Written by Bella | January 12th, 2016

Tanggal 26 November 2015 merupakan tarikh penuh bermakna buat Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof apabila menimang cahaya mata pertama mereka, Muhammad Zeeshan yang lahir kira-kira 11.40 pagi.

Baru sahaja lepas berpantang, pasangan ini telah mengadakan majlis aqiqah buat Zeeshan yang berlangsung di kediaman mereka pada hari Sabtu lepas. Majlis tersebut cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

Zeeshan nyata mewarisi kemanisan wajah Fouziah Gous dan kelihatan cukup comel.

Berikut kami sertakan 18 lagi foto sekitar majlis aqiqah Zeeshan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | November 26th, 2015

Aktres Fouziah Gous dan suami Zhafran Yusof kini sudah menjadi ibu bapa apabila Fouziah sudah selamat bersalin cahaya mata pertama mereka sekitar jam 11.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta terletak di Shah Alam.

Zhafran telah berkongsi kegembiraan mereka suami isteri di akaun Instagram miliknya tadi dan memberitahu kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat.

My Utmost Gratitude to Allah swt ..Alhamdulillah ,Isteri saya @fouziahgous Sudah selamat melahirkan anak …Terima Kasih atas Doa yand di panjatkan … Semoga anak ini menjadi anak yang soleh … #syukurlah @zhafoujr @fouziahgous #zhafou #demc #gratitude

Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka berdua membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina bayi mereka.

Peminat Fouziah juga cukup teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar Fouziah serta suami semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Kami di BeautifulNara juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fouziah Gous dan Zhafran kerana sudah bergelar ibu dan ayah. Selepas ini, tanggungjawab anda lebih berat dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Apa-apa pun, semoga lebih murah rezeki dan bahagia.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | May 12th, 2015

Jika sebelum ini Fouziah Gous berkongsi foto beliau dan suami, Zhafran Yusof menikmati bulan madu di Jepun, kali ini pasangan romantis tersebut telah memuat naik beberapa foto mereka bercuti ke Budapest.

Kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka boleh membuat sesiapa sahaja cemburu kerana jelas terpancar kasih sayang diantara mereka.

Untungkan dapat berkunjung ke negara orang dan dapat melepaskan tekanan kerja. Kalau kami belum tentu lagi dapat menjejakkan kaki ke sana.

Apa-apa pun mari kita lihat foto romantis Fouziah Gous dan suami bercuti di Budapest dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 7th, 2014

Abang Nara suka melihat gambar pasangan suami isteri ini. Fouziah Gous dan Zhafran Yusof sentiasa mempamerkan kemesraan mereka. Bagi Abang Nara ini satu perkara yang bagus dan wajar dicontohi. Orang kita kadang-kadang agak pemalu untuk menunjukkan kasih sayang. Kata orang, masa bercinta tangan tak lepas, dah anak dua bini kat mana pun tak tahu. Hehehe.

gambar mesra fouziah gous dan zhafran

Tak salah untuk Abang Nara melabelkan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof sebagai pasangan suami isteri selebriti yang paling romantik. Yang penting jangan sampai terkongsi gambar yang “over” sudahlah. Setakat ini daripada apa yang Abang Nara perhatikan, semuanya masih okay. Tak ada yang terlebih dan sakit mata memandang. Semuanya sweet-sweet belaka.

gambar mesra fouziah gous dan zhafran

Abang Nara pun rasa nak mencontohi Fouziah Gous dan Zhafran selepas ini. Kena tunjukkan kasih sayang pada isteri tercinta. Biar sentiasa hangat hubungan suami isteri. Tak gitu? Lagi beberapa keping gambar pasangan suami isteri ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

P.S: Lakonan semula filem terkenal bersama anjing peliharaan