July 5th, 2013

Lama tidak mendengar khabar si comel Diana Amir ini. Sejak bertunang dengan seorang pensyarah, memang tidak banyak berita yang terpampang mengenai dirinya. Terbaru, Diana Amir telah berkolaborasi dengan Melinda Looi untuk menghasilkan koleksi tudung yang dikenali sebagai “Diana Amir x emel“.

diana amir

Kolaborasi mereka berdua ini memang cukup sempurna di mata Abang Nara. Cantik-cantik semua tudung yang dikeluarkan. Tambah cantik apabila modelnya adalah Diana Amir. Pasti koleksi ini akan menjadi rebutan ramai lebih-lebih menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

diana amir

Lagi beberapa keping gambar Diana Amir menggayakan koleksi tudung rekaan Melinda Looi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Untuk info lanjut dan cara pembelian, anda boleh layari Facebook Melinda Looi.

diana amir
diana amir
diana amir
diana amir
diana amir
diana amir
diana amir

September 23rd, 2011

Diana Amir yang kini memakai tudung telah memberitahu Mstar Online yang dia mula memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie dan dia mula memakai tudung Isnin lalu.

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”


Katanya lagi:

“”Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”

Diana turut memberitahu dia hanya akan menerima watak-watak lakonan dengan sesuai dengan imejnya sekarang. Tahniah diucapkan atas Hijrah ini dari BeautifulNara. Sumber foto ini ialah dari Twitter Wardina Saffiyah.

***

Kepada yang berminat dengan seni dan budaya masyarakat Malaysia, jangan lupa menghadiri program Pusat Seni Setempat -Seni di Wangsa. Maklumat lanjut di sini.