August 3rd, 2019

Yeehaaaaaaaa ~~~ Bulan Ogos sudah tiba. Bulan ini memang dinanti-nantikan kerana ada sesuatu yang SUPER DUPER gempak dari Watsons.

watsons malaysia online shopathon

Bermula 1 Ogos sehingga 11 Ogos ini, Watsons akan menganjurkan Jualan Online Terbesar yang dikenali sebagai Watsons 8.8 Online Shopathon. Untuk makluman, tahun ini adalah tahun kedua kempen ini dilaksanakan dengan tarikh 6-8 Ogos dipilih sebagai Mega Day yang menawarkan pelbagai promosi AWESOME.

Sekiranya anda pengguna setia Watsons (kalau belum jadi ahli sila daftar segera), inilah masa terbaik untuk anda membeli produk yang anda idamkan selama ini. Jom kita tengok apa yang ditawarkan sepanjang Watsons 8.8 Online Shopathon ini:-

Diskaun sehingga 88%

 

Mari kita mulakan promosi Watsons 8.8 Online Shopathon dengan cara untuk mendapatkan diskaun sehingga 88%. Ada beberapa jenis diskaun yang anda boleh dapatkan antaranya seperti:-

 

Beli 1 PERCUMA 1

buy 1 free 1 watsons online shopathon

Penjimatan lebih daripada 88% apabila anda membeli 1 barangan dan dapat 1 lagi produk yang sama dengan PERCUMA. Cuma produknya agak terhad jadi anda kena jadi antara yang terpantas!!! Nak tahu apa produknya kenalah sentiasa ushar  https://www.watsons.com.my/promo-88-b1f1

 

 2nd @ 88%

88 % off watsons online shopathonextra 18 % off watsons

 Kalau anda yang jenis suka beli banyak-banyak terus, promosi beli 3 dapat diskaun ekstra sebanyak 18% ini memang berbaloi untuk anda. Tak payah pening-pening kepala nak beli satu satu. Terus angkut sekali 3. Murah pun murah. Berbaloi sangat-sangat.

 

Harga bermula serendah RM0.88

Pada tarikh 6-8 Ogos, pastikan anda berjaga pada jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi kerana promosi “Midnight Flash” akan berlangsung pada ketika itu. Harga bermula dari RM0.88!!! Memang dasyat sungguh.

 

Beli 8 Percuma 8

buy 8 free 8 online shopathon

Apa sangatlah promosi beli 1 percuma 1. Dengan Watsons 8.8 Online Shopathon ini, korang beli 8 dapat PERCUMA 8. Ha amik kau. Memang tak cukup la tangan nak angkat beg plastik. Promosi ini hanya untuk topeng muka je tau. Boleh la buat stock untuk setahun terus.

 

Belanja RM88 & Menang Pakej

Percutian

Untuk kesemua pelanggan yang membeli di Watsons sepanjang kempen ini berlangsung dengan pembelian minimum RM88 di dalam satu resit, anda berpeluang memenangi pakej percutian dari Agoda yang bernilai lebih RM10,000. Sebanyak 10 pemenang bertuah akan dipilih. Lagi banyak shopping, lagi tinggi peluang untuk anda bercuti!!!

 

Jimat Lebih RM170 untuk 19 Jenama

watsons malaysia promotion

Tahun ini, ada 19 jenama terkemuka yang akan memberikan penjimatan lebih dari RM170 apabila anda membeli produk mereka. Kalau anda pengguna salah satu produk Country Farm, Spoon Health, Simple, Dove, NH, Biore, Pantene, Maybelline, L’Oreal, Pure Beauty, Watsons Brand, Kinohimitsu, Cetaphil, Moist Diane, Oral-B, Eucerin, Nano White, Rimmel dan Silkygirl. Lagi syok, jenama-jenama ini akan mengadakan “Brand Flash Sale” dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam untuk EKSTRA DISKAUN. Inilah masa terbaik untuk anda “restock” sampai penuh almari.

 

Guna Boost & Dapat Cashback RM8

boost watsons cashback

Nak lagi jimat, buat pembayaran di Watsons menggunakan applikasi Boost dan anda akan mendapat cashback sebanyak RM8 dengan pembelian minimum RM80.

 

Voucher Boba Bermula RM0.88

Gila minum bubble tea? Tak boleh hidup sehari tanpa boba? Dapatkan voucher The Alley, Koi, Tealive, llao llao dan Baskin Robbins ketika “jualan tengah malam”  untuk harga bermula dari RM0.88. Promosi ini akan berlangsung dari jam 12am – 2am pada 6 – 8 Ogos.

