Written by AbangNara | July 14th, 2014

Alhamdulillah. Berkat bulan Ramadhan dan penghijrahan Umie Aida memakai hijab, khabarnya hubungan pelakon ini dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin telah kembali pulih. Sebelum ini desas-desus bertiup kencang yang mereka tidak lagi sehaluan dan telah berpisah bantal untuk memberikan ruang kepada diri masing-masing. Namun menurut Metro Ahad semalam, hubungan mereka kini kembali terjalin setelah ditunjukkan jalan olehNya.

umie aida dan suami

Kelibat Umie dan suami telah kelihatan ketika menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini. Malah Umie juga dilihat telah mula berkongsi gambar dirinya bersama suami di media sosial. Sebelum ini memang tiada langsung gambar mereka berdua. Khabarnya juga mereka berdua akan terbang menunaikan umrah untuk melahirkan rasa syukur kerana hubungan telah kembali pulih seperti sediakala.

umie dan suami

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh itu perkara biasa. Kalau tak gaduh itu yang tak biasa. Paling penting ialah kedua-dua pihak mesti melapangkan dada untuk berbincang segala masalah dengan terbuka. Jangan menyalahkan antara satu sama lain. Sama-samalah kita doakan agar hubungan Umie dan suami semakin mesra. Semoga dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini. Amin

P.S: Nak balik kampung raya ini? Servis kereta dulu dengan Carama by Castrol. Cuma RM128 je.

Written by AbangNara | January 4th, 2011

umie aida glam

Memang glamour wajah terbaru Umie Aida dalam majalah GLAM. Kredit gambar kepada forum CARI. Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 21st, 2010

umie aida

Dulu memang kami taknak percaya kata kawan-kawan kami yang wanita sudah berkahwin lebih cun, seksi dan menggoda. Tetapi selepas melihat gambar terbaru Umie Aida ini, kami akur dengan kenyataan kawan-kawan kami. Memang Umie Aida nampak lebih anggun terutama dengan bentuk body seperti huruf S. Pasti Dato’ K tidur lena setiap malam.

Sesiapa yang dah berkahwin sila share pengalaman anda tentang kebenaran kata-kata kawan kami ini. Kalau tengok gambar Umie Aida ini, memang nampak 100% betul kata-kata diorang. Kami nak tahu pendapat pembaca jugak. Baru makin teguh keyakinan kami terhadap statement orang perempuan lepas kahwin lebih cun melecun.

Kami rasa gambar ini diambil sebelum Umie meluahkan hasratnya untuk bertudung. Kredit kepada Murai untuk gambar ini.

PS: Korang kalau dah kahwin nanti, jangan perasan diri tuh dah sempurna tau. Jangan jadi macam kisah ayam masak merah special ni :)

Written by AbangNara | March 9th, 2010

majlis berinai umie aida

Lawa betul tangan Umie Aida bila diinaikan. Hehe. Lagi gambar majlis berinai Umie Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber dan gambar dari Forum Cari.

P.S: Kenapa ye kena pakai inai masa bersanding? Adat orang Melayu ke apa ek? Leh sesapa terangkan?