February 9th, 2012

Berita agak tidak baik untuk peminat Aiman Hakim Ridza yang sedang popular dengan drama Vanilla Coklat. Abang Nara ada menerima sepucuk email dan pengirim email tersebut menyatakan yang si Aiman ini sudah pun berpunya. Katanya kekasih tersebut sama sekolah semasa zaman pembelajaran dahulu.

gambar kekasih aiman hakim ridza

Comel kan? Bagai merpati dua sejoli. Walaupun Abang Nara tahu ramai yang kecewa sekiranya wanita di atas memang kekasih Aiman, namun Abang Nara tak nampak perkara ini akan menjejaskan kariernya. Peminat sekarang sudah lebih bijak dan tak berapa kisah sangat kalau seorang selebriti itu ada kekasih atau tidak. Yang penting mutu lakonan kenalah mantap. Tak gitu?

Kepada Aiman Hakim Ridza, berlakon-berlakon jugak, jangan biarkan awek anda keseorangan. Kepada si kekasih, tabahkan hati melihat pakwe anda menjadi pujaan ramai wanita. Hehehe ~~

February 8th, 2012

Kalau anda tanya gadis-gadis remaja di luar sana siapakah jejaka idaman mereka sekarang, jangan terkejut jika jawapannya bukan Aaron Aziz. Rata-rata gadis remaja hari ini menggilai Aiman Hakim Ridza, pelakon utama drama Vanilla Coklat yang sedang hangat di TV3 sekarang.

aiman hakim ridza

Sebelum bergelar pelakon, Aiman Hakim Ridza merupakan salah seorang protege program Mentor. Gurunya tak lain tak bukan ialah Rahim Maarof. Mungkin tiada rezeki di bidang nyanyian, Aiman terjun ke bidang lakonan dan terus meletup dengan drama pertamanya, Vanilla Coklat. Lakonan romantik Aiman bersama Izara di dalam tersebut ternyata meruntun jiwa para gadis.

vanilla coklat

Semoga Aiman Hakim Ridza terus maju jaya di dalam apa jua bidang yang diceburi. Sila LIKE Facebook Aiman Hakim Ridza tanda sokongan anda kepadanya. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

vanilla coklat

vanilla coklat

vanilla coklat

vanilla coklat

vanilla coklat

vanilla coklat

vanilla coklat

vanilla coklat
vanilla coklat
vanilla coklat