July 22nd, 2015

Sudah menjadi satu trend sekarang dimana para selebriti akan menggunakan nama serta populariti yang mereka ada untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang rata-rata mengiklankan produk mereka di media sosial.

Antara artis yang aktif berniaga adalah pelakon Zara Zya dimana beliau mempunyai produk makanan serta tudung beliau sendiri. Walaupun produk makanan beliau laris dijual tetapi Zara mengakui  terpaksa memperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan.

Faktor utama adalah kerana pengguna tidak gemar membeli tudung yang dijual oleh selebriti yang tidak memakai tudung.

Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu.

Tidak berputus asa apabila salah satu produknya gagal, Zara kini memberikan sepenuh perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal hasil air tangannya sendiri. Malah, tidak lama sahaja lagi pelakon yang mula popular menerusi drama Love You Mr Arrogant itu bakal melancarkan produk kosmetik beliau sendiri tidak lama sahaja lagi.

Memang kita harus rebut peluang yang ada dalam bidang perniagaan, tetapi bukan semua perkara yang kita ingin lakukan itu akan menjadi. Perniagaan tudung memang banyak pesaingnya sekarang.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...