June 26th, 2013

Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.

misha kahwin

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-

Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.

Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.

misha tunang

Semoga kali ini tidak akan ada halangan lagi buat Misha dan Firos untuk bergelar suami isteri. Diharap kedua-duanya akan mengosongkan jadual masing-masing demi hari bersejarah tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk bakal pengantin kita ini.

P.S: Teaser Mazda 3 2014 dipertontonkan oleh Mazda US

February 22nd, 2012

Akhirnya semalam telah selamat berlangsung majlis pertunangan Misha Omar dan kekasihnya yang dikenali dengan nama Firos. Misha nampak cantik dan berseri dengan pakaian serba biru. Kedua-dua bakal mempelai ini memang sama cantik dan sama padan.

gambar pertunangan misha omar

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua atas pertunangan ini. Khabarnya Misha Omar dan Firos akan mengadakan majlis pernikahan dalam tahun 2012 ini jugak. Semoga semua persiapan berjalan dengan lancar. Lagi 6 keping gambar sekitar majlis pertunangan Misha Omar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto portal GUA.

P.S: Fuh, unik sungguh Salamander dari Mexico ini.

gambar pertunangan misha omar

gambar pertunangan misha omar

gambar pertunangan misha omar

gambar pertunangan misha omar
gambar pertunangan misha omar
gambar pertunangan misha omar