 

Menang E-Voucher Bernilai RM88,888

Untuk mereka yang suka membeli di Watsons secara online, jangan risau sebab anda berpeluang memenangi e-voucher bernilai RM888,888. Cuma perlu muatturun applikasi Watsons dan main permainan Tap & Win dengan “tapping” hadiah-hadiah yang ada.  E-voucher tersebut boleh digunakan untuk pembelian online di www.watsons.com.my

watsons mega sale

Semoga anda tidak melepaskan peluang yang hanya datang sekali setahun ini. Sesungguhnya kempen Watsons 8.8 Online Shopathon ini memang tiada tandingannya. Pastikan anda serbu Watsons berhampiran atau beli je secara online di https://www.watsons.com.my/promo-88-main. Paling penting, jangan lupa daftar jadi ahli Watsons terlebih dahulu. Selamat bershopping!!!

May 29th, 2019

Iklan hari Raya Aidilfitri adalah antara perkara yang sentiasa Abang Nara nantikan setiap tahun. Secara ikhlasnya, Abang Nara tak suka iklan sedih-sedih buat mengalir air mata. Bagi Abang Nara, raya adalah waktu untuk bergembira, bergelak tawa dan tersenyum riang. Jadi iklan raya pun kenalah ada mood sebegitu. Dan tahun ini, Abang Nara dah jumpa iklan pilihan hati!!!

Gelagat Ayda Jebat yang penuh imaginasi di dalam iklan raya Watsons ini memang mencuit hati. Dengan tagline “Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi”, kegembiraan dan keseronokan Ayda Jebat balik kampung turut dirasai oleh Abang Nara.

Antara adegan yang mencuit hati Abang Nara ialah:-

1. Naik bas balik kampung tapi Ayda Jebat punya imaginasi macam naik kapal terbang. Siap ada “air turbulence lagi”.
2. Ada dayang-dayang menarik menyambut ketibaan Ayda Jebat, padahal sebenarnya orang kampung tengah sibuk bersihkan halaman rumah. Lawak gila kot Ayda Jebat menari dengan diorang
3. Tunggang kuda putih umpama seorang puteri turun dari kayangan, sedangkan realitinya Ayda Jebat naik motor bersama ayah tercinta. Memang kalau dah seronok sangat balik kampung, semua benda boleh diangan-angankan. Tak gitu?
4. Kegembiraan yang terpancar di wajah ibu dan adik beradik apabila menerima hadiah barangan Watsons dari Ayda Jebat. Ha ini realiti bukan mimpi. Sesekali balik kampung bagi hadiah kat family apa salahnya kan? Diorang mesti lebih gembira!!!
5. Kucing merajuk tak dapat barangan Watsons!!! Hehehe, serius comel!!

Banyak lagilah benda-benda best, kelakar dan menarik di dalam iklan raya Watsons tahun ini. Bila tengok iklan ceria macam ini, barulah semangat raya tue makin membara. Mood nak bershopping pun semakin meningkat. Yang penting jangan lupa beli produk kosmetik, pencuci muka, produk penjagaan kulit dan sebagainya di www.watsons.com.my. Tengah banyak promosi dan tawaran menarik sekarang nie!!!

Kalau nak tambahkan lagi mood raya korang, boleh layan beberapa video “extension” raya Watsons yang memfokuskan kepada produk daripada kategori seperti kecantikan, penjagaan kulit dan sebagainya. Boleh tahan kelakar dan menarik jugak.

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan raya anda kali ini menjadi-jadi bersama Watsons. Check out www.watsons.com.my untuk lebih informasi tentang promosi Aidilfitri mereka. Selamat hari raya!!!

May 9th, 2019

Eh, eh, eh. Ramadhan dah? Sebulan berpuasa nanti, tup-tup kita akan menyambut Aidilfitri pulak.

Selain daripada beribadah, benda paling best sepanjang musim perayaan ini tak lain tak bukan ialah SALE SALE & SALE. Kiri kanan depan belakang semua SALE je. Berpinau mata dibuatnya!!!

Tak mahu ketinggalan, Watsons turut sama tampil dengan pelbagai tawaran, potongan diskaun dan ganjaran hebat sempena Aidilfitri kali ini. Memang lain macam Watsons punya promosi kali nie. Rugi sangat-sangat kalau anda tak join. Antaranya ialah:-

Hadiah Melebihi RM1 Juta Untuk Dimenangi!!!

Special untuk ahli-ahlinya yang yang sentiasa memberikan sokongan padu dan utuh, Watsons berbesar hati menawarkan hadiah melebihi  RM1 juta menerusi kempen “Ada Kad Watsons, Raya Menjadi-jadi” yang bermula dari 30 April sehingga 12 Jun 2019 kelak!!!

