April 5th, 2018

Teringat zaman kanak-kanak, boleh tersenyum sendiri. Zaman yang paling di rindui semua orang. Sebab? Zaman kanak-kanak tak perlu fikir masalah, tak perlu fikir hari ni nak makan apa, tak perlu fikir nak bayar bil air, bil api, dan sewa rumah.

Kalau nak cerita pasal perkara yang menggamit memori masa zaman kanak-kanak mesti la makanan. Makanan zaman kanak-kanak 80an dan 90an la paling best.

Jom! Kami nak kongsi 5 makanan zaman kanak-kanak 80an dan 90an yang menggamit memori. Kalau korang ingat, maknanya kita berada di zaman yang sama.

1. Coklat 8

image

Foto kredit : http://rumputsabor.blogspot.my/

Masih ingat? Tak nak beli coklat lain, nak juga beli coklat ni sebabnya ada banyak coklat dalam 1 papan nombor 8 ni. Coklat warna warni pulak tu.

Bila rasa nak makan, boleh koyakkan dan makan. Kalau nak simpan tak perlu cari bekas lain, boleh biarkan macam tu. Tak masuk semut.

2. Aiskrim Malaysia.

546534543

Ini memang syok. Aiskrim Malaysia murah yang amat dulu. 10 sen atau 20 sen je sebatang. Bermacam perisa. Perisa paling sedap perisa masam manis, jagung, jeruk mempelam. Pergh. Sambil jalan, sambil gigit aiskrim Malaysia.

Cara makan aiskrim Malaysia? Tak payah minta tolong makcik potongkan hujung plastik tu, kita gigit je. Kemudian sedut kuat-kuat sampai mengecut. Haha.

Tapi sekarang, ada yang jual RM1 sebatang oi! Sebab perisa sekarang, Nutella, Horlicks, perisa mahal-mahal semua.

image

Foto kredit : http://says.com

3. Bubble gum

Ingat lagi bubble gum ni? Bubble gum berperisa. Strawberry? Anggur? Orange? Heh. 1 kotak ada 3 biji bubble gum.

Beli 1 tak cukup beb. sebab sekali ngap 3 biji terus. Habis 1 kotak. Haha. Kena beli 3 4, simpan. Ala dulu murah je.

4. Coklat duit syiling

image

Foto kredit : http://butterkicap.com

Dalam banyak-banyak makanan, coklat duit syiling ni juga la yang nak dibeli. Padahal coklat biasa je. Cuma dia balut dengan pembalut bentuk duit syiling.

Ye la, beli coklat duit syiling ni nampak kaya sikit. Warna gold pula tu. Hehe. Padahal rasa biasa je. Heh

5. Aiskrim Roti

image

Foto kredit : http:// thetrendingnow.blogspot.com

Ini terbaik. Pakcik aiskrim akan datang pusing-pusing kawasan kampung jual aiskrim roti. Kalau pergi taman permainan mesti ada dan wajib beli. Kalau roti habis, beli yang aiskrim kon sahaja.

Masa kecil dulu, sanggup tau kejar pakcik ni semata nak beli aiskrim roti. Padahal nanti lalu juga depan rumah. Aduhai…

Nasib baik sekarang ada Aiskrim Sandwich dari Wall’s. Boleh dapatkan bila-bila masa saja dari kedai runcit, tak payahlah susah-susah nak kejar. Haaa, kan Aiskrim Sandwich pilihan yang lebih baik kot?

Yang tak tahu, sekarang Aiskrim Sandwich ada bermacam lukisan atas dia. Dengar kata, Wall’s keluarkan 30 rekaan emoji Limited Edition untuk Aiskrim Sandwich Wall’s yang baharu ni. Cuba tengok dekat kedai terdekat. Mesti ada.

image

Alang-alang beli tu, jangan lupa selfie sebab sekarang Wall’s ada buat peraduan untuk selfie bersama Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich yang Limited Edition tu! Mana tahu rezeki dapat jemputan eksklusif ke Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 dan turun ke karpet merah dengan artis Azira Shafinaz yang juga dikenali sebagai Azira DeFam.

Boleh ikut langkah-langkah ni.

image

Untuk peminat drama dan snek, inilah masa untuk anda menikmati kedua-duanya. Apa tunggu lagi?

Cepat hantar penyertaan #WallsSnekfie anda yang paling kreatif sebelum 6 Mei ini. 5 pemenang bertuah akan memenangi sepasang tiket jemputan eksklusif DFKL dan peluang seumur hidup berjalan di karpet merah bersama Azira Shafinaz!

