February 1st, 2020

Gara-gara memuat naik berita palsu mengenai jangkitan wabak Coronavirus menerusi akaun Twitternya baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi semalam disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama hampir tiga jam.

zed zaidi skmm

Hadir ke Menara SKMM bersama peguamnya, Zamri Idrus, Zed disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan memberikan kerjasama sepenuhnya ketika memberi keterangan mengenai hal tersebut. Pada masa yang sama, dia berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika menulis sesuatu perkara di media sosial.

Untuk yang di luar sana berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial)

zed zaidi berita palsu coronavirus

Menurut peguamnya, Zed tiada berniat untuk mencetuskan huru-hara atau panik sebaliknya status di Twitter itu hanyalah persoalan peribadi.

Kami dimaklumkan tadi oleh pihak SKMM, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil (semula).

zed zaidi coronavirus

Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun.

Terdahulu, Zed mengatakan situasi di negara ini juga sudah tidak selamat, orang ramai kini terpaksa memakai topeng sepanjang masa bagi mengelak dari dijangkiti wabak tersebut. Rata-rata netizen menggesa pihak SKMM dan PDRM untuk mengambil tindakan ke atas Zed kerana telah menyebarkan berita palsu. Ini boleh mencetuskan salah faham dan membuatkan keadaan menjadi huru-hara.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 29th, 2020

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dikecam teruk selepas mengongsikan berita palsu berkaitan wabak Coronavirus di media sosial. Malah, dia seakan mencetuskan lagi panik apabila turut mengatakan situasi di negara ini juga sudah tidak selamat, orang ramai kini terpaksa memakai topeng sepanjang masa bagi mengelak dari dijangkiti wabak tersebut.

zed zaidi coronavirus

Tampil mempertahankan dirinya selepas dikecam, Zed mengaku dia mengetahui berita berkaitan wabak Coronavirus yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya adalah palsu. Namun, dia memuat naik ‘posting’ berkenaan hanya untuk menunjukkan fotonya memakai topeng muka.

Zed berkata, berita tersebut memaparkan orang ramai mengenakan topeng muka dan dia juga melakukan perkara sama untuk menujukkan kesamaan.

zed zaidi berita palsu coronavirus

Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja. Takkan la saya tak tahu tu berita palsu.

Apa yang saya cuba buat adalah nak link berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka (sebab) nak link saya pakai topeng tu.

zed zaidi coronavirus

Terdahulu, rata-rata netizen menggesa pihak SKMM dan PDRM untuk mengambil tindakan ke atas Zed kerana telah menyebarkan berita palsu. Ada pula segelintir netizen menyifatkan tindakannya menyebar berita yang tidak sahih itu sebagai ‘bodoh’.

Sumber Berita : Malaysiakini

January 28th, 2020

Sejak beberapa hari ini isu wabak Coronavirus menjadi topik perbualan yang paling hangat dalam kalangan warga Malaysia. Terdapat beberapa berita palsu yang sengaja ditularkan, membuatkan lebih ramai orang panik. Sebab itu, pihak kerajaan sudah memberikan peringatan kepada orang awam untuk jangan sebarkan sebarang maklumat palsu mengenai wabak berkenaan sehingga bokeh mencetuskan huru-hara.

zed zaidi coronavirus

Bagaimanapun, bukan semua orang peka atau “pandai” membezakan yang mana satu berita sahih atau sebaliknya. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi dikecam teruk selepas mengongsikan berita palsu berkaitan Coronavirus.

Menerusi akaun Twitternya, Zed memuat naik paparan berita mengatakan semua negara telah menghalang kemasukan rakyat negara China kecuali Malaysia.

zed zaidi berita palsu coronavirus

Malangnya, foto yang dikongsikan oleh Zed itu sememangnya palsu dan “berita” tersebut boleh direka oleh sesiapa sahaja melalui laman breakyourownnews.com, dengan memasukkan teks dan imej didalam ‘template’ yang disediakan.

Rata-rata netizen menggesa pihak SKMM dan PDRM untuk mengambil tindakan ke atas Zed kerana telah menyebarkan berita palsu. Ini boleh mencetuskan salah faham dan membuatkan keadaan menjadi huru-hara.

zed zaidi coronavirus zed zaidi berita palsu coronavirus

zed zaidi dikecam

Ada segelintir netizen menyifatkan tindakannya menyebar berita yang tidak sahih itu sebagai ‘bodoh’.

Meskipun dikecam teruk, Zed nampaknya masih tetap dengan “pendiriannya” dan masih belum memadam ‘tweet’ tersebut.

Semak dahulu fakta sebelum hendak sebarkan berita. Kena lebih berhati-hati apabila membaca maklumat yang tersebar media sosial kerana bukan semuanya betul.