January 4th, 2013

Sebenarnya Abang Nara memang sangat kecewa apabila Yuna menarik diri daripada menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27. Bagi Abang Nara, lagu tersebut ada harapan tinggi untuk bergelar juara sekiranya tuan punya badan sendiri mendendangkan lagu tersebut.

aizat ganti yuna

Setelah ura-ura menyatakan Uji Rashid bakal menggantikan Yuna, hari ini telah disahkan yang Aizat secara rasminya akan menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27 kelak. Diharap Aizat sempat membuat persiapan memandangkan AJL27 hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Kata Aizat kepada Sinar Harian:-

Memang tak sangka sebenarnya. Apa pun, saya kena hafal lirik dulu dan sesuaikan diri dengan lagu itu cepat. Tinggal dua hari saja sebelum AJL27. Persediaan belum mula apa-apa lagi. Cuma, saya akan cuba untuk beri yang terbaik… kawan dah minta tolongkan.

Diharap Aizat sempat mengubah sedikit susunan lagu dan rentak supaya bersesuaian dengan tona suaranya. Good luck and all the best untuk Aizat. Jangan tertekan dan buat habis sebaik ye!!!

P.S: Video perpecahan ummah oleh Matluthfi

January 2nd, 2013

Ini berita yang agak menyedihkan terutamanya buat kipas susah mati Yunalis Zarai. Yuna dilaporkan menarik diri daripada bertanding di AJL27 kerana bertembung dengan jadual proses rakaman albumnya di USA.

yuna tarik diri ajl27

Yuna sepatutnya mendendangkan lagu “Terukir Di Bintang” pada AJL27 yang bakal berlangsung 6 Januari 2013 ini. Bagi Abang Nara, lagu tersebut merupakan salah satu favourite untuk memenangi AJL kali ini lebih-lebih lagi jika Yuna sendiri menyanyikannya. Menurut Wawa, pengurus Yuna, penyanyi gantian masih belum lagi dijumpai:-

Yuna membuat keputusan yang dia tidak beraksi, tetapi membenarkan lagunya dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian. Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan bersama TV3.

Siapakah yang anda rasakan sesuai untuk menggantikan Yuna di AJL27? Agak sukar sebenarnya untuk mencari pengganti kerana keunikan suara Yuna yang Abang Nara rasa tiada pada penyanyi lain. Apa pun diharapkan si pengganti mampu buat yang terbaik tanpa perlu meniru gaya Yuna.

P.S: 22 papan tanda yang tak ada pun tak apa.