Selfie dengan 30 emoji Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich yang menyeronokkan untuk dapatkan gambar yang sempurna dan jadi antara bintang bersinar di acara yang dinanti-nantikan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Wall’s Malaysia atau klik SINI

Good luck! Jumpa di DFKL!.



May 12th, 2014

Sejak bergelar ayah, kadangkala Abang Nara rasa bersalah juga kerana tidak banyak meluangkan masa bersama anak tercinta. Iyerlah, diri ini selalunya memang sibuk dengan kerja yang perlu diselesaikan. Hujung minggu pun jarang dapat melakukan aktiviti bersama-sama. Akibatnya, Aariz (nama anak Abang Nara) jadi lebih rapat dengan emaknya. Jeles memang jeles bila tengok Aariz asyik melekat dengan emaknya, tapi nak buat macam mana memang diri sendiri yang bersalah kerana tak luangkan masa berkualiti dengan anak tercinta.

walls scoop of happinness

Jadi apabila mendapat jemputan ke majlis Wall’s Scoops of Happiness di The Publika baru-baru ini, Abang Nara menjerit kegembiraan. Bukan apa, selalu kalau dapat jemputan ke majlis, hanya Abang Nara seorang je yang dijemput. Aariz kena tinggalkan kat rumah. Namun kali ini, aktiviti yang akan diadakan di majlis Wall’s Scoops of Happiness ini memang khas untuk ibu bapa dan anak-anak mereka. Tujuannya tak lain tak bukan untuk “family bonding” atau dalam bahasa Melayunya, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

walls scoop of happinness

Abang Nara tertanya-tanya juga apa aktiviti yang boleh dilakukan yang melibatkan aiskrim Wall’s untuk mengeratkan lagi hubungan antara Aariz dan diri ini. Yang Abang Nara tahu, makan aiskrim bersama-sama je lah. Heheh. Rupa-rupanya banyak lagi benda yang kita boleh lakukan dengan aiskrim Wall’s ini. Untuk tujuan demonstrasi, pihak Wall’s telah menjemput Samantha Lee yang merupakan seorang pakar dalam bab menghias makanan. Samantha sangat popular serta terkenal dengan kekreatifannya dalam membuat dekorasi yang amat unik dan menarik.

walls scoop of happinness

Dengan tema “Fairytale Land”, Samantha Lee telah menunjukkan kehebatannya menghias makanan menggunakan bahan-bahan seperti seperti coklat, cupcakes, buah-buahan dan paling penting, aiskrim Wall’s. Terkagum Abang Nara dibuatnya. Antara hiasan yang dilakukan oleh Samantha ialah orang salji, lanun comel dan heroin dari China. Secara ikhlas, mula-mula Abang Nara ingat memang susah nak buat semua ini, tapi apabila melihat demo yang ditunjukkan oleh Samantha, terasa senang pulak. Hanya perlu gunakan bahan-bahan yang ada secara kreatif.

walls scoop of happinness

Ketika Samantha Lee sedang sibuk menghias, pengacara majlis telah membuat satu pengumuman yang menyebabkan para hadirin bersorak keriangan. Bersempena dengan kempen Wall’s Scoop of Happiness ini, pihak Wall’s akan menganjurkan satu peraduan yang diberi nama Taste Joy in Disneyland. Peraduan ini amat mudah. Hanya perlu buat hiasan makanan seperti yang ditunjukkan di www.wallsindisneyland.com dan YouTube Scoop of Happiness dan anda satu keluarga berpeluang untuk terbang ke Disneyland Paris untuk bercuti. Setelah pengumuman ini dilakukan, semua yang hadir terus fokus dan siap ambil nota tentang teknik hiasan makanan yang ditunjukkan oleh Samantha. Teruja sangat nak menang dan nak ke Disneyland Paris.

walls scoop of happinness

Samantha Lee di atas sedang membuat Pirate guna Wall’s Selection Oreo. Selesai demonstrasi oleh Samantha Lee, Abang Nara, Aariz dan 2 orang lagi rakan sepasukan mula membuat hiasan makanan kami. Seronok sangat-sangat aktiviti ini. Aariz sangat-sangat teruja. Habis semua bahan dicubanya. Paling kelakar apabila buah oren yang sepatutnya dijadikan hiasan dimakan oleh Aariz. Abang Nara dan rakan-rakan memang tergelak habis melihat aksi comel Aariz. Bila aiskrim Wall’s dikeluarkan, Aariz sempat mencubanya terlebih dahulu sebelum ia digunakan untuk melengkapkan makanan hiasan kami. Kadangkala Aariz nampak macam boss apabila mengeluarkan arahan dengan percakapannya yang masih tidak jelas itu. Comel sangat-sangat!!!

