August 4th, 2016

Sebut sahaja nama Zainal Abidin tentu ramai yang akan ingat dengan lagu popular beliau iaitu Dekat Tapi Jauh. Malah, Zainal merupakan penyanyi yang cukup berkaliber sehingga kini.

Namun,  Zainal baru-baru ini ada meluahkan hasratnya untuk bersara kerana ingin membuka ruang dan peluang untuk penyanyi lain menempa kejayaan.

Menurut Zainal, beliau kini dalam perbincangan untuk mengeluarkan album antarabangsa dan selepas itu beliau akan memperlahankan kerjaya didalam bidang muzik tempatan.

Saya sedang berbincang dengan sebuah label muzik antarabangsa iaitu Abien Music untuk menghasilkan sebuah album antarabangsa. ?Selepas itu, saya akan adakan sebuah konsert solo di Kuala Lumpur dan Johor bersempena 35 tahun perjalanan saya dalam industri muzik.

Bersara itu bukan bermaksud saya tidak menyanyi tetapi jika ada tawaran persembahan di luar negara, saya tetap akan terima cuma untuk dalam negara, saya akan kurangkan .

Kami yakin keputusan yang dibuat oleh  Zainal Abidin ini sudah difikirkan secara masak-masak. Bak kata beliau, mungkin sudah tiba masa untuk artis lain pula mencipta nama ke tahap yang lebih hebat ataupun setanding dengan beliau. Masih ada lagi bakat diluar sana yang cukup berkualiti.

Sumber Berita : Utusan Online

January 20th, 2015

Sebelum ini, pelakon Puteri Mardiana Zainal Abidin, 34, atau mesra dipanggil Nina, telah ditangkap kerana berduaan dengan kekasihnya Shahrizam Abdullah, 31, di kediaman Nina pada 13 Disember tahun lepas. Melalui BiPop Ahad lepas, Nina telah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburukan kebahagiaanya dengan Ejumps. Dakwanya, kejadian tangkap basah itu ialah hasil komplot bekas teman lelakinya dengan isteri Ejumps.

 photo ScreenShot2015-01-20at20407PM.png

Imej Berita Harian

Dakwa Nina, isteri Ejumps telah keluar dari rumah selama lebih setahun dan kes perceraian mereka masih belum selesai dibicarakan di Mahkamah Syariah. Menurut Nina juga, tiada sebarang pendakwaan dilakukan terhadapnya dengan Ejumps berikutan tangkapan itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Saya mendapat tahu kes kami tidak akan dibawa ke Mahkamah Syariah atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan. Jelaslah, kami tidak bersalah. Sehingga kini, telah lebih sebulan kejadian, tidak ada apa-apa tindakan…Alhamdullillah.

Saya dan Ejumps sudah disoal siasat seminggu lepas kejadian. Saya sebenarnya tinggal bersama dua rakan. Secara kebetulan malam itu mereka bekerja. Saya dan Ejumps baru pulang dari Central Market.Ejumps singgah sekejap di rumah untuk minum air dan membawa naik baju saya dan barang dapur yang dibeli.

Ketika bersembang di ruang tamu, pintu rumah diketuk. Ejumps membuka pintu dan melihat tiga penguatkuasa JAIS. Mereka memeriksa dari bilik ke bilik. Katil masih teratur, tiada kesan tuala basah dan bilik tidak berselerak. Kami ketika itu sedang berbual, antaranya isu Ejumps dan isteri.

Penguatkuasa JAIS ajak kami ke balai polis. Saya dan Ejumps tidak takut. Kami memberi kerjasama kepada JAIS dan polis. Apa yang menghairankan, salah seorang penguatkuasa JAIS tanya, Ejumps suami orang kan? Agak pelik, bagaimana mereka tahu Ejumps suami orang? Saya ada bukti kukuh apa yang berlaku adalah angkara bekas teman lelaki. Beliau merancang segala-galanya.

Kata Nina, dia dan bekas teman lelaki putus hubungan kira-kira dua bulan lalu.

Dia tuduh Ejumps punca kami berpisah, sedangkan hakikatnya tidak.

Kata Nina, dia dan bekas teman lelaki tiada keserasian. Bekas teman lelaki juga dikatakan sering bersikap kasar dengannya dan oleh itu dia berpendapat bekas teman lelaki bukanlah orang yang sesuai untuknya.

Dedah Nina, Ejumps merupakan kawan kepada bekas teman lelakinya.

Ejumps pula memberitahu yang dirinya sudah lama berseorangan kerana isterinya keluar rumah dan membawa lari anak hasil hasutan dan campurtangan ibu isterinya.

Dia mendakwa sudah tiga bulan tidak melihat anaknya dan perbicaraan tentang tuntutan Fasakh menjadi lambat kerana isterinya berlengah-lengah. Ejumps yang memberitahu bekerja sebagai arkitek mempersoalkan mengapa isterinya sakit hati apabila dirinya rapat dengan Nina sedangkan dia yang meninggalkan rumah?

Nina dan Ejumps turut mengatakan akan bernikah selepas Aidilfitri tahun ini.

Wow, apa yang dikatakan oleh mereka berdua sebenarnya sesuatu yang amat serius. Apakah reaksi  isteri Ejumps dengan pendedahan ini? Akan kami laporkan dalam entri selepas ini. Tunggu!

May 27th, 2014

Mungkin Abang Nara sudah dimamah usia namun ABPBH2013 kali ini terasa kurang kemeriahannya. Entah di mana silapnya, terasa hambar sepanjang majlis ini berlangsung. Mungkin ABPBH perlukan kembali sentuhan Faizal Ismail sebagai pengacara. Secara jujur, pengacara kali ini, terutamanya kumpulan Shiro sangat tidak menjadi. Kurang menyerlah dan tidak membangkitkan rasa teruja.

abpbh2013

Yang paling mencuri perhatian sudah tentu kehadiran Zila Bakarin ketika menjadi hos untuk mengumumkan pemenang salah satu kategori ABPBH2013. Terkejut beruk semua orang dibuatnya. Memang seksi tak ingat punya. Rasanya di masa hadapan, pihak ABPBH boleh buat garis panduan pakaian yang lebih ketat untuk mengelakkan penonton di rumah terkena serangan sakit jantung.

abpbh2013

Namun Abang Nara ingin mengucapkan tahniah buat pihak penganjur ABPBH2013 kerana berjaya mendapatkan Zainal Abidin, Liza Hanim dan Nora untuk membuat persembahan. Memang terkenang nostalgia lama lebih-lebih lagi ketika Liza Hanim menyanyi. Lama betul Liza Hanim tidak muncul di kaca tv. Semoga selepas ini Liza Hanim akan kembali aktif menyanyi untuk mengubat rindu para peminatnya.

abpbh2013

Semoga “post-mortem” yang akan dijalankan dapat memperbaiki mutu ABPBH yang akan dianjurkan tahun hadapan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Lagi beberapa gambar sekitar malam ABPBH2013 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar laman web ABPBH.

abpbh2013

abpbh2013
abpbh2013

abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013
abpbh2013