November 25th, 2018

Bukan kali pertama mempersoalkan mengapa rakyat Malaysia tidak menghargai bakatnya, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi membangkitkan isu tersebut dengan menyatakan rasa hairan mengapa lagu terbarunya, Biar Apa Orang Kata menerima ‘dislike’ yang agak tinggi di YouTube walaupun vokal beliau kini sudah lebih mantap dan hebat.

Apa lagi yang tidak kena? Kali ini bukan lagu mengghairahkan malah dicipta khusus untuk memberikan semangat untuk mereka yang tidak mempunyai keyakinan diri dan penuh dengan nilai-nilai positif.

Kalau orang masih tidak suka hendak buat macam mana? Mungkin ramai yang ingin anda lebih fokus kepada perniagaan sahaja. Apa pula pendapat korang yang dah dengar lagu baru Aliff?