July 27th, 2015

Gulp. Terkejut Abang Nara melihat jumlah diskaun yang diberikan oleh Zalora bersempena dengan Fashion Fever Week atau dalam bahasa Melayunya Minggu Demam Fesyen (direct translation sangat nie), Kalau pandai cari, boleh jumpa baju-baju yang dijual dengan diskaun 90%. Kalau harga asal RM300, lepas diskaun cuma perlu bayar RM30 je. Ish,ish,ish. Kena korek duit tabung raya kalau camnie nie.

zalora

Kalau korang masih lagi mencari baju raya untuk pergi ke open house hujung minggu ini, this is the right time untuk membeli koleksi pakaian raya dari Rizalman, Jovian Mandagie, Melinda Looi dan Syomir Izwa dari Zalora. Abang Nara dah check dah. Ada yang diskaun 10%, ada yang 20%, ada 30% dan ada juga yang 50%. Harga dari RM400 jadi RM250 je. Tak ke berbaloi sangat-sangat?

zalora

zalora

zalora

Eh takkan semua baju perempuan je Abang Nara? Baju lelaki tak ada ke? Ish korang nie. Tak Zalora lah kalau tak ada baju untuk lelaki juga. Sama juga dengan diskaun sebelum ini, kaum Adam juga bakal mendapat diskaun sehingga 90% jika membuat pembelian sehingga 31 Julai ini.

zaloraBaju ada, kasut ada, tali pinggang ada dan macam-macam lagilah. Harga semuanya dipotong kaw-kaw. Bolehlah bergaya lebih sikit pergi open house nanti. Confirm makin hensem!!! Hehehe.

zalorazalora

Sekali lagi diingatkan, jualan sempena Fashion Fever Week ini hanya akan berlangsung sehingga 31 Julai ini. Khas untuk pembaca BeautifulNara, korang boleh tambah lagi 20% diskaun dengan menggunakan voucher di bawah ketika nak buat pembayaran. Kodnya ialah Z20LR. Kalau tak pandai guna boleh email ke [email protected] Nanti Abang Nara ajar.

zaloraSelamat membeli belah!!!

 

December 11th, 2014

Wife Abang Nara adalah pelayar setia laman web ZALORA. Satu hari kalau tak buka memang tak sah. Semalam ketika Abang Nara sedang menonton televisyen, tiba-tiba terdengar wife menjerit. Terus melompat diri ini daripada sofa. Ingatkan anak jatuh katil ke apa. Dengan cemas Abang Nara bertanya apa yang telah terjadi. Sambil tersenyum wife Abang Nara berkata “ZALORA tengah buat sale gila-gila sempena 12.12 nie. Belanja boleh?“.

zalora 12.12 sale

Abang Nara pada mulanya tak adalah percaya sangat dengan kata-kata wife. Biasalah orang perempuan ayat manis. Dengan segera Abang Nara menaip www.zalora.com.my di laptop untuk memastikan kebenaran kata-katanya sebentar tadi. Pergh!!!! Memang betul pun. Diskaun sehingga 85% sedang ditawarkan di ZALORA bermula 10 Disember sehingga 12 Disember ini. Hanya untuk 72 jam sahaja. Bukan wife je yang terasa nak shopping, Abang Nara pun terasa nak beli sehelai dua baju.

Menariknya bukan barangan fesyen sahaja yang menawarkan penjimatan untuk para pembeli di ZALORA, ada juga makanan, kecantikan, kelengkapan untuk melancong dan banyak lagi. Untuk makluman, lebih daripada 100 rakan kongsi di seluruh Asia Tenggara dan Hong Kong terlibat dalam menjayakan 12.12 Online Fever ini. Antaranya Malaysia Airlines untuk tiket penerbangan, HotelQuickly untuk tempahan hotel, Rakuten, Reebonz, MilkADeal dan pelbagai lagi untuk tawaran hebat fesyen serta barangan berjenama.

zalora 12.12 sale

Telah pun bermula pada 10 Disember sebagai pengumpulan promosi dan tawaran terhebat untuk pengguna pada 12 Disember,banyak kempen-kempen menarik yang akan ditawarkan buat pengguna sebaik sahaja bermula 12 Disember 2014. Antaranya kempen “everything at 12RM campaign“, hadiah-hadiah percuma, diskaun sehingga 85% dan macam-macam lagi. Memang boleh rambang mata dibuatnya. Salah satu yang Abang Nara nantikan ialah tiket penerbangan antarabangsa daripada MAS Airlines yang bermula pada harga RM177. Bolehlah terbang pergi Korea tahun depan. Yeah~~~

Wife Abang Nara telah pun mula membuat senarai baju-baju, jubah-jubah, dress-dress dan juga alat solek yang ingin dibelinya. Tunggu masa je promosi nak dimulakan. Kemungkinan besar wife Abang Nara akan stay up untuk memastikan dirinya mendapat harga promosi. Diharap dia tidak berbelanja lebih sangat sampai tak ingat dunia. Perempuan dan shopping memang sukar dipisahkan lebih-lebih lagi bila ada promosi seperti ZALORA 12.12 Online Fever ini. Contohnya baju Jovian Mandagie daripada RM450 jadi RM270 je. Gila tak beli?

zalora 12.12 sale

Abang Nara pun tak habis explore lagi kesemua promosi yang sedang dijalankan di ZALORA ini. Banyak sangat produk yang best-best pada harga yang murah. Semua Abang Nara tekan masuk ke dalam cart je dulu. Nanti baru pilih mana satu yang nak beli betul-betul. Nasihat Abang Nara, korang pun silalah bersegera ke www.zalora.com.my sekarang juga. Kang nanti terlupa dan ter’miss’ pula promosi mereka. Stok pun takut habis. Silalah pantas. Selamat membeli belah.