February 3rd, 2017

Sejak menceburi bidang perniagaan tudung, pelakon Nora Danish tidak henti diajukan soalan bila agaknya beliau pula akan mengenakan hijab.

Nora akui beliau sudah ada niat untuk berhijab tetapi ingin berubah secara perlahan-lahan dan enggan terlalu membicarakan perkara itu yang belum lagi pasti.

Buat Nora, biarlah beliau melakukan perkara itu dengan ikhlas dan kekal sehingga akhir hayatnya.

Seperti Elfira yang sudah pun berhijab, saya juga memasang niat ke arah itu, insyallah. Cuma saya tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang kurang pasti. Doakan saja yang baik-baik. Saya percaya semua orang mahu berhijrah ke arah menjadi insan lebih baik.

Saya sendiri tidak terburu-buru dalam hal ini. Saya tidak mahu nanti, selepas mengenakan tudung, saya kembali dengan imej tidak menutup kepala.

Benar apa yang dikatakan Nora, kita tidak boleh paksa seseorang itu terus berubah secara mendadak tanpa kerelaan hati mereka hanya untuk memuaskan hati orang lain.

Sumber Berita : BH PLUS


Comments are closed.

Loading...