October 13th, 2015

Selepas ditahan dibawah akta 124C atas tuduhan cuba untuk menggulingkan kerajaan pada bulan September lepas, kini suami kepada Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta peguamnya Matthias Chang Wen Chiah telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan cuba untuk mensabotaj khidmat perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di lima lokasi berbeza  antara tarikah 28 Jun sehingga 28 Ogos tahun ini di luar negara iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Khairuddin dan Matthis didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan. Majistret Siti Radzeah Kamarudin mengarahkan agar tertuduh tidak boleh diikat jamin.

Walaubagaimanapun, peguam yang mewakili Khairuddin sedang berusaha untuk memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu untuk diikat jamin serta meminta tarikh pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi dipercepatkan.

Sumber Berita: Kosmo!

September 21st, 2015

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu sebagai mensabotaj negara.

Pada Jumaat lepas, pelakon Datin Seri Umie Aida memuat naik satu gambar di Instagram dengan kapsyen mendoakan suaminya yang ditahan polis. Menurut Umie, suaminya ditahan di bawah akta 124C iaitu pertuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

Lapor mStar Online, melalui satu sidang media pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu tindakan suami Umie, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing supaya pihak antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)seperti mensabotaj negara dan mencabar sistem perundangan Malaysia.

(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.

Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.

Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu.

Kenyataan Khalid dibuat sebagai jawapan kepada dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengelak pembongkaran kes 1MDB. Menurut Khalid, Khairuddin telah pun membuat laporan polis mengenai isu 1MDB dan sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.

Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia.

Khairuddin ditahan reman enam hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.

Beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara di sini pada Jumaat, yang dipercayai berkaitan dengan siasatan membabitkan 1MDB.

September 18th, 2015

Nama Umie  Aida tidak asing lagi dalam industri filem tempatan dan merupakan seorang pelakon yang cukup versatile.

Muncul dengan filem terbaru bergenre seram iaitu Jwanita arahan sutradara terkenal Osman Ali, Umie membuktikan lakonan beliau masih lagi “berbisa” seperti dahulu.

Jelas Umie, beliau menjadikan watak beliau dalam filem Dukun yang diharamkan tayangannya sekitar tahun 2007 sebagai sumber inspirasi dalam menghidupkan wataknya sebagai pengamal ilmu hitam didalam Jwanita.

Bila ditawarkan skrip, pengarah dan ‘team’ yang bagus, saya percaya setiap pelakon yang terlibat mahu berikan lakonan yang lebih baik dan berbeza.

Saya sendiri memilih naskhah ini kerana saya selesa bekerja dengan Osman memandangkan dia memberi kebebasan untuk saya dalami karakter dengan cara saya sendiri. Saya percaya hasil tangan dia tidak pernah mengecewakan.

Tambah Umie lagi, penglibatan dirinya dalam industri seni tanah air dianggap sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan bukannya mengejar populariti semata-mata.

Menghasilkan lakonan yang terbaik adalah merupakan tanggungjawab seseorang pelakon. Bagi saya ia penting  untuk menggalas kepercayaan penerbit dan pengarah selain kepercayaan saya sendiri untuk berikan sesuatu yang terbaik kepada penonton.

Mari kita tonton trailer filem Jwanita dibawah, tengok trailer pun memang dah bikin seram. Mungkin filem Jwanita mampu menjadi filem seram terbaik. Barisan pelakon lain seperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne membuatkan filem ini mempunyai kelasnya tersendiri.

Sumber Berita: Sinar Harian

September 11th, 2015

Umie Aida adalah salah seorang pelakon yang cukup hebat di mata Abang Nara. Hampir kesemua filem atau drama lakonannya menjadi dan meninggalkan impak yang cukup besar. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa apabila filem Dukun lakonan Umie Aida yang membawakan watak Mona Fandey diharamkan tayangannya. Tengok trailer pun nampak betapa ‘real’ lakonan Umie Aida.
umie aida

Selaku seorang pelakon senior dan otai, Umie Aida mempunyai nasihat yang cukup berguna buat pelakon-pelakon generasi baharu. Malah Umie Aida juga sempat meluahkan rasa kecewanya dengan mutu drama yang dihasilkan masa kini. Jalan cerita sentiasa sama, hanya pelakon yang sahaja yang ditukar. Kata Umie Aida:-

Saya mengharapkan pelakon generasi kini mementingkan soal kualiti lakonan dan bukan sekadar mengejar populariti. Jika dulu, kami akan mengambil masa lama untuk sesi ‘script reading’ serta mendalami watak masing-masing. Apabila kualiti lakonan dititik beratkan, maka kita akan dingati sampai bila-bila dan dihargai sebaik-baiknya.

Apabila sudah memasuki bidang ini adalah menjadi tanggungjawab setiap pelakon melakukan yang terbaik untuk pengarah dan penonton. Itulah yang saya amalkan dari dulu hingga sekarang.

Acuan jalan cerita lebih kurang sama saja dan yang berbeza adalah pelakon.

umie aida

Ada betulnya kata Umie Aida itu kan? Pelakon sekarang walaupun popular, tetapi boleh dikira dengan jari mereka yang benar-benar berkualiti. Bab drama itu jangan ceritalah. Memang semua sama je jalan cerita. Kahwin paksa, bini tak suka laki, anak orang kaya dan sebagainya. Sekali sekala adalah drama macam Mok Cun lakonan Umie Aida baru-baru ini yang begitu berbeza. Yang lain, semua lebih kurang. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Umie Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

umie aida

P.S: Digi dan iflix telah bergabung untuk memberikan pengguna Digi lebih kepuasan dalam menonton ribuan jam filem, drama dan kartun menerusi applikasi yang sedang hangat di pasaran ini. Pengguna Digi bakal mendapat langganan percuma selama 60 hari. Kalau nak sambung lepas itu, boleh bayar menerusi bil ataupun prepaid Digi anda. Sangat mudah. Maklumat lanjut layari http://digi.iflix.com.

umie aida

umie aida
umie aidav
umie aida
umie aida
umie aida
umie aida
umie aida