa tidak melanggar kontrak, tetapi dia sepatutnya membuat pengesahan mengenai status dirinya sebagai seorang isteri dan ibu. David juga masih menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat kejelitaan Wawa boleh membawanya lebih jauh dalam industri seni tempatan.

Sementara itu wartawan terkenal Zubir Bipop mengaku me’lahar’ kedua pelakon tersebut kerana bersikap munafik di Instagram beliau:-

@ ] zubirbipop Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini. Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa. Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad

Apa pun dinasihatkan kepada sesiapa pun, sekiranya sudah bernikah, hebahkanlah, tidak perlu menipu hanya kerana takut pandangan manusia.

Kami pasti orang seperti David Teoh juga masih mempunyai budi bicara, terbukti kerana ramai juga artis di bawah MIG yang berkahwin tanpa sebarang masalah sebelum ini. Ini kerana bila sekali kita menipu, kita terpaksa mencipta pula penipuan-penipuan yang lain, sehingga melibatkan pula nama agama. Apa pendapat anda?

304 responses to David Teoh – Tuduhan Kuarantin Wawa Zainal Mengarut

  1. Manis says:

    wartawan macam hampeh jer..

  2. ratuspidral says:

    Alahaiii zubir oii…sabar yea…marah2 sebab Aeril dan Wawa tak jemput kenduri diorg yea..nanti diaorg buat cukur jambul anak dan kenduri kesyukuran pasti diorg jemput zubir yea…mesti diam dah lepas tu..sian zubir ni tak jemput gi kenduri diorg nak meroyan bagai..

    btw Aeril dan Wawa, selamat menjalani hidup suami isteri dan ibu ayah dengan tabah dan cemerlang..

  3. Magua Putra says:

    Tahniah Wawa Zainal dan pasangannya… Setakat kisah ni… Malaysia lagi parah. Ada artis kawin dgn VVIp…siap beranak2 lagi… tak kecoh pon…. Ada artis berlakon Blue… minta maaf dan bertaubat… Peminat angguk macam ayam berak kapor…. Ada artis dah bercerai, tapi bila kawin…tak der siapa tahu…. wartawan layan jer… Semua ini poyo… Reporter artist malaysia mmg low class. Semua nak menaguk di air keruh… Mentang2lah Wawa cun dan pasangannya pon hensem… semua nak tunjuk handal…. pi rah wartawan malaysia…. Janji dah kawin, janji tak zina, janji tak rasuah, janji tak jual org, janji tak tipu duit org, janji tak der kaitan dgn pemimpin cukup lah…. Skandal artist dgn wartawan pon tak kurang hebatnya…. apa sal tak der laporan wartawan… Ini semua poyo….; Zubir mmg perangai busuk, mulut puaka. Setakat laporan sampah…pandai-lah. Zubir mau kena kick-ass sekali baru tau lu SIAPA? cari mkn hari putar belit…sakai…. Kes Zubir nih pon byk sgt!

  4. ape2 je lah says:

    mmg btul dhulukan allah tp si aeril ni x pkir ke dia nikah mula2 dlu, klu wawa pgnant mcmana (xde dkumen).. ni da pgnant br glabah br sebok trpkir anak tu nnti x brbin kan dia.. br la trpkir nk prepare dkumen bgai.. klu buat baik2 dlu kan bgus.. sygnya la sama cntik sama pdan tp xde gmbar kwin yg proper.. doakan yg trbaik je lah sbb sume da slesai kan..

  5. Anonymous says:

    aku dah menyampah dengan 2 orang ni..malunya tembelang dah pecah..kesian kat bb..

  6. pasangan sengal says:

    senang cakap…pasangan penipu dan ni smue nak cover diri sendiri…alasan yg tak masuk akal…cume orang bodoh yg percaya alasan ‘sengal’ diorang….selamat membina mahligai penipuan!!!

  7. […] David Teoh – Tuduhan Kuarantin Wawa Zainal Mengarut (300) […]

  8. Senget Tunggeng says:

    takyh ambil thu hal dorang nanti kita yg kena bru nk nyesal.. dah2 la tu..

  9. […] David Teoh – Tuduhan Kuarantin Wawa Zainal Mengarut (303) […]