February 23rd, 2011

aliah lee keguguran

Sedih sungguh mendengar berita Aliah Lee keguguran 2 kali tahun lalu setelah berkahwin untuk kali kedua dengan Mohamed Zekri Ibrahim. Nampaknya masih tak ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata bersama suami baru. Sebelum ini, Aliah Lee sudah pun mempunyai anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Aziz M. Osman.

[note]Saya dan suami memang nak anak sangat tapi sayangnya tahun lalu, saya mengalami dua kali keguguran. Mungkin tak ada rezeki lagi kot. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa terima keadaan itu dengan seadanya. Lagipun, usia kami pun dan meningkat. Jadi, rasanya tak sesuai kot memiliki anak pada usia yang macam ni. Apapun, kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan terhadap kami sebelum ini. Saya ada lima anak hasil perkahwinan lalu dan suami juga ada dua orang anak. Jadi biarlah tumpuan kami kini hanya pada anak-anak yang sedang membesar ini. [/note]

Abang Nara pun ada dengar-dengar jugak yang perempuan tak elok sangat mengandung kalau umur dah 40-an. Katanya rahim dah tak kuat sangat. Tak tahulah betul ke tidak teori ini. Mungkin pembaca BeautifulNara yang perempuan boleh terangkan kepada Abang Nara yang tak berapa pandai ini. Untuk pengetahuan, Aliah Lee kini berusia 38 tahun.

Oh ye, ingat tak satu ketika dahulu Aliah Lee pernah on off bertudung? Cuba baca penjelasannya daripadanya dan harap dapat memahami.

[note]Saya memakai semula tudung tahun lalu selepas berkahwin. Bukannya disuruh oleh suami atau sesiapa tapi dengan kerelaan saya sendiri. Saya mengaku selepas bercerai dengan bekas suami pertama, saya memberontak. Jadi saya tak bertudung tapi akibatnya saya yang rugi malah saya tahu impaknya. Sekarang saya dah kembali tenang. Saya juga turut berbincang dengan suami tentang perkara itu dan akhirnya dengan rela hati saya memakai semula. [/note]

Semoga Aliah dan suami keduanya akan tenang selalu dengan perkahwinan ini. Kalau ada rezeki bab-bab anak, jangan ditolak. Jaga elok-elok supaya tak gugur kali ketiga. Sumber berita dari Murai.

April 27th, 2010

anak lelaki eizlan yusof

Dalam senyap-senyap Eizlan Yusof dan isterinya Vee rupa-rupanya dah dapat seorang anak lelaki baru-baru ini. Nampak sihat dan segar jer bayi mereka berdua. Tahniah kami ucapkan. Semoga makin murah rezeki dengan kehadiran cahaya mata yang baru ini. Besar nanti confirm anak diorang akan hensem macam ayahnya jugak.

anak lelaki eizlan yusof

Kami sebenarnya suka dengan Eizlan Yusof dan Vee sebab mereka berdua kurang kontroversi. Dua-dua nampak bijak melayari rumah tangga. Tak ada keluar cerita-cerita kurang enak didengar. Semoga perhubungan begini akan terus berkekalan. Tahniah sekali lagi dari BeautifulNara atas kelahiran cahaya mata baru anda berdua.

vshub coach bag

P.S: Korang tak berminat ke nak beli beg Coach yang latest dengan harga murah dan berpatutan berbanding kalau korang beli terus kat Malaysia nie? Cara dia sangat mudah, korang cuma perlu layari www.coach.com dan pilih la mana-mana handbag yang berkenan di hati. Lepas tue gunakan khidmat vsHub Concierge untuk beli handbag kat website Coach tue. Beg kat atas tue USD 278 dollar. Tambah tolak dengan bayar perkhidmatan vsHub Concierge baru RM1000 kot. Kalau beli direct kat butik Coach di Malaysia mahu cecah RM2000 lebih. Fikir-fikirkanlah untuk berbelanja secara berhemah bersama vsHub Concierge.

November 9th, 2009

nor aliah lee

Nor Aliah Lee atau nama femesnya Vee (bekas isteri Aziz M. Osman) khabarnya telah bertunang. Gambar di atas diambil dari facebook Aziz M. Osman tapi tak dinyatakan sama ada gambar kahwin atau pun gambar tunang. Tak kisahlah yang mana satu. Yang penting kami nak ucapkan tahniah kepada Nor Aliah Lee. Semoga berbahagia dengan orang tersayang.

January 14th, 2009

Pictures of  Malaysia beautiful celebrity and hot single mother, Nur Aliah Lee or better known as Vee captured with her new boyfriend has already circulated in the Internet.

After her marriage with Aziz M. Osman collapsed, the charming Vee started to go out with the person in the picture only known to Malaysia public as Tengku Y.

We here at BeautifulNara wish all the best to Vee and Tengku Y relationship. May God bless you and may your relationship ends with marriage.

More social pictures of Nur Aliah Lee @ Vee and Tengku Y by reading the full article.