July 22nd, 2015

Sudah menjadi satu trend sekarang dimana para selebriti akan menggunakan nama serta populariti yang mereka ada untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang rata-rata mengiklankan produk mereka di media sosial.

Antara artis yang aktif berniaga adalah pelakon Zara Zya dimana beliau mempunyai produk makanan serta tudung beliau sendiri. Walaupun produk makanan beliau laris dijual tetapi Zara mengakui  terpaksa memperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan.

Faktor utama adalah kerana pengguna tidak gemar membeli tudung yang dijual oleh selebriti yang tidak memakai tudung.

Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu.

Tidak berputus asa apabila salah satu produknya gagal, Zara kini memberikan sepenuh perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal hasil air tangannya sendiri. Malah, tidak lama sahaja lagi pelakon yang mula popular menerusi drama Love You Mr Arrogant itu bakal melancarkan produk kosmetik beliau sendiri tidak lama sahaja lagi.

Memang kita harus rebut peluang yang ada dalam bidang perniagaan, tetapi bukan semua perkara yang kita ingin lakukan itu akan menjadi. Perniagaan tudung memang banyak pesaingnya sekarang.

Sumber Berita: mStar Online

July 24th, 2014

Sebenarnya satu perkara biasa untuk orang berniaga menjual barang yang tidak pun digunakan olehnya sendiri. Contoh macam orang berniaga kereta Kia tetapi dia sendiri memandu kereta Proton. Atau jual baju Melayu tapi dia sendiri hanya pakai kemeja je. Jadi Abang Nara tak nampak masalah apabila Zara Zya menjual tudung walaupun dirinya belum lagi bertudung.
zara zyaNamun Abang Nara memahami apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakan Zara Zya menjual tudung walaupun diri sendiri tidak menutup aurat. Iyerlah ini kan bab agama. Lagipun nampak agak pelik juga apabila si penjual sendiri tidak bertudung tetapi beria-ia mempromosikan tudungnya. Namun ia bukanlah satu kesalahan. Kata Zara menerusi Mstar Online:-

Saya rasa tidak ada masalah untuk saya jual tudung walaupun saya belum bertudung. Peminat-peminat saya ramai yang bertudung, manakala saya sendiri banyak membawa watak sebagai perempuan bertudung. Saya malas ambil peduli mereka yang beri komen negatif kerana kita buat baik ke tidak ke… ada sahaja komen-komen negatif ini.

zara zya

Abang Nara lihat banyak artis kebelakangan ini tampil dengan produk mereka sendiri. Tak kiralah tudung ke, baju ke, kuih-muih ke. Semuanya ada produk sendiri untuk dijual menerusi media sosial terutamanya. Satu perkembangan yang amat baik. Takkan sampai mati nak harap pendapatan daripada berlakon dan menyanyi je kan? Apa pun, semoga perniagaan tudung Zara Zya akan berkembang dan suatu hari nanti akan mendapat petunjuk untuk bertudung ketika menjual tudung. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Iklan raya Proton tunjukkan ‘teaser’ model terbarunya