June 14th, 2019

Selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin, akhirnya Erra Fazira membuka mulut mengenai kemelut hubungan persahabatannya dengan pelakon Datin Seri Umie Aida

Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu.

Advertisement

Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku. Pada masa yang sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya.

Advertisement
June 13th, 2019

Luahan perasaan pelakon Datin Seri Umie Aida yang kecewa dikhianati sahabat sendiri cukup hangat diperkatakan sejak semalam. Umie menyatakan kekecewaannya dengan sikap rakannya itu yang telah memusnahkan kepercayaannya berulang kali.

Namun, Umie menjelaskan tindakannya itu bukanlah berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi dirinya berhak untuk meluahkan rasa sakit dan kecewa. Malah, beliau juga mempunyai bukti kukuh pengkhianatan sahabatnya itu.

Advertisement

Pelbagai spekulasi mula timbul dan rata-rata netizen beranggapan individu yang dikatakan Umie itu ialah Erra Fazira kerana umum mengetahui mereka mempunyai hubungan yang erat dan begitu akrab sekali.

Ada juga netizen yang mula ‘menyerang’ ruangan komen di Instagram Erra untuk bertanyakan mengenai isu hangat tersebut.

Bagaimanapun, Erra hanya memohon maaf terpaksa memadam beberapa komen yang agak melampau agar tiada sebarang isu terus diperbesarkan.

Advertisement
June 12th, 2019

Semalam, pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida telah memuat naik beberapa luahan mengejutkan menerusi akaun Instagramnya.

Umie mendedahkan dirinya dikhianati oleh seorang sahabat baik. Biarpun tidak menyebut sebarang nama, Umie nyata kecewa dan terkilan dengan perbuatan sahabatnya itu yang sudah melukakan hatinya.

Advertisement

Umie turut menempelak individu tersebut dengan menyatakan betapa murahnya nilai sebuah persahabatan. Kerana wang ringgit, musnah segalanya.

Pendedahan Umie itu mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada netizen yang membuatkan kesimpulan sendiri dan mendakwa Erra Fazira adalah individu yang dimaksudkan.

Umum mengetahui, Umie dan Erra mempunyai hubungan yang erat dan akrab. Malah,  kedua-dua sahabat ini juga sudah saling tidak mengikuti antara satu sama lain  di Instagram.

Sumber Berita & Foto : Forum CARI

Advertisement
July 30th, 2018

Bila sebut tentang poligami ataupun hidup bermadu, hampir semua wanita tidak mahu perkara itu berlaku. Tidak mahu rasa perit melalui dugaan dan ujian berkongsi kasih.

Namun, lain pula buat pelakon Datin Seri Umie Aida. Entah apa yang beliau mimpikan semasa tidur sehingga ketika beliau bangun, beliau dengan rela hati memberikan keizinan buat suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lagi.

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, Umie berkata beliau bukanlah seorang isteri sempurna dan sanggup untuk bermadu asalkan suaminya tidak membuat perkara tidak elok dibelakangnya.

Rata-rata peminat juga tertanya mengapa Umie mengeluarkan kenyataan yang agak mengejutkan itu. Bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar rumah tangga beliau dan suami kekal bahagia sehingga ke jannah.

Advertisement