walls scoop of happinness

Walaupun kumpulan kami tidak memenangi apa-apa hadiah dalam pertandingan hiasan makanan ini, Abang Nara rasa gembira sangat-sangat kerana dapat meluangkan masa yang amat berkualiti dengan Aariz. Terus Abang Nara terfikir betapa seronoknya kalau aktiviti yang sama dapat dilakukan di rumah bersama Aariz dan wife tercinta. Kalau kat rumah sendiri tentu lagi menarik sebab ada lebih banyak bahan, tiada had masa dan tak menganggu orang ramai. Secara jujur, Abang Nara tak pernah terfikir untuk melakukan aktiviti sebegini dengan Aariz. Memang inovatif, menyeronokkan dan menggembirakan sungguh Wall’s Scoops of Happiness ini.

walls scoop of happinness

Dan apabila mengetahui Wall’s akan membawa sebuah keluarga ke Disneyland, Paris bersempena dengan kempen Wall’s In Disneyland mereka, lagilah Abang Nara teruja nak buat aktiviti “family bonding” ini bersama Aariz dan wife tercinta. Buat anda yang tak kreatif macam Abang Nara, tak perlu risau kerana Wall’s ada sediakan 15 resipi Scoop Of Happiness berdasarkan Fairy Tale di laman Youtube mereka. Antara yang menarik ialah Puteri Salju dan 7 Marshamallows. Kalau Abang Nara sekeluarga dapat buat yang ini confirm menang hadiah pergi Disneyland Paris. Hehehe.

Cara nak menyertai peraduan ini amat mudah. Langkah pertama ialah anda perlu ke www.wallsindisneyland.com, tonton video resipi Scoop of Happiness, tengok resipi orang lain dan buat resipi anda yang lebih hebat daripada itu. Jangan lupa untuk melakukannya dengan ahli keluarga anda. Kalau buat sorang-sorang, tak adalah “family bonding” yang ditekankan oleh Wall’s. Lagipun buat ramai-ramai lagi meriah dan lagi seronok. Nanti kalau menang dan pergi ke Disneyland Paris pun kena bawa satu keluarga. Bukannya pergi sorang-sorang.
walls scoop of happinness

Hujung minggu ini Abang Nara, wife dan Aariz akan mula membuat resipi terbaik kami (tak dilupakan aiskrim Wall’s sebagai pelengkap) untuk menyertai peraduan Taste Joy In Disneyland. Kami tak adalah bercita-cita nak menang pun. Paling penting, hubungan kekeluargaan antara kami bertiga dapat dieratkan sambil melakukan aktiviti ini. Kalau menang itu dikira bonus. Korang pun jomlah cuba beramai-ramai. Kalau tak menang sekurang-kurangnya anda dapat meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak tercinta. Tak gitu? Informasi lanjut layari www.wallsindisneyland.com

July 18th, 2012

Baru-baru ini Abang Nara memang super duper bz. Almaklumlah sejak ada anak nie, semua benda kena dahulukan dia. Banyak jugak benda yang diplan tak menjadi. Salah satu yang gagal ialah plan nak pergi ke Lot 10 dan ambil gambar di kiosk gergasi Fruttare. Baru ingat nak buat style romantic comel dengan wife macam couple kat bawah nie.

fruttare

Di kala Abang Nara bersedih (sebab tarikh lastnya ialah 8 Julai lepas) kerana gagal buat posing manja dan tak berpeluang memenangi hadiah yang super best seperti iPod berwarna warni, wife Abang Nara dengan muka ceria memberitahu yang event ini telah disambung sehingga 29 Julai. Abang Nara terus cekidaut website Walls untuk memastikan kebenaran berita gembira ini.

fruttare

Ternyata wife Abang Nara memang bercakap benar. Yabedabedu ~~ Abang Nara melompat kegembiraan sambil diushar oleh anak Abang Nara dengan muka cutenya. Masih ada peluang untuk Abang Nara menang hadiah-hadiah best. Hanya perlu amik gambar dan sharekan gambar tersebut di Facebook. Abang Nara nak buat gaya macam si foreigner sefamili nie buat lah. Confirm meletup!!!

fruttare

Nampak garang tapi cute kan? Korang pun cepat-cepatlah pergi ke Lot 10 dan cari kiosk gergasi Fruttare nie. Dah ramai gila orang yang join event nie. Itu yang diorang sambung lagi sampai 29 Julai nie. Abang Nara sekarang tengah ushar-ushar gambar yang dah diupload ke website Walls untuk mendapatkan idea posing terbaik.  Korang pun usharlah jugak sebelum pergi. Baru best!!!