Memang gila kan? Bersyukurlah sekiranya anda ialah seorang ahli Watsons. Macam-macam ganjaran akan diperolehi.  Untuk Aidilfitri kali ini, ada pelbagai hadiah yang nilainya melebihi RM1 juta yang boleh dibawa pulang oleh ahli Watsons sahaja. Diulangi sekali lagi, lebih daripada RM1 juta. Dasyat tak dasyat la kan?

Kalau belum daftar tu, silalah ke Watsons berhampiran anda dan jerit kepada akak kaunter tu “akak saya nak jadi ahli Watsons sekarang!!!”. Lepas tu terus buat 2 langkah MUDAH di bawah untuk berpeluang merebut peluang yang hanya hadir setahun sekali ini.

  1. Buat pembelian RM100 dan ke atas di Watsons di dalam satu resit. Salah satu produk yang anda beli mestilah jenama yang menyertai kempen ini. Boleh ushar jenama-jenama tersebut di http://bit.ly/2Y8FP5m
  2. Imbas kod bar yang tertera dan hantar penyertaan anda. Setel. Jangan lupa berdoa semoga dimurahkan rezeki. Bulan Ramadhan nie selalunya doa makbul.

Untuk makluman,  ahli Watsons biasa akan mendapat 1 penyertaan, sementara ahli Elite pula akan mendapat 5x penyertaan  Antara hadiah-hadiah yang boleh menjadi milik anda ialah:-

P.S: Silalah ke http://bit.ly/2Y8FP5m  untuk melihat sendiri kesemua hadiah yang ditawarkan oleh Watsons bersempena kempen “Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi” ini. Confirm terbeliak biji mata anda dibuatnya!!!

Diskaun sehingga 50% bersempena Jualan Raya Watsons

Tak cukup dengan hadiah-hadiah bernilai melebihi RM1 juta, Watsons juga bakal memberikan potongan harga sehingga 50% bersempena Jualan Raya mereka tahun ini. Memang “raya menjadi-jadi” sungguhlah Aidilfitri kali ini. Produk kecantikan, kesihatan, penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan peribadi semuanya akan dipotong harga kaw-kaw punya. Memang this is the best time untuk “restock” balik kesemua barangan anda.  Sila ushar di http://bit.ly/2VNwF0E dengan kadar segera.

Suka pakai topeng muka? Ini Memang Untuk Anda

Nak tampil berseri-seri di pagi Aidilfitri tapi tak tahu nak buat camner? Rileks jangan gelabah. Sambar je kesemua topeng muka/facemask yang ada dijual di Watsons dan gunakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Confirm 1 Syawal muka anda cun melecun macam bidadari. Dengan tagline “Ada Watsons Raya Berseri-seri”, segala jenis face mask telah diberikan diskaun atau tawaran hebat. Contohnya beli 2 untuk RM10, pembelian kedua dapat diskaun 50%, beli 2 percuma 1 dan macam-macam lagilah. Confirm raya ini anda akan bertemu jodoh!!! Tengok senarai topeng muka yang terlibat di http://bit.ly/2VNwF0E.

Tak Cukup? Ada Banyak Lagi Sebenarnya…

Sebenarnya banyak lagi ganjaran-ganjaran, tawaran-tawaran dan diskaun-diskaun best dari Watsons bersempena Aidilfitri yang bakal tiba. Kalau nak cerita satu persatu, sampai raya Haji pun tak habis-habis. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut, korang layari je www.watsons.com.my dan juga Facebook Watsons Malaysia. Semuanya ada tertulis di situ. Selamat bershopping!!!

 

April 9th, 2019

Abang Nara percaya ramai pembaca Beautifulnara adalah pengunjung setia Watsons. Seminggu sekali kalau tak singgah Watsons, hidup rasa tak lengkap dibuatnya.  Kononnya tak nak beli apa-apa, tup-tup bila keluar, tangan penuh dengan beg plastik Watsons. Syampu la, pencuci muka la, sabun mandi la, skrub badan la.  Senang cakap, Watsons nie memang berhantu, lebih-lebih lagi sekiranya anda memiliki kad keahlian Watsons, yang memberikan macam-macam benda best buat para pemegangnya.

Sekiranya selama ini anda ber’shopping’ di Watsons tanpa menggunakan kadnya, maka anda memang rugi sangat-sangat. Namun masih belum terlewat untuk anda mendapatkan kad Watsons ini, lebih-lebih lagi  selepas pelancaran semula kad Watsons serba BARU bermula bulan April ini. Anda kini boleh memperolehi LEBIH banyak faedah,  LEBIH banyak ganjaran dan LEBIH banyak tawaran istimewa selaku pemegang kad Watsons baru ini.  Ayda Jebat pun dah ada kad Watsons baru nie. Takkan korang taknak kot?

