November 27th, 2017

Sejak tahun lepas lagi pelakon Mira Filzah dikaitkan dengan Zizan Razak tetapi sehingga hari ini mereka hanya memberikan jawapan yang sama iaitu hubungan mereka hanya sekadar teman. Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada ada khabar mengatakan Mira ada bertemu dengan bekaks kekasih Zizan. Eh, untuk apa pula tu? Bukankah mereka tidak bercinta?

Mengakui ada bersemuka dengan bekas kekasih Zizan, Mira menjelaskan beliau bukan mahu menyelidik siapa sebenarnya Zizan tetapi kerana ingin mengenal Zizan dengan lebih mendalam.

Pertemuan itu lebih kepada perbincangan. Saya lakukan perkara itu atas nasihat ibu yang mahu saya mengenali lebih mendalam lelaki yang cuba mendekati. Zizan adalah selebriti jagi saya perlu tahu siapa dirinya. Lagipun, ibu mengambil berat dengan siapa saya berkawan dan mahu saya sentiasa berhati-hati dan jangan terlalu terburu-buru membina sesuatu perhubungan.

Sekali lagi, Mira berharap peminat tidak meragui hubungan beliau dengan Zizan kerana sejujurnya mereka hanya berkawan sahaja.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

May 17th, 2017

Pelakon Mira Filzah akui beliau selesa berkawan dengan Zizan Razak dan cukup senang dengan sikap kelakar Zizan. Namun, itu tidak bermakna beliau mengiyakan gosip kononnya mereka sedang bercinta. Mira sebolehnya enggan menjaja gosip percintaan mereka demi menjaga nama baik keluarganya.

Saya tak menafikan, saya suka berkawan dengan Zizan kerana dia baik dan kelakar. Tetapi kami hanya teman rapat sahaja.

Sejak kecil, ibu bapa mendidik saya untuk menjaga nama baik keluarga. Oleh itu, saya sebaik mungkin tidak mahu mencemarkan nama keluarga dengan sebarang gosip atau kontroversi negatif. Nasihat mereka, apabila sudah pasti semuanya, barulah saya bersedia untuk membuka mulut mengulas perihal cinta. Namun, buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa saja dan memberi tumpuan kepada kerjaya.

Baru sahaja berusia 24 tahun, Mira memberitahu perjalanan karier beliau dalam bidang seni masih lagi jauh. Tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk berkahwin, Mira terima sekiranya jodoh beliau ditakdirkan lebih awal.

Sejujurnya, ibu Mira tidak begitu gemar jika beliau memilih bakal suami daripada bidang seni. Namun, perkara itu masih lagi boleh dibincangkan.

Ramai yang ingin melihat Mira dan Zizan bercinta tetapi semua itu bergantung kepada ketentuan takdir. Kadang-kadang, seorang wanita dan lelaki boleh menjadi kawan baik tanpa perlu bercinta.

Sumber Berita : BH ONLINEĀ