Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Abby Abadi Terharu Terima Kejutan Daripada Ustaz Khairul Azli

Satu ketika dahulu, Abby Abadi pernah digosipkan sudah berkahwin dengan Ustaz Khairul Azli. Namun ternyata itu semua adalah palsu. Mereka berdua masih tiada sebarang ikatan rasmi setakat hari ini. Namun itu tidak bermakna tiada rasa kasih sayang yang wujud antara Abby Abadi dan Khairul Azli. Buktinya? Abby telah menerima kejutan yang amat sweet daripada ustaz tersebut. Romantis!!!

abby abadi

Advertisement

Hati perempuan mana yang tak cair apabila mendapat ‘suprise’ sebegini. Sejambak bunga dan coklat memang dapat mencairkan hati mana-mana wanita. Ayat yang ditulis beserta kejutan ini juga power tahap gaban. Romantik juga Ustaz Khairul Azli ini. Melahirkan rasa keterharuannya, Abby mendoakan yang terbaik buat diri mereka berdua.

abby abadi

Sebagai pemerhati, Abang Nara mendoakan agar Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli dapat bersatu sebagai suami isteri. Kalau dah sampai ke tahap kejutan sebegini, memang dalam sungguh rasa sayang itu. Abang Nara pun dapat merasakannya. Sama-samalah kita doakan agar jodoh mereka dipermudahkan. Amin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top