May 25th, 2018

Selebriti popular dan penuh kontroversi, Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA tidak dinafikan sering menjadi bahan jenaka ataupun ketawa netizen di media sosial gara-gara perwatakan beliau yang “unik”.

Bila tiba PRU14 yang lalu, Diva AA mendapat perhatian yang sangat luar biasa kerana bertanding sebagai calon bebas semata-mata ingin mengalahkan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sejak daripada itu memang rancaklah netizen menghasilkan pelbagai “memes” mengaitkan dua beradik itu.

Walaupun Diva AA sudah tidak mempunyai akaun Twitter, beliau tetap tahu dirinya menjadi bahan “troll” di laman sosial tersebut dan tidak akan memaafkan netizen yang berbuat demikian.  Ia turut ditujukan buat individu yang membuat akaun Twitter palsu menggunakan namanya dan meniru gaya penulisan beliau.


Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan. Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka. Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti.

Beberapa hari lalu, viral foto Azmin sedang bercakap di telefon dan disertakan dengan kapsyen lawak yang menjadi bahan hiburan dan gurauan di Twitter. Netizen saling berbalas “tweet” tersebut dengan menggunakan  gambar Diva AA dan seolah-olah beliau sedang berbual dengan Azmin.

Sumber Berita : mStar Online

July 22nd, 2015

Sejak kebelakangan ini, Azwan Ali nampaknya tidak habis-habis cetuskan kontroversi, daripada isu memaki hamun peminat di Twitter kerana isu Me’nate sehinggalah memarahi agensi umrah dan menimbulkan kekecohan hanya kerana pelawak Nabil Ahmad tidak menegur beliau sewaktu terserempak di tanah suci Mekah ketika beliau melakukan ibadah umrah minggu lepas.

Namun, kali ini tindakan Diva AA yang mengeluarkan kenyataan seakan menghina manga kemalangan jalan raya pada Aidilfitri telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter apabila beliau telah mengguris perasaan keluarga mangsa kemalangan yang terlibat.

Ramai yang berpendapat beliau tidak merasa insaf langsung meskipun sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke Mekah.

Kami sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya masalah Azwan Ali, adalah lebih baik untuk berubah sedikit demi sedikit dan jangan mensia-siakan pahala anda ketika mengerjakan umrah.  Laser biar bertempat, fikir juga hati orang lain.