Written by AbangNara | August 24th, 2010

gambar bung dan zizie

Serius jeles dan terasa nak kawin cepat melihat gambar kemesraan Bung dan Zizie Ezette nie. Teringin pulak berpuasa dan beraya dengan seseorang yang bergelar suami. Nampak bahagia dan best jer ada orang tersayang di sisi. Tengok gambar Bung dan Zizie pun dah tau ke”happy”an diorang.

Bak kata Zizie:-

[note]Paling saya suka apabila menyediakan juadah kegemaran suami di waktu berbuka dan bersahur. Kami juga menunaikan solat Tarawih bersama dan pastinya ia moment yang indah buat saya.[/note]

Lagi gambar Bung dan Zizie dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MediaMalaya.

 
Written by AbangNara | February 9th, 2010

zizie ezette

Kata orang tua-tua, kalau dah sayang semuanya nampak cantik belaka. Yang tak hensem pun jadi super hensem. Yang tak cun pun nampak lawa gila-gila. Semuanya sebab hati sudah suka. Begitu hebatnya kuasa percintaan. Kalau tak percaya tanyalah kepada Zizie Ezette yang mengakui Bung Mokhtar nie ada manisnya tersendiri walaupun tak kacak:-

[note]Selain berpendirian tegas, dia tahu apa yang dia inginkan, bijak, berani serta penuh dengan idea. Saya bangga dengan kualiti yang dimilikinya itu dan walaupun dia tidak kacak tetapi saya lihat dia punya manisnya yang tersendiri [/note]

Satu kesimpulan yang kami boleh ambil dari kisah cinta Zizie Ezette dan Bung Mokhtar ialah jangan terlalu membenci seseorang tue. Untuk pengetahuan anda, Zizie nie dah kenal lama ngan Bung. Tapi Zizie buat derk jer. Kalau Bung call dia tak layan. Kadang-kadang Zizie bagi alasan sibuk sebab malas nak layan call Bung. Memang jual mahal tahap tertinggi la. Tapi tup-tup satu hari dah jadi isteri Bung. Misteri kan?

Kami kagum dengan Zizie sebab dia mengaku yang dia tak pernah mintak sesen pun dari Bung Mokhtar. Lagipun dia kan ada duit sendiri hasil dari lakonan. Wat apa nak mintak kat Bung kan? Apa pun kami doakan kebahagiaan anda berdua. Dah selamat kawin dah pun. Tunggu time jer Zizie pulak nak mengandung.

Written by AbangNara | January 28th, 2010

zizie ezette

Oh rupa-rupanya ada 2 keping gambar lagi dari koleksi gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bersuka ria. Tapi siapa makhluk yang dipeluk dan dicium oleh Zizie itu tidak dapat dikenalpasti. Mungkinkah anak Bung? Layan ~~~~~~~~

zizie ezette