Written by serenity | January 26th, 2018

Agak lama juga tidak mendengar khabar mengenai Linda Onn, Deejay radio dan juga ahli perniagaan. Terbaru melalui satu status Instagram, Linda berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini telah hamil.
Linda yang bakal memasuki usia 41 tahun pada November ini berkongsi gambar baby bump dan ultrasound dan menulis:

Linda bagaimanapun tidak menyatakan usia sebenar kandungannya.

Linda dan suaminya, Ungku Azhar pada 27 Disember 2013. Ini adalah kandungan pertama Linda. Bersama kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Pastinya Linda sudah begitu lama menunggu kehadiran permata hatinya. – beauifulnara.com

Written by serenity | January 30th, 2014

Kalau sebelum ini kita telah melihat gambar-gambar majlis resepsi perkahwinan Linda Onn dan suaminya Ungku Azhar yang telah berlangsung hujung minggu lepas, apa kata kali ini kita layan gambar profesional pula.


 photo 1797613_10152794509549240_7731117_n.jpg

Majlis resepsi Linda Onn telah berlangsung di Restoran Hadramawt dan dihadiri oleh ramai kawan-kawan selebriti beliau. Pasangan ini telah dinikahkan pada 27 Disember tahun lepas di kediaman mewah Linda di Ampang. Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan REDPhotography. Silakan like page Mohd Red beramai-ramai.

Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Flash mob JKKN Sarawak & Tourism Malaysia Sarawak bersempena Visit Malaysia Year 2014. Jom saksikan!

 
Written by AbangNara | January 28th, 2014

Dalam diam, rupanya hujung minggu lalu telah pun berlangsung majlis resepsi perkahwinan Linda Onn dan Ungku Azhar. Majlis yang diadakan dalam keadaan penuh sederhana ini telah dihadiri oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Umie Aida, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Rebecca Nur Islam. Linda Onn tampil berseri-seri dalam persalinan pengantin serba putih.

gambar resepsi linda onn

Menerusi akaun Instagramnya, Linda Onn turut berkongsi beberapa video yang menarik untuk tatapan para peminatnya. Memang pasangan pengantin ini sama cantik dan sama padan. Abang Nara serius terharu melihat mereka melangkah turun dari tangga. Memang cantik dan gorgeous sangat-sangat.

Semoga perkahwinan Linda Onn dan Ungku Azhar berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 21st, 2014

Wow. Kacak, handsome dan tampan sungguh Ungku Azhar, suami Linda Onn ini. Memang patutlah Linda Onn sorokkan selama ini. Takut ada gadis-gadis lain di luar sana terpikat (gurau-gurau jer nie). Sekali pandang, macam Hans Isaac pun ada. 2 kali pandang nampak macam Jehan Miskin. Kesimpulannya memang kacak ah.

linda onn dan suami

Baru-baru ini Linda Onn dan suami telah menghadiri majlis hari jadi Datin Paduka Umie Aida. Daripada apa yang Abang Nara baca, mereka berdua memang “sweet” sangat-sangat. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga kelak.

linda onn dan suami

Lagi beberapa gambar Linda Onn dan suaminya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Penerangan mengenai Dasar Automotif Negara 2014