Written by AbangNara | February 15th, 2012

Kerana mulut badan binasa, kerana Twitter, kena lah mintak maaf. Itulah akibat yang harus ditanggung oleh pemilik Twitter @Bob_Azuan. Untuk makluman, twitter tersebut telah pun didelete. Anda boleh membaca entri di mana tuduhan liar dilemparkan kepada Rita Rudaini oleh pemilik Twitter tersebut di sini.

rita

Dan hari ini, wartawan MStar melaporkan yang Rita Rudaini menuntut pemilik akaun Twitter tersebut untuk memohon maaf atas kata-katanya. Rita Rudaini berkata:-

Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera. Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan. Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia kawan kepada pasangan Aidil Zaquan dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur masalah rumah tangga saya.

Sementara itu Zaquan telah mengeluarkan kenyatan di bawah apabila ditanya sama ada dia menyamar sebagai Bob Azuan di dalam Twitter:-

Terima kasih di atas andaian anda. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui kebenaran. Tak perlu nak meraih simpati orang.

Kepada pemilik akaun Twitter Bob_Azuan, minta je maaf. Tak salah dan tak rugi apa-apa pun minta maaf. Tak gitu? Info daripada Mstar.

Written by AbangNara | February 14th, 2012

Siapa Bob Azuan? Tiada siapa yang mengenali twitter yang telah agak lama dicipta namun bermula semalam telah diguna pakai untuk menghentam Rita Rudaini seteruk yang boleh. Namun ada peminat-peminat Rita Rudaini yang menyatakan bahawa Zaquan Adha berselindung di sebalik Twitter Bob Azuan. Ini kerana gambar profile yang digunakan adalah sama dengan gambar yang ada pada Twitter Zaquan sendiri.

zaquan adha

Namun tuduhan tersebut telah dibalas oleh Bob Azuan dengan menyatakan yang dia adalah tukang tangkap gambar untuk Zaquan pada ketika itu. Agak cliche alasan yang diberikan tetapi ada logiknya jugak. Namun apa yang menyeramkan ialah hentaman teruk yang dibuat kepada Rita Rudaini menerusi Twitter tersebut. Antaranya ialah:-

zaquan adha

zaquan adha

zaquan adha

Nampak seperti Bob Azuan ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan keluarga Zaquan. Kalau benar ada bukti yang menyatakan Rita berbuat seperti apa yang didakwa, apa kata keluarkan supaya semua orang boleh mengadilinya. Kalau sekadar bercakap kosong, semua orang pun boleh buat macam tue kan? Tak gitu?