May 7th, 2015

Satu ketika dahulu, Abby Abadi pernah digosipkan sudah berkahwin dengan Ustaz Khairul Azli. Namun ternyata itu semua adalah palsu. Mereka berdua masih tiada sebarang ikatan rasmi setakat hari ini. Namun itu tidak bermakna tiada rasa kasih sayang yang wujud antara Abby Abadi dan Khairul Azli. Buktinya? Abby telah menerima kejutan yang amat sweet daripada ustaz tersebut. Romantis!!!

abby abadi

Hati perempuan mana yang tak cair apabila mendapat ‘suprise’ sebegini. Sejambak bunga dan coklat memang dapat mencairkan hati mana-mana wanita. Ayat yang ditulis beserta kejutan ini juga power tahap gaban. Romantik juga Ustaz Khairul Azli ini. Melahirkan rasa keterharuannya, Abby mendoakan yang terbaik buat diri mereka berdua.

abby abadi

Sebagai pemerhati, Abang Nara mendoakan agar Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli dapat bersatu sebagai suami isteri. Kalau dah sampai ke tahap kejutan sebegini, memang dalam sungguh rasa sayang itu. Abang Nara pun dapat merasakannya. Sama-samalah kita doakan agar jodoh mereka dipermudahkan. Amin.

March 11th, 2015

Sebelum ini, berita mengenai Abby Abadi yang telah bernikah dengan Ustaz Khairul Azli hangat diperkatakan. Menurut beberapa sumber, mereka telah bernikah apabila sebuah foto di Instagram Ustaz Khairul menampakkan beliau menghulur senaskah Al-Quran kepada wanita mirip Abby dengan kapsyen seakan-akan sudah memperisterikan wanita tersebut.

Malah, salah seorang pengikut Ustaz Khairul di Instagram  dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status Abby dan Ustaz Khairul.

Menerima ucapan tahniah yang tidak putus daripada peminat, Abby telah tampil menjelaskan beliau masih belum bernikah menerusi laman Instagram miliknya.

AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh. Selamat Pagi. Ada ingat/ sebut tentang ALLAH tak hari ni? Alhamdullilah bersyukur ALLAH panjang kan lagi umur kita yang penuh dosa ini kan. Jadi gunakan lah kesempatan yg ada ini utk lakukan ‘apa sahaja’ kerana DIA k. .
Pagi ni.. Pening nk jawab msg tahniah kata dah nikah. Adehhh.. Senang gila percaya gossip. Tiadasss laa. Sekali lagi Sy ulang: Buat masa ini TIADA. Bila Sy jawab tak dalam msg pagi ni. Ada yg kata nk rahsia la tu… Aduhai. Rahsiakan utk apa? Dah memang takde. Belum sampai jodoh lagi sebab…… Ntahlah…. Panjang nk citer hehe..

Memang ramai yang percaya mereka sudah bernikah sebelum ini, iyalah Abby Abadi juga seakan-akan memberi hint bakal berkahwin apabila memuat naik foto gubahan hantaran dan juga luahan hati penuh bait romantis. Takpelah, kalau ada jodoh kalian nanti siapa tahu.

 

 

March 9th, 2015

Desas-desus mengenai perhubungan Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli bukanlah satu berita yang baru. Malah, Abby juga sebelum ni seakan-akan memberi petunjuk beliau bakal berkahwin  apabila memuat naik beberapa foto gubahan hantaran.

Terbaru,  Abby dan Ustaz Khairul dilaporkan sudah sah bergelar suami dan isteri apabila lelaki tersebut memuat naik gambar menghulurkan senaskah Al- Quran kepada seorang wanita mirip Abby dengan bait penuh rasa cinta kepada seseorang.

Perkara tersebut nampaknya benar apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status Abby dan Ustaz Khairul.

Alhamdulillah mereka sekarang pasangan suami isteri.. semoga kebahagiaan milik mereka.

Jika berita ini benar, maka ini adalah perkahwinan kali ke tiga buat Abby. Terdahulu, bekas penyanyi kumpulan Elite ini pernah mendirikan rumah tanggan bersama aktor Norman Hakim dan di kurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai.  Kemudian, Abby telah bernikah dengan jejaka lebih muda daripada beliau iaitu Noor Farhan  di Thailand dan bercerai juga tidak sampai setahun kerana berlakunya salah faham diantara mereka.

Kalau benar Abby Abadi sudah bernikah kami ucapkan tahniah. Semoga pernikahan kali ini kekal sehingga akhir hayat. Harapnya Abby dan Ustaz Khairul dapat bersabar dan bertolak ansur jika timbulnya masalah. Kesian kepada anak-anak Abby yang  sering melihat ibunya derita kerana lelaki sebelum ini bukan?

Sumber Berita: my artis

February 11th, 2015

Kalau jodoh tak ke mana. Walaupun sudah 2 kali gagal dalam perkahwinan, ada desas-desus menyatakan Abby Abadi bakal berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini. Untunglah Abby Abadi masih ramai yang memiliki dirinya. Bukan calang-calang tau. Ini bermakna Abby pandai menjaga diri, mempunyai tarikan tersendiri dan paling penting, ada ciri-ciri yang dimahukan oleh seorang lelaki. Desas-desus ini bertiup kencang apabila Abby Abadi memuatnaik gambar bekas suaminya, Norman Hakim dengan ‘teman lelaki’ barunya, Ustaz Khairul Azli.

abby abadi kahwin lagi

Penggunaan perkataan ‘ayah lama dan ayah baru’ oleh Abby Abadi di gambar di atas telah membuatkan para peminatnya teruja. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada bekas pelakon Gerak Khas ini. Malah ada yang melahirkan rasa tidak sabar untuk melihat Abby bergelar seorang isteri. Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila Abby memuatnaik gambar hantaran di akaun Instagramnya. Ayat nak pinjam untuk 2 hari untuk seolah-olah membayangkan hari bahagianya kelak.

abby abadi kahwin lagi

Kalau benar berita ini, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Abby dan Khairul Azli memang sama cantik dan sama padan. Semoga perkahwinan kali ini kekal bahagia buat selama-lamanya. All the best buat Abby. Kita doakan yang terbaik untuknya.
abby abadi kahwin lagi

P.S: Owhh!! Tak serik-serik lagi ke guna produk kecantikan berkimia tu?? Nihhh… Bukti produk 100% organik boleh mencantikkan kulit secara semula jadi. Membuatkan kulit suci dari jerawat & jeragat, semakin tegang, sentiasa gebu gebass dengan Masker Organik Warisan ! Harganya berpatutan, tak semahal sayur organik di pasar raya.. Hanya RM29.90 untuk penggunaan selama 1 hingga 2 bulan!! Hubungi kami sekarang, stok terhad.