April 23rd, 2018

Baru-baru pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain telah mengaitkan nama pengurus Rozita Che Wan yang dikatakan memulakan isu panas mengenai kontroversi “body shaming” agar mereka yang mempunyai tubuh gempal dengan berat melebihi 60 kilogram untuk tidak hadir ke mana-mana acara fesyen.

Zaihani pada masa yang sama menyarankan agar pereka fesyen lain memboikot untuk tidak menaja baju kepada Che Ta. Dalam erti kata lain, biarlah ia menjadi “balasan” terhadap perbuatan tersebut.

Advertisement

Tentunya Che Ta bengang dengan kenyataan Zaihani, walaubagaimanapun beliau sedikit pun tidak hairan sekiranya tiada pereka fesyen yang ingin menajanya selepas ini.

Boleh kira tak sampai sebelah tangan pun nama pereka yang saya selalu pakai. Persoalan sekarang, adakah pereka nak dengar cakap dia? Sudah tentu kalau saya yang pakai baju mereka lebih meletup. Kalau dia ajak pereka untuk boikot saya, saya tidak hairan. Lagi pun saya ada banyak koleksi sendiri. Kalau Jakel adalah gudang kain, rumah saya pula adik kepada gudang. Jadi, ada saya kisah?

Tidak dinafikan, saya banyak membantu pereka untuk memperkenalkan nama mereka terutama dalam kalangan pereka baru. Dengan tindakannya itu, adakah pereka nak dengar cakap dia atau masih nak buat baju saya? Lagi satu, adakah dia membantu meningkatkan nama seseorang pereka?

Dengan populariti yang Che Ta ada, kami pasti akan ada pihak yang ingin menaja beliau. Sejujurnya siapa yang boikot itu memang rugi kerana tidak menggunakan peluang yang ada untuk menaikkan lagi jenama mereka seperti yang dikatakan oleh Che Ta. Apa komen korang?

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement