March 8th, 2018

Isu antara Intan Liana, Ude Wahid dan Izreen Azminda betul-betul memberikan kesan dan menjadi perhatian masyarakat.  Ramai yang bersimpati dengan nasib Intan serta dua orang anaknya dan menganggap beliau sebagai seorang wanita dianiaya hanya kerana orang lain ingin mencipta kebahagiaan mereka sendiri.

Antara orang yang mahu membantu Intan untuk berdikari dan bangkit dengan semangat baru adalah Datuk Seri Aliff Syukri.

Baru-baru ini, Aliff menerusi akaun Instagram memuat naik foto bersama Intan dan menyatakan hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada wanita itu.  Ramai yang menyokong usaha murni Aliff.

Terbaru, Intan muncul bersama Datin Seri Shahida sebagai model muslimah bagi tudung keluaran jenama Aliff sendiri. Intan kelihatan begitu cantik dan manis sekali.

Netizen yang melihat Intan muncul dalam iklan tersebut memuji dan menghargai usaha Aliff menawarkan pekerjaan kepada Intan dan berdoa agar rezeki jutawan kosmetik itu semakin murah dan diberkati Allah SWT.

Sebelum ini ramai yang mengecam Aliff , tetapi setiap orang itu mempunyai kebaikan dan sisi positif mereka sendiri. Semoga segalanya dipermudahkan buat beliau dan juga Intan.

March 7th, 2018

Walaupun dirinya terluka dengan apa yang berlaku dan bakal diceraikan tanpa sebarang sebab kukuh, Intan Liana mengakui beliau tetap bersimpati dengan Ude Wahid yang menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan kontroversi rumah tangga mereka.

Intan berkata sedemikian selepas mengetahui ada pihak yang mewujudkan “fanpage” Facebook khas untuk memberikan sokongan kepada dirinya. Bagaimanapun, laman tersebut menjadi tempat untuk netizen mengecam Ude dan pelakon Izreen Azminda.

Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri.

Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media.

Begitu tabah dan ikhlasnya hati seorang isteri yang masih menyayangi suaminya meskipun di uji dengan dugaan yang berat sehingga rumah tangganya bakal musnah. Semoga Intan dan anak-anak bertemu bahagia mereka sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro