Written by AbangNara | August 25th, 2014

Pergh~~~~~~~~ Walaupun tidak disahkan benar oleh empunya badan, namun kalau betul Zizan Razak dan Emma Maembong telah menjalani sesi gambar pra perkahwinan di Jepun, itu adalah sangat awesome. Kalau mengikut imaginasi Abang Nara, Zizan jadi samurai sementara Emma pula pakai kimono. Memang klasik habislah. Teringin juga nak tahu betul ke tidak sesi tersebut telah berlangsung. Sayangnya Zizan menganggap ia terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan kita semua.

gambar pra perkahwinan zizan dan emma maembong

Malah Zizan juga memaklumkan yang tarikh perkahwinannya dengan Emma Maembong masih dalam perbincangan dan bukan pada Januari 2014 seperti yang digembar-gemburkan. Kata Zizan menerusi Mstar Online:-

Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya. Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini.

Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan. Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi

gambar pra perkahwinan zizan dan emma maembong

Tak sabar rasanya nak tunggu Zizan dan Emma naik pelamin. Kalau betul dah ambil gambar kat Jepun, mesti akan dikongsikan gambar-gambar tersebut di hari bahagia mereka. Pasti ‘stylo’ punya. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka berdua dipermudahkan untuk membina masjid. Confirm ‘wedding of the year’ punyalah. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Polis akan guna kereta hibrid Oktober depan

Written by AbangNara | January 6th, 2014

Klasik juga teknik penunjukkan romantik antara Zizan Razak dan Emma Maembong ini. Menarik sungguh. Kreatif sungguh orang zaman sekarang “bercinta”. Seronok Abang Nara melihatnya. Turut ditemani rakan-rakan daripada syarikat Wireframe sepanjang berada di Amerika Syarikat, Zizan dan Emma mengambil gambar secara berasingan di tempat yang sama dengan gaya yang hampir serupa. Sempoi kan?

zizan emma amerika

Gambar di atas ialah Zizan di Golden Gate Bridge, San Francisco. Emma turut sama mengambil gambar di tempat yang sama.

zizan emma amerika

Antara gambar lain yang serupa ialah ketika ketibaan mereka di Las Vegas.

zizan emma amerika

Emma Maembong pulak.

zizan emma amerika

Cute bukan pasangan “kekasih yang masih tidak mengaku kekasih ini”? Semoga hubungan mesra sebegini berkekalan dan cepat-cepat dapat naik jinjang pelamin. Abang Nara pasti kedua-dua belah peminat selebriti ini merestui hubungan mereka. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 26th, 2013

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya identiti gadis yang berjaya mencuri hati Zizan Razak. Walaupun sudah dinafikan, masih kuat lagi spekulasi yang menyatakan gadis tersebut adalah Emma Maembong. Mungkinkah spekulasi tersebut akan bertambah kuat selepas kenyataan daripada ibu Zizan ini?

zizanemma

Menurut ibu Zizan, Emma Maembong pernah datang beraya di rumahnya kira-kira 2 tahun yang lepas. Katanya kepada portal Murai:-

Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan ketika itu. Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.

zizanemma

Rasanya kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, ramai yang akan gembira. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Cuma mungkin jarak usia yang lebih kurang 10 tahun akan menjadi sedikit masalah. Namun kalau dah cinta, apa saja halangan mampu dirempuh. Tak gitu?

P.S: Kos yang digunakan untuk menjadi Iron Man

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI