Written by Bella | March 5th, 2018

Mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf agar isu pelancaran tudungnya di kelab malam tidak terus dipanjangkan lagi, ada segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan Neelofa memohon maaf.

Terkilan dengan pihak yang mempertikaikan tindakannya itu, Neelofa tidak menolak kemungkinan ada orang ingin mengambil kesempatan atas kontroversi berkenaan.

Pihak syarikat sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga sudah memohon maaf kerana menimbulkan nilai-nilai sentimen berikutan majlis yang saya buat. Saya juga sudah menjelaskan satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu.

Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Namun, saya ikhlas dan ambil setiap komen netizen dari sudut positif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat sepanjang isu ini berlaku. Saya hargai keprihatinan anda semua.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan pastinya akan timbul pelbagai tuduhan memandangkan isu tersebut masih lagi belum reda. Buat masa ini harapnya Neelofa banyakkan bersabar ya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by serenity | November 22nd, 2015

Sebelum ini Lisa Surihani pernah menyuarakan bahawa dia enggan wajah anaknya didedahkan kepada umum buat masa ini kerana mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak yang normal.

Bagaimanapun, gambar wajah anak Lisa dan Yusri telah diambil tanpa kebenaran oleh seorang peminatnya sewaktu mereka berada di sebuah pasaraya di baru-baru ini. Gambar itu juga telah disebarkan di media sosial dan menjadi viral.


Melalui HLive yang disiarkan Astro Awani, Lisa menyuarakan rasa terkilan gambar anaknya telah dicuri dan disebarkan. Dengan tenang dia menyatakan:

Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma, jika keadannya terbalik, sekiranya ada orang gambil gambar awak tanpa kebenaran awak, tanpa awak tahu kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke? Itu saja yang boleh saya tanyakan. Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan?

Pada masa yang sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi. Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang, saya tanya diri saya balik.

Kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?

Peminat yang berbuat demikian juga menyatakan dalam tweetnya yang gambar itu diambil secara sembunyi kerana takut dimarahi. Kami telah melihat gambar tersebut, namun begitu wajah Yahaira tidaklah begitu jelas.

Kenyataan Lisa mendapat pelbagai reaksi di laman sosial yang menganggap Lisa ‘poyo’ kerana memperbesarkan hal kecil. Namun ada juga yang menyokong Lisa dan berpendapat yang prinsip Lisa untuk tidak terlalu mendedahkan wajah Yahaira Leanne itu ialah haknya.

Macam-macam sekarang ni kan? Dedahkan salah, tak dedahkan pun salah. Anda rasa bagaimana?

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

Written by serenity | November 21st, 2014

Kejadian yang menimpa Palestin menimbulkan rasa tidak senang ramai umat Islam di Malaysia. Rakyat negara ini adalah antara yang paling aktif menyatakan sokongan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin melalui sumbangan dana, keperluan, perubatan, makanan dan pakaian.

 photo 10730844_402803383208162_22939588592007224_n.jpg

Rasa tanggungjawab ini membolehkan Yatt Hamzah mendapat ilham menghasilkan rekaan shawl bertemakan bendera Palestin yang dijual dibawah tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI by Yatt Hamzah. Menurut Yatt, shawl Palestin itu ialah yang seumpanya di Malaysia, namun Yatt telah menyuarakan rasa terkilannya kepada Harian Metro mengenai shawl yang merupakan rekaan asalnya telah ditiru oleh ramai peniaga lain.

Sebahagian daripada hasil jualan daripada shawl itu saya masukkan ke dalam Tabung Palestin. Berikutan sambutan yang hebat, saya terus menambah jumlah shawl sehingga ribuan helai. Bukan saja dibeli orang persendirian, malah syarikat korporat turut menjadi pelanggan saya. Selagi ada yang membeli, selagi itulah saya terus menyumbang untuk Tabung Palestin.

Melihat sambutan yang bagus, ada pula yang meniru idea saya itu dengan menjual pada harga murah dengan kualiti kain yang amat rendah. Lebih berani lagi, ada peniaga ‘online’ meletakkan gambar dan ‘menjual’ nama saya untuk melariskan perniagaan mereka.

Sudah banyak kali saya menghubungi mereka dan memberi amaran jangan menggunakan nama saya untuk melariskan perniagaan mereka, tetapi mereka degil. Awal tahun ini, ramai betul yang buat shawl Palestin itu dan saya boleh tahu mereka yang memakainya beli saya punya atau daripada peniaga lain berdasarkan kualiti kain dan jahitan.

Bersusah payah saya mencari ilham, alih-alih mereka tiru macam itu saja. Saya hubungi terus rakan yang meniru itu dan alasan yang diberi dia tak perasan dan tak sengaja. Ada juga yang mengaku kononnya rekaannya sendiri. Kalau betul pun ilhamnya sendiri, takkanlah 99 peratus sama dengan saya punya.

Pada pendapat kami, bidang fesyen ialah bidang yang sentiasa berkembang dengan idea baru, dan kadangkala sukar untuk menentukan siapa sebenarnya yang mengeluarkan idea asal sesuatu jenis fesyen yang menjadi trend, termasuk tudung. Sebelum ini pelakon Neelofa pernah didakwa meniru rekaan tudung seorang pereka muda, namun carian Internet menunjukkan tudung seperti itu telah dikeluarkan di Indonesia sejak tahun 2012. Apatah lagi rekaan tudung bertemakan warna bendera Palestin yang juga dikeluarkan dalam bentuk tudung bawal oleh Norjuma.

Mungkin persamaan ialah secara kebetulan, dan mungkin juga idea Yatt telah ditiru. Apa pendapat anda?

P/S: Sudahkah anda like page Beautifulnara? Kami bawakan anda kemaskini sensasi. Jom like page Beautifulnara di bawah.

Written by serenity | November 10th, 2014

Sebagai selebriti cantik jelita, Nur Fazura sememangnya mempunyai ramai peminat. Pastinya peminat Fazura tidak akan melepaskan peluang bergambar dengannya apabila berpeluang. Namun walaupun selebriti dianggap hak peminat, mereka juga mahu privasi dihormati. Apatah lagi ketika sedang berehat.
 photo 10751735_1504144329836804_172409620_n.jpg
Khabarnya, terdapat krew penerbangan yang telah mengejutkan Fazura yang sedang tidur dalam penerbangan untuk bergambar dengannya. Ini menyebabkan dia terkilan kerana waktu dalam penerbangan ialah masa yang dicurinya olehnya untuk beristirehat.  photo 10799447_1504144366503467_1910212704_n.jpg
Luahan hati Fazura mendapat sokongan dari peminatnya, malah ada krew penerbangan lain yang turut menyatakan sikap seperti itu sesuatu yang tidak profesional.

Kiranya, ini ialah mesej diluar sana untuk krew penerbangan mahupun peminat, sekiranya mahu bergambar dengan selebriti ada baiknya bergambar ketika selebriti melakukan acara promosi kerana itu waktu mereka bekerja. Sekiranya selebriti sedang menjalankan aktiviti peribadi seperti tidur, makan dan membeli-belah, janganlah diganggu mereka untuk bergambar. Mereka jua manusia biasa yang mahukan waktu peribadi.

Gambar: Pretty Peektures

Sementara itu, Fazura telah menyanyikan lagu single terbarunya dalam Konsert Eh! yang berlangsung beberapa hari lepas. Saksikan persembahan Fazura melalui video di bawah.

Lagi beberapa gambar Fazura di Konsert Eh! 15 dengan membaca entri ini sepenuhnya.