Written by AbangNara | December 31st, 2013

Jumaat ini, Maharaja Lawak Mega 2013 akan memasuki minggu ke 8. Minggu lalu menyaksikan tersingkirkan kumpulan Say Who yang berasal dari Indonesia. Tiada sebarang kontroversi mengenai penyingkiran ini kerana sepanjang berada di MLM 2013, persembahan kumpulan SayWho sekadar biasa-biasa sahaja. Senang cerita, memang sudah boleh diagak kumpulan SayWho akan terkeluar.
maharaja lawak mega 2013Selain SayWho, kumpulan Wala dan Comey turut tersenarai di “bottom 3”. Daripada pemerhatian Abang Nara, ada 3 peserta yang berkemungkinan untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan-kumpulan itu ialah Shiro, Jambu dan Sepahtu. Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara melihat kumpulan Shiro mempunyai peluang cerah sekiranya berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten.
maharaja lawak mega 2013Persembahan muzikal Shiro minggu lalu sememangnya “power” dan berjaya memecahkan perut Abang Nara. Ketawa tak henti-henti. Chemistry antara Ajak dan Shahrol memang terbaik. Lawak yang disampaikan juga sangat “simple” dan boleh di”relate” oleh penonton. Setakat hari ini, jumlah undian antara Shiro, Sepahtu dan Nabil adalah sama iaitu 25%.
maharaja lawak mega 2013Abang Nara lihat persembahan Shiro setiap minggu memang menunjukkan peningkatan. Namun kumpulan Jambu juga tidak boleh dipandang ringan. Lawak mereka juga hebat walaupun jumlah undian dilihat tidak menyebelahi mereka (sekadar 7%). Sementara itu kumpulan Sepahtu pada minggu lalu mula menunjukkan taringnya selepas beberapa minggu tampil dengan persembahan yang mengecewakan.

maharaja lawak mega 2013

Kumpulan Bocey dan SYJ juga memberikan kejutan dengan persembahan yang konsisten setiap minggu. Nampak gaya seperti Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini memang sengit persaingannya. Namun bagi Abang Nara, pilihan untuk juara ialah Shiro. Abang Nara memang suka dengan lawak mereka. Bagaimana pula dengan anda? Kumpulan manakah yang menjadi pilihan hati? Tuliskan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan pembaca BeautifulNara yang lain.

Written by AbangNara | November 16th, 2013

Semalam telah berlangsung minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2013. Paling kelakar bagi Abang Nara ialah Nabil. Nampak gayanya Nabil mengambil langkah yang betul dengan keluar daripada kumpulan Boboi. Minggu ini menyaksikan kumpulan Gerak tersingkir. Apa yang Abang Nara boleh katakan ialah MLM kali ini akan menyaksikan pertarungan antara Nabil, Jambu dan Sepahtu.

lawak

Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Nora Danish dan Luna Maya sebagai juri. Menariknya Datuk Yusof Haslam turut sama memberikan ulasan. Nampak gayanya selain daripada menonton lawak-lawak daripada peserta, bolehlah peminat Nora Danish menatap wajah artis kesayangan mereka setiap minggu.

lawak

Apa pendapat anda? Siapakah yang anda rasa akan menjuarai Maharaja Lawak Mega 2013? Lagi beberapa keping gambar sekitar MLM 2013 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.