August 16th, 2016

Apabila Abang Nara lepak dengan kawan-kawan lelaki di kedai mamak, salah satu topik yang sering kami bincangkan ialah “berapa lama bini kau nak bersiap make up bagai bila nak keluar rumah”. Masing-masing ada pengalaman tersendiri. Ada yang siap tertidur nak tunggu isteri tercinta siap make up. Biasalah kaum Hawa, mereka wajib make up sebelum keluar rumah kerana mahu tampak lebih cantik, jelita dan menawan. Kita sebagia lelaki sedikit sebanyak rasa bangga juga bila isteri nampak cun melecun. Tak gitu?

shopee beauty week

cun gak bini Abang Nara nie

Pernah satu hari Abang Nara duduk borak-borak dengan wife dan tertanya satu soalan “siapa inspirasi awak bila nak make up nie ye?”. Pendek je soalannya tetapi jawapan dari wife Abang Nara, ya rabbi panjang yang amat. Rupa-rupanya ramai juga selebriti tempatan yang menjadi sumber inspirasi kepada wife Abang Nara untuk make up sekaligus tampil lebih jelita. Antaranya.

1. Rozita Che Wan

che ta

Bila sebut nama Che Ta, perkara pertama yang pasti akan bermain di minda kita ialah bulu matanya. Pergh lentik habis. Che Ta pandai mengenakan maskara untuk menyerlahkan lagi kelentikan bulu matanya, sekaligus membuatkan matanya lebih besar. Sekali kena renung, memang terpikat terus. Itu yang Zain Saidin cair tue.

P.S: Anda boleh dapatkan maskara “waterproof” di yang membolehkan bulu mata anda lentik sepanjang hari di Shopee dengan harga serendah RM9 sahaja. Pilihan memang banyak gila sampai rambang mata. Confirm lepas ini mata anda akan secantik Che Ta.

2.Elfira Loy

Ramai jejaka yang jatuh hati dengan Elfira Loy kerana bulu keningnya yang lebat. Asli tau bulu kening Elfira nie. Tak ada tambah-tambah ke apa-apa ke. Tapi korang jangan risau. Alat make up sekarang membolehkan korang mendapatkan bulu kening selebat Elfira Loy ini. Macam-macam teknologi canggih sekarang ini. Paling mencuri perhatian Abang Nara sekarang ialah yang boleh lukis-lukis bulu kening tue.

che ta

P.S: Korang boleh dapatkan beratus-ratus jenis alat solek yang mampu tebalkan lagi kening korang di Shopee dengan harga RM9 sahaja. Ada pensil lah, yang boleh lukis lah, yang beruslah. Macam-macam ada. Boleh cuba mana-mana yang rasa sesuai dengan muka anda.

3.Neelofa

che ta

Mata Neelofa sememangnya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Neelofa juga suka pakai eye liner untuk menyerlahkan lagi kecantikan matanya. Orang kata, dari mata turun ke hati. Sekarang ini pun macam-macam jenis eye liner ada di jual di pasaran. Pilih je jenama, jenis, warna dan sebagainya. Yang penting kena sesuaikan dengan muka korang.
che ta

Amik kau Miss Hana ada di jual di Shopee. Sebut je nak apa, semua ada. Harga pun murah-murah belaka. Klik, klik dan terus order hari ini juga untuk tampil lebih jelita.

4. Amyra Rosli

che ta

Abang Nara suka tengok Amyra Rosli ini kerana dia pandai mengenakan lipstik di bibirnya. Semua warna lipstik yang dipilih akan menyerlahkan lagi wajahnya yang dah memang cantik tue. Amyra pandai pilih warna yang lembut. Patutlah si Amar Baharin tue jatuh cinta.

che ta

Tak payah nak keluarkan duit beratus-ratus ringgit untuk beli sebatang lipstik. Di Shopee korang boleh dapat dengan harga serendah RM20 je. Macam-macam warna ada. Kalau terasa berani, boleh cuba warna merah menyala. Kalau rasa nak jadi unik, boleh try warna ungu. Kalau rasa nak seksi sikit dengan suami, bolehlah warna pink. Yang penting pilihan tue biar serlahkan lagi kejelitaan bibir anda.

5. Fathia Latif

che ta

Fathia Latif ini sememangnya nampak makin cun melecun selepas bertudung. Selain itu kulitnya yang licin and cantik mestilah sebab ada make up sikit. Bagi Abang Nara, seorang wanita boleh pilih untuk bersolek atau tidak tapi kalau yang nak solek tu kenalah pilih yang sesuai untuk kulit tu.

che ta

Macam-macam jenis produk make up ada dijual di Shopee seperti cushion April Skin ni. Harga pun tidaklah mahal mana. Tak sampai ratusan ringgit pun. Korang cuma perlu pilih yang sesuai dengan kulit korang je. Tak payah nak beratur berjam-jam semata-mata nak beli kat kedai. Beli online di Shopee je mudah yang amat.

che ta

Semua ini dan banyak lagi alat-alat make up yang akan menyerlahkan lagi kecantikan korang hanya di Shopee. Bersempena dengan “Shopee Beauty Week” minggu ini, Shopee mengadakan pelbagai diskaun, penghantaran percuma dan free gift khas untuk anda.

