Written by Bella | February 3rd, 2017

Sejak menceburi bidang perniagaan tudung, pelakon Nora Danish tidak henti diajukan soalan bila agaknya beliau pula akan mengenakan hijab.

Nora akui beliau sudah ada niat untuk berhijab tetapi ingin berubah secara perlahan-lahan dan enggan terlalu membicarakan perkara itu yang belum lagi pasti.

Buat Nora, biarlah beliau melakukan perkara itu dengan ikhlas dan kekal sehingga akhir hayatnya.

Seperti Elfira yang sudah pun berhijab, saya juga memasang niat ke arah itu, insyallah. Cuma saya tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang kurang pasti. Doakan saja yang baik-baik. Saya percaya semua orang mahu berhijrah ke arah menjadi insan lebih baik.

Saya sendiri tidak terburu-buru dalam hal ini. Saya tidak mahu nanti, selepas mengenakan tudung, saya kembali dengan imej tidak menutup kepala.

Benar apa yang dikatakan Nora, kita tidak boleh paksa seseorang itu terus berubah secara mendadak tanpa kerelaan hati mereka hanya untuk memuaskan hati orang lain.

Sumber Berita : BH PLUS

Written by Bella | November 23rd, 2016

Baru-baru ini, rekaan tudung berzip Nora Danish menjadi viral dan menjadi bahan kritikan netizen yang menyifatkan ia kelihatan agak pelik.

Walaubagaimanapun, gara-gara ia menjadi viral Nora memberitahu tudung  tersebut yang dikenali sebagai Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl  menerima permintaan tinggi dan ramai sudah mahu menjadi ejen meskipun ia masih belum dilancarkan.

Menurut Nora koleksi tudung terbaru beliau itu akan memasuki pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM69.

Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis Owlbynd. Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini.

Pada masa yang sama, Nora sempat menjelaskan kegunaan tudung berkenaan secara terperinci, Nora berkata, ia dihasilkan untuk pengguna yang sukakan kelainan.

Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna.

Kuasa viral kini memang boleh mengubah banyak benda termasuklah kehidupan orang. Itulah, ramai yang mengkritik rekaan tudung berzip Nora Danish tetapi nampaknya rezeki beliau tiada siapa yang jangka bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 21st, 2016

Kata orang dalam berniaga kita harus berfikir di luar kotak dan mengeluarkan produk yang boleh menarik perhatian ramai, mungkin itulah yang difikirkan oleh Nora Danish apabila memperkenalkan rekaan tudung  berzip dibawah jenama hijab keluarannya, OwlbyND.

Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap tudung yang dikenali sebagai Owl Ezip itu kelihatan agak pelik.

Untuk pengetahuan anda, Owl Ezip boleh dizip di bahagian tengah wajah. Menurut Nora, ia sesuai untuk mereka yang mahu kelihatan “rare” ataupun digunakan untuk tidur ketika dalam penerbangan.

Berikut antara komen netizen tentang Owl Ezip:-

Ini pula video “tutorial” pemakaian tudung tersebut oleh Nora :-

I am so excited to show you guys our new Owl EZip semi instant shawl. Wait for our updates anytime. N thank u la sesiapa yg buat viral, dapat tempahan byk dah. Thank u. Sesiapa rasa nak tido dalam flight ke apa, senang tutup je muka, tapi jgn la jalan pun tutup , tu tak betul namanya. Design dibuat khas untuk mereka yg sukakan kelainan, pada mereka yang sukakan simple design, pun ada. Jadi, pilihan masing masing. Jgn gaduh gaduh ok? Simpan jari jemari anda untuk comment benda yang lebih berfaedah.

Bukan mudah untuk rakyat Malaysia menerima sesuatu yang baru. Pada kami Nora Danish agak berani untuk mengetengahkan rekaan seperti ini. Apa pula pendapat anda?

Written by Bella | November 9th, 2015

Pada majlis pelancaran koleski tudung serta jubahnya tersendiri  Nora Danish telah dikecam hebat oleh pengikut di Instagram kerana berpakaian menyerupai rahib dan dituduh penyokong iluminati apabila tampil di atas pentas membawa seekor burung hantu sebagai simbolik kepada jenama tudungnya iaitu Owl by Nora Danish.

Walaubagaimanapun, Nora  yang dihubungi oleh portal Sinar Harian bertindak untuk mendiamkan diri dan enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan.

Memulakan perniagaan untuk muslimah meskipun beliau tidak bertudung, Nora dalam kenyataannya berkata beliau ingin memberi inspirasi kepada orang lain diluar sana.

Nora juga memberitahu satu hari nanti beliau juga akan bertudung dan harap peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

Insya-ALLAH (akan berhijab). Saya berharap agar dapat memberi inspirasi kepada ramai orang berpakaian Muslimah dan saya juga mahu berubah. Doakan saya.

Tidak apa, kita doakan sahaja Nora Danish akan berubah ke arah lebih baik satu hari nanti. Kalau  hatinya sudah terbiasa dan dekat dengan perniagaan berkonsepkan muslimah tentu pintu hatinya juga akan terbuka untuk bertudung satu hari nanti.

Sumber Berita: Sinar Harian