Written by Bella | April 15th, 2019

Sambutan terhadap Konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 8.30 malam mendapat sambutan yang luar biasa.Kesemua tiket habis dijual hanya dalam tempoh masa 24 jam sahaja! Siapa sangka, penangan Westlife masih lagi hangat.

Bukan mudah untuk menyaksikan artis antarabangsa beraksi di pentas Malaysia apatah lagi kumpulan Westlife mengimbau kembali kenangan ketika zaman remaja kita.

Ramai yang kecewa dan hampa kerana tiket tersebut habis dijual dalam masa yang singkat. Terlepas peluang untuk berhibur bersama kumpulan itu yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily.

Anda pula bagaimana? Sudah mendapatkan tiket Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 Live  In Malaysia?

Written by Bella | March 21st, 2019

Berita gembira buat peminat kumpulan pop popular, Westlife, selepas tujuh tahun menyepi akhirnya mereka membuat kemunculan semula dan mengadakan konsert reunion mereka di Kuala Lumpur pada tahun ini. Kali terakhir Westlife mengadakan persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2012.

Bersempena dengan siri jelajah The Twenty Tour, kumpulan yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan akan mengegarkan pentas Malaysia pada 8 dan 9 Ogos depan di Stadium Malawati.

Sudahkan anda bersedia untuk hidupkan semula zaman kanak-kanak dan memori ketika sekolah menengah dengan lagu popular Westlife seperti Uptown Girl dan I Lay My Love on You? Memang teruja betul kan?