July 11th, 2016

Sejak bergandingan sebagai pengacara ABPBH 29, Mira Filzah semakin rapat dengan Zizan Razak. Malah, mereka berdua pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa sebelum ini.

Sudah beberapa bulan berkawan, Mira mula sedar Zizan bukan lelaki buaya darat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Mira menyifatkan Zizan seorang lelaki budiman dan amat fokus dengan kerjaya beliau. Jelas sekali pelakon wanita itu cukup selesa berkawan dengan Zizan. Selain itu, Zizan  juga seorang yang suka membantu dan mengambil berat tentang orang lain.

Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kami rapat, persepsi saya terhadap Zizan berubah 100 peratus. Dia tidak seperti yang digambarkan. Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Zizan. Bekerja dengannya pun satu pengalaman yang menyeronokkan.

Dia bersungguh-sungguh, banyak memberi idea dan tidak kedekut ilmu. Langsung tiada perangai diva.

Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana. Sebagai teman, Zizan seorang yang mengambil berat dan suka membantu.

Ehem2..melambung betul pujian Mira Filzah buat Zizan Razak..Hehe..tapi apa yang dikatakan oleh Mira itu ada betulnya. Kadang-kadang kita kenal dahulu hati budi seseorang sebelum menghakimi mereka.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

May 26th, 2016

Hujung minggu lepas menerusi sebuah akhbar tempatan, Mira Filzah dan Zizan Razak dikatakan begitu mesra bersama di balai polis ketika pelawak itu menemani Mira untuk membuat laporan polis setelah terlibat dalam satu kemalangan.

Walaubagaimanapun, sumber akhabr tersebut tidak mahu melabelkan mereka sebagai pasangan kekasih kerana tidak mahu mengada-adakan cerita.

Namun, sejak peminat Mira mendegar berita tersebut ramai yang ingin mengetahui perkara sebenar daripada mult Mira sendiri.

Terbaru, Mira menegaskan beliau masih lagi solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan percintaan bersama Zizan.

Jelas Mira, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman rapat dari satu industri yang sama.

Mesti abang-abang diluar sana senyum keriangan lepas dengar berita Mira Filzah masih solo. Ada lah lagi peluang untuk memikat hati Mira…

Sumber Berita : Utusan Online

May 24th, 2016

Zizan Razak sering dikaitkan dengan beberapa artis wanita dan gosip cinta seakan tidak boleh lekang daripada dirinya.

Baru-baru ini, menerusi ruangan Poklip di Utusan Online,  ada rakan Poklip mengatakan Zizan menemani Mira Filzah ke balai polis yang mahu membuat laporan polis setelah terlibat dalam satu kemalangan.

Menurut sumber berkenaan, Zizan dan Mira kelihatan cukup mesra bersama. Namun, rakan Poklip itu tidak mahu melabelkan mereka sebagai pasangan bercinta  kerana tidak mahu mengada-adakan cerita.

Ermm, sebelum ini Zizan dan Mira pernah bergandingan ketika mengacarakan ABPBH 29 dan mungkin sahaja hubungan mereka tidak lebih daripada kawan. Walaubagaimanapun,  kalau ditanya kepada tuan empunya badan tentu mereka tidak akan memberikan sebarang komen lanjut

Sumber Berita : Utusan Online