September 4th, 2014

Ya jika anda terlepas pandang atau kurang mengikuti perkembangan bekas suami isteri ini, meh sini Abang Nara ceritakan kembali. Selain daripada tuntutan RM5,392 sebulan untuk anak-anak hasil perkongsian perkahwinan mereka dahulu, Rita Rudaini turut sama telah menuntut RM300,000 daripada Aidil Zafuan sebagai tuntutan muta’ah. Tuntutan nafkah untuk anak-anak telah tertunggak sebanyak RM150,000 menjadikan jumlah tuntutan yang dilakukan oleh Rita kepada bekas suaminya itu adalah sebanyak RM450,000. Banyak bukan?

rita rudaini

Namun Rita Rudaini percaya bekas suaminya itu mampu membayar jumlah tuntutan yang hampir mencecah setengah juta ini. Menurut Rita, suaminya bergaji mahal dan berdasarkan cara hidup mewah yang dipamerkan oleh bekas suaminya itu di laman sosial, tuntutan itu tidak akan menjadi sebarang masalah untuk dipenuhi. Kata Rita:-

Saya percaya bekas suami mampu untuk membayar semua tuntutan berkenaan kerana gajinya yang mahal dan cara hidupnya yang mewah juga dapat dilihat menerusi gambaryang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Jumlah tuntutan mutaah dan nafkan tertunggak mencecah setengah juta ringgit ini difailkan selepas saya berbincang lanjut dengan peguam.

Bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk dengan tuntutan nafkan sebanyak RM5,392 sebulan dan untuk nafkah edah yang masih dalam perbincangan dengan peguam lagi.

rita dan aidil

Fuh~~ Kalau Abang Nara kena bayar RM500,000 memang boleh ketar lutut dibuatnya. Namun Abang Nara respek kepada Rita kerana berani untuk membuat tuntutan sebegini. Memang ini adalah perjuangan untuk menjaga maruah seorang wanita. Semoga pihak yang benar akan beroleh kemenangan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.

August 26th, 2014

Tuntutan muta’ah sebanyak RM300,000 yang difailkan oleh Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan semalam memang mengejutkan orang ramai. Ada yang memandang serong terhadap Rita dan menganggap pelakon ini ‘gila duit’ dan mahu memerah bekas suaminya habis-habisan. Namun ada juga yang menyokong tindakan Rita dan menganggap tindakan tersebut adalah wajar kerana ia membela hak kaum wanita.

rita rudaini

Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Rita Rudaini memberi justifikasi atas tuntutan muta’ahnya itu. Kata Rita:-

Saya bukan nak ambil duit orang, tapi menuntut hak sebagai wanita teraniaya. Bayangkan saja aib dan reputasi saya yang teralar disebabkan masalah rumah tangga. Kalau diikutkan, jumlah yang saya tuntut itu tak setimpak pun dengan penderitaan yang saya dan anak-anak alami.

Cukuplah saya katakan tuntutan muta’ah itu bertujuan sebagai pembelaan hak sebagai wanita atas tindakan bekas suami saya. Saya dengar banyak kali orang bercakap dan tuduh saya gila duit. Kalau saya gila duit, saya takkan berkahwin dengan pemain bola sepak.

Lebih baik saya berkahwin dengan Tan Sri atau VIP saja tapi saya bukan begitu. Saya tuntut duit itu sebagai pembelaan hak saya dan anak-anak. Jangan ingat wanita seperti saya sampah. Bila tak nak dibuang begitu saja. Saya harap tuntutan hak ini akan menjadi panduan dan membuka mata wanita yang senasib saya di luar sana.

rita

Semangat Abang Nara membaca kata-kata Rita Rudaini. Sememangnya ramai wanita di luar sana yang mengalami nasib serupa dengan Rita namun takut untuk membela diri mereka. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat. Semoga Rita beroleh kemenangan yang dikehendaki. Sama-samalah kita nantikan.