July 14th, 2014

Alhamdulillah. Berkat bulan Ramadhan dan penghijrahan Umie Aida memakai hijab, khabarnya hubungan pelakon ini dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin telah kembali pulih. Sebelum ini desas-desus bertiup kencang yang mereka tidak lagi sehaluan dan telah berpisah bantal untuk memberikan ruang kepada diri masing-masing. Namun menurut Metro Ahad semalam, hubungan mereka kini kembali terjalin setelah ditunjukkan jalan olehNya.

umie aida dan suami

Kelibat Umie dan suami telah kelihatan ketika menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini. Malah Umie juga dilihat telah mula berkongsi gambar dirinya bersama suami di media sosial. Sebelum ini memang tiada langsung gambar mereka berdua. Khabarnya juga mereka berdua akan terbang menunaikan umrah untuk melahirkan rasa syukur kerana hubungan telah kembali pulih seperti sediakala.

umie dan suami

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh itu perkara biasa. Kalau tak gaduh itu yang tak biasa. Paling penting ialah kedua-dua pihak mesti melapangkan dada untuk berbincang segala masalah dengan terbuka. Jangan menyalahkan antara satu sama lain. Sama-samalah kita doakan agar hubungan Umie dan suami semakin mesra. Semoga dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini. Amin

P.S: Nak balik kampung raya ini? Servis kereta dulu dengan Carama by Castrol. Cuma RM128 je.


Comments are closed.

Loading...