Written by Bella | October 2nd, 2018

Berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik(APM 2018) baru-baru ini di Singapura, ucapan penyanyi Ayda Jebat yang seakan menyidir lagunya Mata tidak dapat diterima di Malaysia menjadi topik hangat di media sosial. Tentulah ramai yang tidak setuju dan menganggap Ayda mempertikaikan bahawa industri muzik tanah air tidak boleh menerima sebarang pembaharuan.

Dikecam teruk kerana kata-katanya itu, Ayda memberitahu beliau sedikit pun tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa yang diucapkan hanyalah sekadar luahan hatinya.

Ucapan saya sekadar luahan hati sebab lagu Mata jarang dimainkan di stesen radio tempatan. Barangkali ia diputarkan ketika promosi saja. Saya kira mungkin elemen lagu ini belum menepati kehendak stesen radio atau pendengar, namun dengan saya berharap kemenangan di APM boleh membuka mata orang yang sebenarnya negara luar menyukai konsep lagu yang sebegini.

Saya tiada niat untuk tujukan ucapan itu kepada sesiapa. Bagi saya, rezeki Allah itu luas jika tidak di negara sendiri, mungkin ada di tempat lain.

Terdahulu, ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32.  Netizen berpendapat, ianya tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Rockin Studio

Written by Bella | October 1st, 2018

Kejayaan lagu nyanyian Ayda Jebat berjudul Mata yang berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2018 berlangsung di Singapura memberikan kejutan.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah ucapan Ayda yang dikatakan berbaur sindiran, antara kata-katanya ialah “Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.”

Ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32. Rata-rata netizen bagaimanapun merasakan tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Penyanyi Adibah Noor menerusi akaun Twitternya juga tampil memberikan pandangan beliau terhadap ucapan tersebut. Menurut Adibah, setiap anugerah muzik mempunyai penilaian tersendiri terhadap setiap karya diiktiraf sebagai pemenang.

Menerusi kemenangannya di APM 2018, Ayda berjaya mengetepikan empat pencabar lain iaitu kumpulan Search, Dayang Nurfaizah,Mimifly, As’ad Motawh.

Sumber Berita : Assraf Nasir & Adibah Noor