Ok jom kita ushar apa yang best sangat tentang kad Watsons baru ini:-

  1. Ada 12 jenis faedah yang awesome!!!

5x mata ganjaran ketika bulan hari jadi anda, diskaun untuk ahli kad Watsons sahaja, RM1 untuk 1 mata ganjaran, keahlian seumur hidup, bayar dengan mata ganjaran, 5% diskaun untuk produk jenama Watsons dan banyak lagilah faedah-faedah best yang bakal menjadi milik anda apabila anda menjadi ahli kad Watsons. Kalau dulu hanya ada 8 jenis faedah, kad baru ini membawakan sehingga 12 jenis faedah. Banyak gila kan?

  1. Dapat voucher ganjaran bernilai RM5,000 bila sign up

Mak aih. Bila anda mendaftar sebagai ahli kad Watsons, terus akan dapat voucher ganjaran bernilai RM5,000. Bukan RM50, bukan RM500 tapi RM5,000. First time Abang Nara tengok ganjaran sehebat ini. Memang awesome sungguh.

  1. Peluang dapat 8x mata ganjaran Watsons

Sebagai pemegang kad Watsons yang baru, anda boleh melipatgandakan jumlah mata ganjaran sebanyak 8x dengan cara yang begitu mudah sekali. Anda hanya perlu buat pembayaran menggunakan applikasi Boost. Lagi banyak mata ganjaran, lagi banyak produk di Watsons yang anda boleh tebus secara PERCUMA.  Best kan?

  1. PERCUMA voucher RM10

Bukan itu sahaja, apabila anda membeli produk-produk kesihatan yang tertentu, anda akan diberikan voucher bernilai RM10 secara PERCUMA. Voucher ini kemudiannya boleh digunakan ketika anda membeli produk seterusnya di Watsons. Jimat kaw-kaw!!!

  1. Beli 1 Percuma 1

Apabila anda membeli sesuatu di Sakae Sushi, Hui Lau Shan, BBQ Chicken atau Dunkin’ Donuts, jangan lupa untuk tunjukkan kad Watsons anda. Ini kerana jenama-jenama ini telah bekerjasama dengan Watsons untuk promosi Weekly Buy 1 Free 1. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. (untuk Dunkin’ Donuts, korang kena tunjukkan kad Watsons beserta dengan kupon)

  1. Percuma 2,000 mata ganjaran dengan pembelian RM50 ke atas untuk produk jenama Watsons

Sehingga 29 April ini, anda berpeluang memperolehi 2,000 mata ganjaran Watsons secara PERCUMA apabila membuat pembelian bernilai RM50 dan ke atas untuk mana-mana produk berjenama Watsons. Inilah masa terbaik untuk kumpul sebanyak mana mata ganjaran yang termampu. Nanti mata ganjaran tue boleh digunakan untuk beli produk-produk lain pulak.

  1. Belanja RM60, dapat voucher ganjaran RM500

Last but not least, sebagai pemegang kad Watsons, anda cuma perlu berbelanja serendah RM60 di dalam satu resit untuk mendapatkan voucher ganjaran bernilai RM500 secara PERCUMA. Memang tak masuk akal, tetapi inilah kelebihan bila anda menjadi ahli kad Watsons. Terbaik kan?

  1. 60% diskaun untuk pembelian kedua

Selain itu ada juga promosi tak masuk akal sepanjang bulan April ini di mana setiap pembelian kedua oleh pemegang kad Watsons akan mendapat 60% potongan harga. Super duper menarik kan? Memang rugi lah tak rebut peluang ini untuk shopping sampai lebam kat Watsons.

  1. Menangi percutian 4 hari 3 malam ke Bali, Cherating & Maldives

Bersempena dengan pelancaran kad Watsons serba baharu ini, anda juga berpeluang memenangi percutian 4 hari 3 malam untuk 2 orang dewasa ke Club Med Maldives, Bali dan Cherating. Selain itu ada juga hadiah-hadiah lain yang kebabom!!! Cara nak menang senang sahaja. Anda cuma perlu membeli produk kesihatan bernilai RM50 dan ke atas. Mudah gila kan?

Kesimpulannya, anda memang akan menyesal sekiranya tidak merebut peluang keemasan untuk menjadi pemegang kad Watsons serba baru ini. Untuk makluman, akan ada banyak lagi faedah-faedah, tawaran-tawaran dan ganjaran-ganjaran AWESOME yang bakal diberikan di masa hadapan. Semuanya boleh anda perolehi dengan menjadi ahli Watsons. Jadi tunggu apa lagi? Bersegeralah mendaftar dengan pergi ke Watsons berhampiran anda hari ini juga. Maklumat lanjut layari www.watsons.com.my