December 8th, 2016

Penyanyi terkenal, Amy Search meluahkan rasa bengang dan kecewa terhadap tindakan anak anak perempuan kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit iaitu Sheeqa Yazit  yang telah menggelarkan Amy sebagai anjing menerusi ruangan komen di akaun Facebook Amy. Menurut Amy, apa yang ditulis oleh Sheeqa agak kurang ajar.

Semuanya bermula apabila Amy telah memuat naik satu status mengenai persembahan “tribute” Search ketika pameran MAHA 2016 berlangsung. Amy berpendapat seseorang penyanyi itu harus mempunyai gaya nyayian tersendiri dan tidak perlu meniru cara penyanyi asal bagi sesebuah lagu.

Ketika itu Sheeqa turut memberikan komen pada status berkenaan dengan menulis “siapa yang menyalak mcm anjing ini?”. Amy tidak menyangka teguran beliau terhadap persembahan “tribute” itu akan mengundang komen biadap seperti itu.

Saya langsung tidak mengutuk dia dan terkejut apabila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat bukannya mencerca orang lain.

Dia sangat kurang ajar. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia menghina saya. Sebelum ini dia pernah menyindir ibadah yang saya lakukan. Bagi saya, rasa hormat adalah perkara paling asas yang perlu ada dalam setiap individu.

Pada kami walau apa pun kemelut yang dihadapi oleh Amy dan Yazit, Sheeqa tidak sepatutnya meninggalkan komen berbaur sindiran seperti itu. Sebagai yang muda kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
May 30th, 2016

Amy Search sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan pemain dram, Yazit dan sering melawat rakannya itu di hospital ketika sakit.

Namun, masalah mereka berdua seakan tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin rumit apabila Yazit baru-baru ini membalas semula kenyataan Amy.

Yazit mendakwa, kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sedang sakit tidak ikhlas dan penyanyi itu semata-mata inginkan perhatian media untuk mencari publisiti.

Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

Menurut Yazit, Amy hanya datang ke hospital selepas isterinya meminta Amy untuk melihat keadaan beliau dan bukan atas kehendaknya sendiri.

Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas.

Saling berbalas kenyataan tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah. Cubalah bertentang empat mata dan meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing daripada hati ke hati.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Advertisement
May 23rd, 2016

Didakwa pecah amanah dan tidak memberikan bayaran persembahan terhadap Yazit, Amy Search menjelaskan beliau sama sekali tidak akan melakukan perkara tersebut kerana pendapatan beliau sendiri sudah mencukupi buat dirinya.

Buat Amy, Yazit harus bersyukur kerana beliau masih lagi menerima pelbagai manfaat daripada kumpulan Search dan Yazit juga bukan sebatang kara kerana mempunyai anak-anak yang sudah besar.

Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu? Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia.

Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik. Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada.

Malah, Amy juga menyangkal dakwaan kononnya ahli kumpulan Search mengabaikan Yazit sejak beliau sakit dan tidak pernah melawat beliau di hospital.

Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.

Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi

Amy juga mendedahkan Yazit sebenarnya tidak pernah suka pada beliau sejak hari pertama kumpulan itu ditubuhkan.

Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya.

Hmmph, masing-masing sudah bersahabat dan bersama menaikkan kumpulan Search berpuluh tahun lamanya, tetapi kerana isu pembayaran dan salah faham ia mampu menghancurkan segala-galanya. Cubalah untuk selesaikan kes dengan cara baik dan lebih matang.

Sumber Berita : The Malay Mail Online

Advertisement
May 23rd, 2016

Kemelut antara Yazit dan ahli kumpulan Search cukup menarik perhatian media sejak beberapa minggu ini. Mana tidaknya, kumpulan rock yang cukup lama bertahan didalam industri hiburan tanah air ini kini dihimpit dengan masalah yang menggugat bukan sahaja kumpulan mereka tetapi persahabatan juga.

Dakwa Yazit, sejak beliau menderita dengan pelbagai penyakit, ahli kumpulan Search yang lain iaitu Amy, Nasir, Din dan Kid seakan mahu menyingkirkan beliau daripada Search.

Buat Yazit, beliau tetap akan membuktikan kebenaran bahawa beliau teraniaya dan segala dakwaan beliau terhadap Search adalah benar.

Saya mahu mencari kebenaran. Saya masih menunggu peguam untuk mendakwa mereka ke mahkamah.

Saya tidak kisah, saya selalu kena kutuk sejak sakit. Bukan saya tidak tahu, ada anggota Search malu dan tidak kuasa menjaga orang sakit seperti saya. Saya dipandang hina! Saya tidak buat cerita, tetapi itulah suara hati mereka, kadang-kadang terlepas cakap pada saya.

Yazit pada masa yang sama memberitahu, keharmonian kumpulan Search yang sudah ditubuhkan berpuluh tahun terjejas kerana berpunca daripada cara kehidupan mereka. Jelas Yazit, ahli kumpulan itu mula lupa diri.

Semuanya berpunca daripada cara kehidupan. Mereka lupa diri. Jujurnya, saya sudah nampak mereka mahu menyingkirkan saya sejak Konsert Search Live In Istana Budaya pada tahun 2014. Mereka tidak letakkan saya dalam barisan pemain sebaliknya penganjur pula mahukan saya. Saya masih ingat saya main enam lagu bukan empat lagu seperti yang didakwa.

Bukannya Yazit tidak pernah cuba menyelesaikan masalah yang mereka hadapi secara baik, tetapi percubaan Yazit untuk bertanyakan soal bayaran dan pertanyaan lain gagal apabila tiada ahli kumpulan Search yang mahu bertemu dengan beliau.

Pada masa yang sama, Yazit juga tidak gentar jika beliau disaman kerana mengeluarkan kenyataan serta dakwaan terhadap Search. Niat beliau bukan untuk menjatuhkan nama kumpulan itu tetapi ingin mendapatkan keadilan buat dirinya.

Sumber Berita : Berita Harian

Advertisement