Written by Bella | October 1st, 2019

Spekulasi Zizan Razak bercinta dengan Bella Astillah masih lagi hangat diperkatakan. Memang nampak “chemistry” mereka berdua ketika Bella hadir ke majlis sambutan hari jadi ibu Zizan bulan lalu. Malah, Zizan juga kerap memuat naik foto mereka bersama di Instagram.

zizan razak bella astillah

Bagaimanapun, Zizan memberitahu hubungannya dengan Bella hanya sekadar teman biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu. Namun, dia tidak menolak sekiranya jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi itu.

Zizan akui dia selesa berkawan dengan Bella yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut.

zizan razak bella astillah bercinta

Dia seorang yang baik, suka bercerita dan lemah lembut. Mana-mana lelaki yang tengok dia pasti akan suka. Buat masa ini saya suka berkawan dengannya, tidak lebih daripada itu.

Cara saya, kalau saya ada apa-apa yang istimewa dengan seseorang, saya tidak akan memuat naik gambar kami dalam Instagram. Kalau hanya berkawan, saya berani untuk muat naik gambar. Iyalah, sebab tiada hubungan istimewa.

zizan razak bella astillah

Tapi lain pula ceritanya kalau ditakdirkan dia jodoh saya, takkanlah saya nak nafikan. Itu pemberian Allah.

Kalau bercinta pun apa salahnya, memang kedua-duanya pun solo. Berkawan dahulu dan kenal hati budi  masing-masing. Mana tahu ada jodoh kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | August 28th, 2019

Sudah tiga bulan bercerai, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui dia dan bekas suami, Aliff Aziz masih berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar. Bagaimanapun, Bella enggan mengulas lanjut mengenai soal mereka bakal rujuk semula.

bella astillah

Saya tak bersedia untuk bercerita mengenai soal dia pujuk bagi rujuk semula disebabkan hal ini privasi. Saya reda dan percaya dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya hanya menunggu.

Sudah tiga bulan bercerai, saya dan Aliff masih saling menghubungi namun lebih banyak bertanya khabar masing-masing atau anak kami, Ayden. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa.

aliff aziz bella astillah rujuk semula

Bukan mudah sebenarnya untuk kekal tabah dan kuat menempuhi dugaan yang besar dalam hidupnya, namun wanita itu mengakui sudah memaafkan Aliff dan enggan terus dibelenggu rasa sedih dan kecewa.

Saya sentiasa percaya kalau ada jodoh, adalah. Tak kisahlah pasangan yang sudah berpisah berpuluh tahun pun.

bella astillah

Sebenarnya bukan mudah untuk ‘move on’ namun saya memilih untuk memaafkannya. Itulah yang memberi saya kekuatan selain rasa lebih tenang dan tanpa dibelenggu rasa sakit hati atau benci.

Daripada terus bersedih, lebih baik saya gembirakan diri dan fikirkan keluarga serta Ayden. Jikalau bersedih, saya akan terus memandang wajahnya. Sekarang pun jarang ada masa untuk saya bersedih disebabkan sangat sibuk dengan kerja.

Rumah tangga Bella dan Aliff musnah selepas lelaki itu beberapa kali didakwa berlaku curang dengan beberapa orang wanita. Mereka sah bercerai talak satu pada 16 Mei lalu.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | August 26th, 2019

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba spekulasi Zizan Razak bercinta dengan Bella Astillah bertebaran bak puting peliung. Terkejut beruk Abang Nara dibuatnya. Spekulasi ini bermula apabila Bella Astillah dilihat hadir ke majlis sambutan hari jadi ibu Zizan Razak, yang telah dimuatnaik oleh pelawak tersebut ke sosial media. Siap berdiri sebelah mak Zizan lagi. Memang sesuatu sangat kan?

zizan bella astillah

Cuba korang tengok video yang diperkatakan ramai ini. Lompat ke hujung video untuk melihat Bella Astillah, Zizan Razak dan ibunya berdiri sebelah menyebelah. Nampak sepadan pula kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


zizan bella astillah

Tapi korang semua jangan risau, menurut Zizan, dia tidak bercinta dengan Bella. Kehadiran bekas isteri Aliff Aziz itu sekadar kebetulan sahaja. Terang Zizan:-

Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem kami. Masa dia hubungi, saya ada tanya dia ada dimana dan dia berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu saya ajak dan dia pun datang. Saya jenis kalau bercinta tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial

zizan bella astillah

Ala, kalau betul pun apa salahnya kan? Zizan pun dah mencecah usia 35 tahun, Bella pun solo. Tak ada sesiapa nak marah pun. Bila tengok lama-lama, memang nampak macam pinang dibelah dua kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Mana tahu ada jodoh kan? Sumber Mstar Online.