January 24th, 2020

Industri perfileman Indonesia sememangnya terkenal dengan genre seram yang seringkali mencetuskan fenomena sehingga ke Malaysia. Kalau anda masih ingat lagi,  filem seram ‘Makmum’ dan ‘Pengabdi Setan’ dari Indonesia berjaya memberikan mimpi seram pada rakyat Malaysia.

Tahun ini, sebuah lagi filem seram Indonesia berjudul ‘Si Manis Jembatan Ancol’ bakal menggegarkan pawagam Malaysia tidak lama sahaja lagi! Kalau anda nak tahu, kisah ini pernah difilemkan pada tahun 1973 di Indonesia. Untuk versi kali ini, mereka kembali dengan barisan pelakon baru dalam menampilkan kisah Maryam, hantu berkebaya merah.

filem indonesia

Filem dibintangi pelakon ternama Indah Permatasari, Arifin Putera dan Randy Pangalila ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis bernama Maryam di Jembatan Ancol yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Indonesia. Diadaptasikan dari sebuah kisah benar yang berlaku di sana, filem ini mengisahkan tentang Maryam dan suaminya Roy yang sedang mengalami masalah dalam rumahtangga mereka.

Maryam kemudian berkenalan dengan seorang pelukis bernama Yudha yang telah membuat suaminya cemburu. Pelbagai konflik yang berlaku dan kemudian membawa kepada Maryam difitnah dan dituduh. Sesuatu berlaku pada Maryam di Jembatan Ancol ini yang akhirnya menjadi lokasi seram penduduk tempatan.

poster filem indonesia

Untuk anda yang tertanya-tanya apa yang berlaku pada Maryam, jangan risau kerana anda boleh jadi yang terawal untuk saksikan sendiri kesudahannya di dalam ‘Si Manis Jembatan Ancol’ pada 29 Januari ini! Bersempena dengan tayangan eksklusif di Malaysia, kami akan memberikan sepasang tiket secara PERCUMA!

Tempat: TGV Cinemas 1 Utama
Masa: 8.45pm
Tarikh: 29 Januari 2020 (Rabu)

Untuk ke tayangan eksklusif filem ‘Si Manis Jembatan Ancol’ ini anda perlu lengkapkan slogan di bawah “Saya nak menonton filem Si Manis Jembatan Ancol kerana…” Slogan paling kreatif akan mendapat sepasang tiket secara percuma!

Harap maklum, tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Isnin 27 Januari 2020 ini. Jadi jangan terlambat! Terima kasih kami ucapkan pada TGV Cinemas atas kerjasama ini dan kita jumpa di sana!

November 18th, 2019

Filem ‘Knives Out’ akan mula ditayangkan di Malaysia pada 28 November ini. Boleh dikatakan ini adalah filem misteri thriller yang ditunggu-tunggukan untuk tahun 2019 ini. Untuk peminat genre misteri, inilah masanya untuk anda menjadi seorang detektif!

Filem dengan genre misteri dan thriller ini mengisahkan tentang kisah seorang detektif (Daniel Craig) yang menyiasat kematian ketua keluarga semasa sambutan hari jadinya yang ke 85 tahun.

filem knives out
Perjumpaan keluarga yang aneh itu telah menjadi huru-hara apabila ketua keluarga itu mati secara tiba-tiba. Perkara itu menyebabkan detektif dihantar untuk melakukan penyiasatan tentang kes kematian tersebut. Knives Out’ terdiri daripada beberapa pelakon hebat seperti Daniel Craig dan Chris Evans.

Berita baik untuk anda, kami akan memberikan peluang untuk anda saksikan tayangan awal filem ini!

Tempat: TGV Cinemas 1 Utama
Tarikh: 25 November 2019 (Isnin)
Masa: 9.00pm

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berikan tiga sebab kenapa anda minat filem misteri thriller seperti ‘Knives Out’ ini pada soalan di bawah. Jawapan yang paling kreatif, kami akan belanja dua keping tiket untuk anda!

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 November 2019 (Khamis). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan tayangan eksklusif ini! Terima kasih diucapkan kepada TGV Cinemas di atas kerjasama kali ini. Apa-apa pun, jumpa anda di sana!

April 13th, 2016

Yeah!!! Lama rasanya tidak menonton filem lakonan Kevin Costner yang cukup popular ketika Abang Nara kecil-kecil dahulu. Kini pelakon hebat ini muncul bersama hero zaman sekarang iaitu Ryan Reynolads di dalam filem Criminal yang mengisahkan tentang memori dan skill seorang agen CIA (yang dah mati) dimasukkan ke dalam tubuh seorang penjenayah.

criminal

Dengar pun dah macam best kan? Abang Nara dapat bayangkan aksi-aksi, mindgame, detik-detik mencemaskan dan konflik yang pasti timbul antara CIA dan penjenayah tersebut. Jom kita tengok sikit video trailernya.

Trailer pun dah superb sangat-sangat. Akan mula ditayangkan di Malaysia pada 21 April ini, Abang Nara ada 50 pasang tiket filem Criminal untuk diberikan kepada anda. Dapat tengok awal sikit berbanding rakyat Malaysia yang lain. Terima kasih kepada TGV Cinemas yang sudi menggembirakan hati para pembaca BeautifulNara. Berikut adalah infonya:-

TARIKH: 19 April 2016
MASA: 9 malam
TEMPAT: TGV Cinema 1 Utama

Macam biasa korang kena isi borang di bawah dengan melengkapkan slogan “Kalau saya jadi agen CIA saya akan…”. Yang paling kreatif, kelakar dan out of the box akan diberikan sepasang tiket. Untuk makluman, jumlah penyertaan untuk filem sebelum ini terlalu ramai. Jadi Abang Nara hanya akan pilih pemenang di dalam 100 penyertaan yang terawal. Tak larat nak baca banyak-banyak.

Selamat mencuba dan selamat menonton filem Criminal. Jumpa anda di hari tayangan nanti. Terima kasih sekali lagi kepada TGV Cinemas atas tiket-tiket ini.