November 15th, 2019

Satu demi satu kontroversi menghimpit diri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, daripada isu curang sehinggalah yang terbaru dimana dia ditangkap polis Singapura kerana bergaduh serta mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk.

aliff aziz

Tidak dinafikan apa yang berlaku membuatkan Aliff dikecam teruk netizen dan ada yang berkata sikapnya itu tidak pernah akan berubah.

Advertisement

Sering dilemparkan dengan kata-kata negatif, Aliff menerusi Insta Story di  akaun Instagramnya berkongsi kata-kata mengenai sikap orang yang suka mengumpat dan mengata. Muat naik itu berkait rapat dengan isu yang sedang berlegar dalam kehidupannya kini.

aliff azizTerdahulu, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap. Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road pada Ahad lalu. Ketika diarahkan untuk bertenang, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan dalam keadaan mabuk.

Advertisement
November 13th, 2019

Beberapa hari lalu, nama Aliff Aziz, kembali menjadi viral di media sosial apabila pelakon dan penyanyi itu ditahan oleh pihak polis Singapura kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk. Malah, tular juga video dimana Aliff kelihatan sedang bergelut dengan dua orang pegawai polis yang hendak menggari tangannya.

aliff aziz mabuk

Susulan insiden tersebut, Aliff menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh ibunya di Facebook, memberitahu apa yang berlaku adalah satu ujian berat. Ini merupakan tahun yang mencabar buatnya dirinya dari setiap sudut termasuk spiritual dan mental.

Advertisement

 

Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar. Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya secara spiritual mahupun mental. Tapi, Insya Allah, selagi bernyawa saya akan teruskan hidup.

 

 

Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepada dirinya. Buat yang mengecamnya pula, Aliff berkata dia enggan membalas membalas cakap-cakap negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap itu adalah pahala buat dirinya.

Advertisement

Kita tak nampak dosa pahala kita. Begitu juga saya sendiri. Tapi, saya berharap apabila di akhirat kelak kita mendapat ganjaran besar. Walaupun kita tak buat di dunia, tapi cakap-cakap buruk orang terhadap saya adalah pahala untuk saya.

 

Berbicara mengenai pandangan serta komen negatif netizen yang melabelkan dia ibarat kanak-kanak apabila menghubungi dan menjerit memanggil nama bapanya untuk meminta pertolongan, Aliff berkata ia adalah perkara biasa untuk seorang anak meminta bantuan dari bapa.

Apa pun yang terjadi, malah jika umur saya 40 atau 50 tahun sekali pun dan jika ayah masih hidup, saya akan tetap memanggilnya.

aliff azizTerdahulu, menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road pada Ahad lalu. Ketika diarahkan untuk bertenang, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan dalam keadaan mabuk.

Advertisement
November 11th, 2019

Kecoh di media sosial semalam apabila rakaman video pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap polis di Singapura. Aliff didakwa bergaduh dengan seorang lelaki di kawasan Orchard Road dan ketika diarahkan untuk bertenang, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan, mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk.

aliff aziz

Bagaimanapun, Aliff dipercayai sudah dibebaskan. Menerusi sebuah video berdurasi 4 minit 20 saat  yang dimuat naik oleh ibunya, S Hafiza Basharahil di akaun Instagram, Aliff dilihat tenang mendukung anaknya Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan bekas isterinya, Bella Astillah juga turut kelihatan bersama.

Advertisement

Menurut ibu Aliff, anaknya itu berada dalam keadaan baik dan apa yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri. Orang ramai tidak layak untuk terus menghukum anaknya.

 

 

Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okay. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.

Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu.

aliff aziz mabukPada petang semalam, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap dan pada masa yang sama dia cuba menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan bantuan. Aliff menjerit-jerit memberitahu bapanya bahawa ada orang sedang memukulnya. Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
November 11th, 2019

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia ditahan pihak polis Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.

aliff aziz mabuk

Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi semalam di kawasan Orchard Road.

Advertisement

Walaupun diberikan arahan untuk bertenang dan meleraikan pergaduhan, Aliff yang nafasnya berbau arak enggan memberikan kerjasama terhadap pihak polis dan terus mencetuskan kekecohan.

 

Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.

Pada petang semalam, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap dan pada masa yang sama dia cuba menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan bantuan. Aliff menjerit-jerit memberitahu bapanya bahawa ada orang sedang memukulnya.

Sumber Berita : mStar Online & Berita Mediacorp 

Advertisement