Written by Bella | January 14th, 2020

Siapa kata bermain permainan video membuang masa dan tidak boleh menjana pendapatan? Perkara ini telah pun dibuktikan oleh seorang suri rumah yang baru-baru ini viral apabila berjaya mendapat pendapatan mencecah RM18,000 hanya dengan  bermain PUBG.

yana samsudin game

Terbaru, pelakon popular Yana Samsudin turut melakukan perkara yang sama. Dia kini aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook sejak Ogos lalu dan akan menghabiskan masa antara tiga hingga enam jam sehari untuk aktiviti tersebut.

Yana sememangnya minat bermain permainan video sejak di bangku sekolah lagi dan suaminya, Fadzil Zahari juga faham akan minatnya itu. Dia sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain.

yana samsudin

Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingg enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu.

Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya.

yana samsudinMenurut Yana, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan hanya bermain permainan video semata-mata. Walaubagaimanapun, dia tidak mendedahkan jumlah pendapatannya.

Yana bijak menggunakan peluang yang ada dan didorong pula dengan minatnya yang begitu mendalam terhadap permainan video. Gabungan ini pastinya menguntungkan ditambah pula dengan usaha, pasti ia akan membuahkan hasil. Steady Kak Yong..

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | August 14th, 2019

Walaupun belum ditayangkan, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi yang diterbitkan oleh suami Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari telah dikritik dan dikecam dengan teruk sekali oleh netizen. Telefilem yang menampilkan Syafie Naswip sebagai seorang pengamal LGBT menimbulkan kontroversi selepas seorang ustaz mendakwa drama tersebut menghina institusi tahfiz tanpa menontonnya terlebih dahulu.

demi tuhan aku bersaksi

Susulan cemuhan tersebut, pihak penerbit telefilem ini telah menjemput Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Kamilin, Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor, PU Hafiz dan ramai lagi ilmuan agama untuk menonton drama ini agar segala tohmahan tersebut dapat disangkal. Agak menyedihkan apabila Yana Samsudin telah memaklumkan bahawa ahli keluarganya turut sama dihina, dicaci dan dihukum masuk neraka kerana drama ini. Sampai sebak Yana Samsudin dibuatnya.

Perasaan sebak, hiba dan syukur bersilih ganti dirasai sepanjang tayangan tertutup di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sejak naskhah drama itu dijadikan polemik, pelbagai kecaman dilemparkan kepada seluruh produksi, terutama suami, Fadzil Zahari selaku penerbit.

Ada yang masih tidak berhenti mencemuh, malah menuduh kononnya kami tidak berbuat apa-apa, sedangkan pelbagai usaha kami lakukan untuk mencari jalan penyelesaian. Saya difahamkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah berulang kali mengadakan tayangan untuk panel dalaman dan pengkritik menilai setiap sudut penerbitan drama itu.

Apabila berpeluang bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan wakil agensi lain, hati saya terusik mengenangkan keikhlasan mereka membantu kami

yana

Keputusan sama ada telefilem ini boleh ditayangkan atau diharamkan bakal diketahui tidak lama lagi. Namun menurut Dr Kamilin, telefilem ini tidak mempunyai unsur negatif seperti yang dibangkitkan. Kata beliau:-

Babak Hamid berada di pondok tahfiznya hanya pada awal cerita ketika menggambarkan situasi Hamid yang berusaha mencari ruang buat dirinya bertaubat. Saya tidak melihat ada unsur ‘serangan’ pada institusi tahfiz. Buli memang wujud pada mana-mana tempat yang masih ‘melekat’ budaya buli pelajar baru. Saya kira ramai bersepsi sedemikian kerana gambar berserban seperti kes Polis Evo 2 sebelum ini.

demi tuhan aku bersaksi

Netizen sekarang ini begitu cepat membuat kesimpulan sendiri tanpa melihat bukti sepenuhnya terlebih dahulu. Malah lebih menakutkan ada yang berani mereka cerita walaupun tidak tahu hujung pangkal dan tidak berada di tempat kejadian. Semua ini sanggup dilakukan semata-mata untuk menjadi viral, tanpa memikirkan impaknya kepada orang lain. Sekurang-kurangnya kalau nak bagi kritikan, kenalah tonton telefilem ini terlebih dahulu. Jangan sekadar bagi pendapat berdasarkan informasi yang terhad. Tak gitu?

Written by Bella | July 17th, 2019

Pelbagai spekulasi terus berlegar kini mengenai status perkahwinan Rihana Oksana dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Dikala isu tersebut sedang hangat diperkatakan, komen pelakon dan pengacara Yana Samsudin yang bertanyakan kebenaran disebalik khabar angin mengenai status rumah tangga Rihana Oksana pula mendapat perhatian dan kritikan netizen.

Rata-rata netizen kurang senang dengan pertanyaan Yana itu yang seolah mahu menyibuk tentang hal rumah tangga orang lain. Ada juga netizen yang mengaitkan kembali isu sebelum ini dimana Yana pernah dihentam, selepas mencampuri hal perceraian selebriti Fizo Omar dan Mawar Karim.

Tidak salah untuk Yana mendapatkan kepastian, mungkin caranya tidak kena? Apa-apa pun, berita mengenai Rihana Oksana itu belum dapat disahihkan lagi, jangan buat andaian sendiri. Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita : Forum CARI

Written by Bella | June 7th, 2018

Seperti biasa, Astro setiap tahun pasti akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama para selebriti dan rakan media bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin. Bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur, antra selebriti yang hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Yusry Kru, Lisa Surihani, Siti Saleha, Elizabeth Tan, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan ramai lagi.

Semua hadir dengan berpakaian seperti hari raya pertama Aidilfitri dan kelihatan cukup kacak dan cantik sekali.

Jom kita layan beberapa lagi foto para selebriti di majlis berbuka puasa Astro dengan membaca artikel ini sepenuhnya.