Korang boleh juga memenangi produk make up untuk setahun bernilai sehingga RM3,000 hanya dengan shopping di Shopee sempena Shopee Beauty Week. Ada juga voucher Shopee bernilai RM100 untuk dimenangi.

che ta

Nasihat Abang Nara, download applikasi Shopee sekarang juga di telefon pintar anda agar tidak terlepas sebarang promosi awesome. Khas untuk pembaca Beautifulnara, gunakan kod SBWBN6 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM6 dengan perbelanjaan minima RM50. Hanya untuk pengguna baru Shopee dan tertakluk kepada terma dan syarat. Selamat bershopping di Shopee dan selamat menjadi lebih cantik.

January 12th, 2016

Yeah!!! (baca sambil bayangkan Abang Nara sedang melompat keriangan). Tahun 2016 ini banyak sungguh rezeki yang boleh Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Ingat lagi tak tentang aplikasi Shopee yang pernah Abang Nara ceritakan dahulu? Aplikasi Shopee ini membolehkan kita semua membuka kedai menjual apa sahaja produk tanpa perlu memikirkan tentang sistem pembayaran, promosi, bayaran sewa dan sebagainya. Contohnya hari tue Abang Nara telah berjaya menjual stroller Aariz yang tak lagi digunakan.

shopee

Namun di Shopee ini bukan sekadar kita boleh menjual, membeli pun boleh jugak. Ribuan kedai dan puluhan ribu produk ada untuk dipilih. Confirm rambang mata. Ada baju, ada aksesori, ada gadjet dan macam-macam lagilah. Abang Nara kalau tengah boring, memang akan habiskan masa melihat benda-benda yang boleh dibeli menerusi applikasi Shopee ini. Harga yang ditawarkan berpatutan juga, lebih-lebih lagi Shopee selalu buat diskaun serta promosi yang kaw-kaw punya.

shopee

antara promosi yang sedang berlangsung di Shopee

Jadi apa rezeki yang Abang Nara kata nak kongsikan tue? Yeah!!! BeautifulNara dengan kerjasama Shopee akan memberikan produk-produk pilihan anda bernilai sehingga RM200 setiap seorang kepada 5 orang pembaca BeautifulNara. Dan lagi best, jumlah hadiah mungkin akan ditingkatkan sekiranya mendapat sambutan hangat daripada anda semua! So macam mana cara nak menang 5 X RM200 ini? Meh sini Abang Nara ajar:-

1.Download applikasi Shopee di sini
2.Ushar mana-mana produk yang korang nak beli
3.Pilih sebanyak mana produk dengan jumlah nilai sehingga RM200
4.Hantar screenshot pilihan anda ke [email protected]
5.Dalam email tue pujilah sikit Abang Nara untuk markah lebih
6.Tunggu keputusan!!!

shopee

banyak kategori untuk korang buat pilihan

Untuk makluman, tiada sebarang pembelian perlu dilakukan untuk melayakkan anda menyertai contest ini. Hadiah para pemenang ialah produk-produk bernilai RM200 yang anda pilih ketika menghantar email ke [email protected]. Jadi kenalah pilih betul-betul. Fikir sedalam-dalamnya. Siapa nak bagi barangan bernilai RM200 semudah ini kan? Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Januari 2016.

Gunakan kod “BEAUTIFULNARA” untuk menikmati diskaun RM20 dengan setiap pembelian minima sebanyak RM50. Untuk 200 pembeli pertama sahaja! Kod ini khas untuk pembelian pertama pengguna Shopee. Kod ini tidak boleh digunakan untuk membeli tiket, bauchar, dan top-up. Sah sehingga 25 Januari 2016

Beli Online: ShopeeMall
Muat turun aplikasi: ShopeeMY
Facebook: ShopeeMY
Instagram: Shopee_MY

December 11th, 2015

Ingat tak lagi tentang applikasi Shopee yang pernah Abang Nara kongsikan tak lama dulu? Ala, applikasi yang membolehkan anda jual/beli produk guna smartphone je tue? Abang Nara pernah try jual barang-barang yang dah tak guna di rumah seperti stroller anak, kasut Timberland, kasut Tods wife Abang Nara dan basikal Aariz. Mula-mula Abang Nara ingat tak adalah orang nak beli apa yang Abang Nara senaraikan di Shopee nie. Sekali tue, berpuluh pertanyaan Abang Nara dapat sampai malas nak jawab. Hehehe.

