Written by Bella | August 15th, 2019

Bertuah dijemput sebagai tetamu Allah SWT menunaikan ibadah haji pada usia muda, penyanyi Wany Hasrita berkata, pengalaman pertama dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci begitu menakjubkan.

wany hasrita

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan Wany apabila kali pertama dia melihat Kaabah, sehingga menitiskan air mata.

Kali pertama melihat Kaabah, hanya Tuhan saja yang tahu. Saya menangis seperti budak kecil. Sepanjang tawaf, mata tidak berkelip melihat Kaabah kerana tak percaya sudah ada depan mata.

wany hasrita kaabah

Alhamdulillah, saya sudah selesai menunaikan ibadah haji. Bermula dengan menjaga ihram dan wukuf di Arafah, saya terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk melontar jamrah. Selepas tengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie.

Wany meluahkan rasa syukur segala urusan ibadah hajinya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Wany juga memberitahu dia sudah membacakan doa yang dikirimkan peminat.

wany hasrita haji

Wany  menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji ditemani rakannya yang juga penyanyi Amira Othman.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | August 7th, 2019

Bertuah betul penyanyi Wany Hasrita, di usia yang muda dia sudah dipilih untuk menjadi tetamu Allah SWT bagi menunaikan rukun Islam kelima. Wany menerima jemputan khas daripada kerajaan Arab Saudi oleh Raja Salman sendiri.

wany hasrita

Wany berkata dia menerima tawaran untuk menunaikan haji itu disaat akhir. Tidak pernah ada pengalaman menunaikan umrah, Wany mengakui berdebar untuk menjejakkan kaki di Makkah dan menyambut Aidiladha di sana.

Bagaimanapun, dia akan ditemani rakannya yang juga penyanyi Amira Othman dan mereka dijadualkan berlepas ke Mekkah pada petang ini.

wany hasrita haji

Rasa macam bermimpi pun ada kerana Wany tidak pernah terfikir untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini.  Apapun, Wany bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada Wany menjadi tetamu-Nya, walaupun tawaran datang pada saat akhir.

Pemergian kami berdua adalah atas undangan kerajaan Arab Saudi. Wany memang tidak pernah menjejakkan kaki ke sana atau menunaikan umrah, sebelum ini. Justeru, Wany meminta bantuan Heliza Helmi bagi mendapatkan ustaz yang boleh mengendalikan sesi kursus haji secara peribadi.

wany hasrita

Selain itu, untuk panduan ketika berada di sana pula, Wany banyak merujuk kepada penceramah terkenal yang juga pakar mata, Profesor Dr Muhaya Mohamad.

Selamat menunaikan haji bukan sahaja kepada Wany tetapi kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga urusan ibadah anda dipermudahkan. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE