July 13th, 2018

Sudah mula aktif di Twitter, pelakon Rozita Che Wan ibarat pakar kaunseling perkahwinan ataupun Menteri Pembangunan Wanita pula apabila sesetengah netizen menjadikannya ‘kaunter aduan’ menceritakan mengenai masalah rumah tangga mereka.

Antara isu yang paling hangat dibangkitkan dan membuat Che Ta merasa geram ialah ramai wanita kini dengan mudah ingin merampas suami orang yang berwajah tampan. Namun, bak kata pepatah tepuk sebelah tangan tidak berbunyi kerana si lelaki yang sudah berkahwin ini juga rajin melayan wanita sebegitu.

Rasanya semua tahu Che Ta memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara mengenai isu rumah tangga apatah lagi jika ia melibatkan orang ketiga sehingga berlakunya kes penceraian. Ketika kes Ude dan Intan Saleh dahulu, beliau juga antara artis yang turut memberikan sokongan kepada Intan.

Sumber Berita : mStar Online

June 27th, 2018

Mungkin mahu seiringan dengan rakan artis yang lain, nampaknya Che Ta kini sudah kembali aktif di Twitter sejak semalam.

Menariknya, Che Ta sempat memberi sedikit ‘amaran’ buat netizen yang ingin menulis sesuatu tentang dirinya.

Pada masa yang sama, Che Ta memberikan pesanan agar masyarakat janganlah terlalu taksub menggunakan media sosial sehingga kadang-kala terlalu menayangkan kehidupan peribadi mereka ataupun membuka aib orang lain. Bukan semua perkara harus dipamerkan kepada umum.

Setakat ini akaun Twitter Che Ta yang menggunakan nama @rozitachewan1 baru sahaja mempunyai 481 pengikut.

March 7th, 2018

Seorang wanita telah membakar tudung-tudung Naelofar Hijab kerana kecewa dengan tindakan Neelofa membuat pelancaran tudung di kelab malam terkenal. Dalam rakaman video yang viral di media sosial, wanita itu dilihat membakar tudung Naelofar dengan alasan tidak mahu membawa nama Neelofa ke tempat yang dia pergi dengan memakai tudung tersebut.

Tindakan wanita itu bagaimanapun mendapat reaksi menarik netizen Twitter. Seorang pengguna Twitter mengibaratkan insiden itu seperti insiden peminat the Beatles membakar rekod lagu mereka kerana kata-kata John Lennon bahawa ‘The Beatles lebih popular dari Jesus’.


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Seorang Netizen mengibaratkan insiden itu seperti membakar duit sendiri:

 


<

Neelofa kembali membuat kemunculan mengacarakan MeleTop malam tadi setelah membuat permohonan maaf di media sosialnya. – beautifulnara.com

January 9th, 2018

Baru-baru ini pelakon Fathia Latiff telah menulis di Twitter mengenai pihak produksi ‘hauk’yang hanya mencari kesalahannya.

Fathia telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila satu syarikat produksi yang mengimbas mengenai masalah tidak menepati masa yang diketahui umum mengenai Fathia. Pelakon jelita itu menulis:


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Tidak dapat dipastikan syarikat mana yang diperkatakan oleh Fathia, bagaimanapun ini mungkin berkaitan dengan kisah pelakon itu yang sebelum ini lewat datang ke siaran langsung Sepahtu Reunion sehingga lima jam sehingga kemunculannya dibatalkan dan digantikan dengan Siti Elizad.

Sebelum itu juga, sebuah produksi telah menggugurkan Fathia dari sebuah drama yang sedang menjalani penggambaran kerana lewat datang ke set penggambaran dan digantikan dengan Zahirah Macwilson.

Fathia sebelum ini dikenali dengan filem Darah Panas dan drama Arianna Rose yang menaikkan namanya. – beautifulnara.com