Written by serenity | April 15th, 2018

Percintaan antara pelakon kacak Zul Ariffin dan pelakon jelita Zahirah Macwilson bukan satu rahsia walaupun keduanya tidak begitu mencanangkan mengenai percintaan mereka. Ada yang mendakwa hubungan mereka pernah putus pada satu ketika, namun kini Zul juga mengakui perhubungan mereka sering putus dan bersambung semula.


Kini keduanya berpatah arang dan menyatakan tidak akan kembali ke pangkuan masing-masing malah Zahirah mengatakan telah move-on dari perhubungan mereka yang berlangsung tiga tahun. Kepada Harian Metro, Zahirah memberitahu:

Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Malah, apa yang lebih penting saya tidak berdendam dan benci Zul. Kalau dia nak burukkan saya, silakan.

Sejujurnya, saya tidak sedih pun. Saya okay saja. Sepanjang tiga tahun bercinta macam-macam saya lalui. Namun, saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi.

Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual kerja padat. Malah, saya tidak terfikir lagi untuk berlakon dengannya jika ada tawaran.

Biarlah saya simpan segala kenangan yang pernah kami lalui bersama. Kalau betul saya berperangai buruk seperti diperkatakannya, saya doakan dia temui wanita yang lebih baik.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.