April 28th, 2020

Sejak mengumumkan dirinya sedang hamil 4 bulan, pelakon Nur Fazura kelihatan semakin ayu. Memang nampak jelas wajahnya berseri-seri, lebih-lebih lagi ketika mengenakan tudung sempena menghormati bulan suci Ramadan yang mulia ini.

fazura dipuji wanita paling cantik

Memuat naik beberapa foto di akaun Instagramnya beberapa hari lalu, Fazura sempat menitipkan kata-kata positif serta ucapan sempena sambutan Ramadan dan turut memperagakan busana kaftan pemberian Prof Dr Muhaya.

Tidak dinafikan rata-rata netizen begitu kagum dengan kecantikan Fazura selain berharap dia akan kekal bertudung. Namun, ada komen yang menarik perhatian ramai apabila seorang peminat memberi pujian dan menyifatkan Fazura sebagai seorang wanita paling cantik.

fazura dipuji wanita paling cantik

Merupakan seorang yang sangat merendah diri, Fazura mebalas komen tersebut dengan penuh mesra.

Kami mendoakan semoga proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata sulung Fazura dipermudahkan dan berjalan lancar.

March 11th, 2013

Wow. Walaupun belum 100% diconfirmkan, ada ura-ura bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bakal membintangi sebuah filem di bawah arahan Pierre Andre. Mengikut perancangan, filem terbitan MIG yang bertajuk “Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang” akan diterajui oleh Shiro dan Ustaz Azhar Idrus.

azhar idrus

Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre:-

Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.

azhar idrus
Selama ini pun Abang Nara memang selalu layan ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus menerusi YouTube. Memang kelakar betul orangnya. Kalau jadilah UAI membintangi filem ini, nampaknya medium dakwah beliau akan berkembang ke layar perak pulak. Pasti ramai yang teruja nak menontonnya.

P.S: Bila ucapan ahli politik diparodikan

April 12th, 2012

Sebelum apa-apa, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha atas kejayaan memenangi Anugerah Bintang Popular untuk kategori Pelakon Drama Wanita Popular. Bagi Abang Nara, Fasha memang layak kerana kebanyakan drama lakonannya pada tahun 2011 semuanya meletup belaka. Dan Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah in advance atas pernikahan Fasha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

kad pernikahan fasha sandha

Harian Metro semalam berkongsi gambar kad jemputan pernikahan Fasha Sandha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini di satu lokasi yang dirahsiakan. Menurut Fasha Sandha, hanya 300 tetamu sahaja yang akan dijemput membabitkan anggota keluarga dan sahabat rapat sahaja. Kata Fasha:-

Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.

Menurut Jejai, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir selesai. Dan Jejai enggan memberikan komen mengenai majlis resepsi yang kononnya akan dilangsungkan di luar negara. Menurut Jejai, majlis yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini.