Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kalau Ditakdirkan Jodoh Dengan Bella, Takkanlah Saya Nak Tolak – Zizan Razak

zizan razak bella astillah

Spekulasi Zizan Razak bercinta dengan Bella Astillah masih lagi hangat diperkatakan. Memang nampak “chemistry” mereka berdua ketika Bella hadir ke majlis sambutan hari jadi ibu Zizan bulan lalu. Malah, Zizan juga kerap memuat naik foto mereka bersama di Instagram.

zizan razak bella astillah

Advertisement

Bagaimanapun, Zizan memberitahu hubungannya dengan Bella hanya sekadar teman biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu. Namun, dia tidak menolak sekiranya jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi itu.

Zizan akui dia selesa berkawan dengan Bella yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut.

zizan razak bella astillah bercinta

Dia seorang yang baik, suka bercerita dan lemah lembut. Mana-mana lelaki yang tengok dia pasti akan suka. Buat masa ini saya suka berkawan dengannya, tidak lebih daripada itu.

Cara saya, kalau saya ada apa-apa yang istimewa dengan seseorang, saya tidak akan memuat naik gambar kami dalam Instagram. Kalau hanya berkawan, saya berani untuk muat naik gambar. Iyalah, sebab tiada hubungan istimewa.

Advertisement

zizan razak bella astillah

Tapi lain pula ceritanya kalau ditakdirkan dia jodoh saya, takkanlah saya nak nafikan. Itu pemberian Allah.

Kalau bercinta pun apa salahnya, memang kedua-duanya pun solo. Berkawan dahulu dan kenal hati budi  masing-masing. Mana tahu ada jodoh kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    October 2, 2019 at 11:25 am

    Tak penting tak perlu bersuara buat dosa je..jgn sedap komen je…fikir dulu …x perlu x payah komen…sekian..

  2. Anonymous

    October 2, 2019 at 7:40 am

    Semua pompuan Zizan ni nak try… mcm biasalah… yg playboy biasanya jantan muka tembok tak siap. Yang handsome pulak ramai yg gay. Yang betul betul handsome barulah setia mcm Edika Yusof

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top