shopee

antara barang yang Abang Nara jual di Shopee

Kot-kot ada yang terlupa, meh Abang Nara terangkan apa yang bestnya applikasi Shopee ini. Ia adalah satu applikasi yang direka khas untuk penjual dan pembeli membuat transaksi secara online dengan pantas, selamat dan lancar. Jika anda mempunyai banyak benda tak guna di rumah tapi sayang nak buang, gunakan je applikasi Shopee untuk menjual benda-benda tersebut. Jangan risau kena tipu kerana selaku penjual, anda hanya akan menghantar produk anda selepas menerima bayaran daripada pembeli. Dan duit si pembeli pula hanya akan dipindahkan kepada penjual selepas pengesahan penerimaan barangan dilakukan. Dua-dua win-win situation. Semua ciri-ciri awesome ini dah terbina di dalam applikasi Shopee ini. Tak payah nak risau-risau.

shopeeshopeeshopee

Kalau anda sudah ada applikasi Shopee di smartphone anda, tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau belum ada, sila download sekarang jugak dengan menekan link ini. Sebab apa? Sebab hari Sabtu ini, pada tarikh 12.12.2015, Shopee akan mengadakan kempen Shopee 12.12 Great Sale!

shopee

Apa yang bestnya Shopee 12.12 Great Sale nie? Meh sini Abang Nara kongsikan keawesomean kempen Shopee kali ini.

1. Diskaun sehingga 80% untuk kesemua kedai di Shopee

shopee

macam-macam ada kat Shopee nie

Yes betul. Diskaun sehingga 80%. Bukan untuk satu kedai, bukan untuk dua kedai, tetapi untuk semua kedai yang ada di dalam Shopee ini. Kalau korang nak cari baju baru, gajet baru, tudung baru dan beg baru untuk tahun 2016, inilah masanya. 80% tue beb!!!

2. Diskaun ekstra sebagai tambahan kepada diskaun 80% tadi

shopee

Gila kentang betul Shopee nie. Dah bagi diskaun sehingga 80%, lepas itu nak bagi lagi diskaun ekstra. Baik hati sangat nie. Ada 2 jenis diskaun ekstra yang diberikan. Yang pertama ialah dengan pembelian minimum RM20, korang boleh dapatkan potongan harga RM8 apabila menggunakan voucher kod “1212EIGHT’ (kena guna voucher ini di sini). Yang kedua pula, semua pembelian di laman Shopee 12.12 di sini akan mendapat ekstra diskaun 50% (maksimum RM20 diskaun) jika anda menggunakan voucher kod “1212ONLINE”. Memang gila kan?

Walaupun diskaun dah banyak tak ingat, Abang Nara percaya mesti ada yang blur tak tahu nak beli apa di Shopee kan? Jangan risau. Abang Nara nak kongsikan beberapa produk yang sangat awesome di mata Abang Nara. Mana tahu taste kita sama. Bolehlah korang beli apa yang Abang Nara syorkan nie. Jom ushar!!!

Sebelum korang nak beli, Abang Nara nak bagi sikit code BEAUTIFULNARA untuk diskaun yang lagi awesome. Syaratnya, korang kena beli sekurang-kurangnya RM50 di Shopee sebelum jam 11:59 malam pada 27hb Disember Abang Nara cuma bagi pada 300 orang pertama yang first time beli-belah dekat app online yang boleh membuatkan anda rambang mat. CONFIRM!

KATEGORI FESYEN

1. Kasut dari Christy Ng

shopee

Tahun baru kasut pun kenalah baru kan? Abang Nara memang suka dengan rekaan kasut daripada Christy Ng nie. Wife Abang Nara ada sepasang kasut di atas. Memang selesa sangat memakainya. Sementara tengah diskaun kaw-kaw nie, baik korang beli.

2. Baju-baju cantik dari Alaven Fashion Gallery

shopee

Cantik-cantik dress daripada Alaven Fashion Gallery yang berpusat di Sibu, Sarawak nie. Harga pun boleh tahan jugak. Memang sesuai kalau nak pakai pergi pejabat atau malam dinner untuk special occasion. Confirm korang makin cun melecun jadinya. Buat sang suami, silalah beli sebagai hadiah untuk isteri tercinta.

3. Baju-baju awesome daripada Mr.Baju

shopee

shopee

Dah lama Abang Nara mencari t-shirt super hero yang selalu Abang Nara nampak orang lain pakai nie. Rupanya diorang beli kat Mr. Baju. Smart gile beb!!! Kalau anda jenis yang kena pakai kemeja pergi ofis, memang Abang Nara syorkan beli baju kemeja Kpop daripada Mr. Baju nie. Ada diskaun 50% tue. Terus beli 10 helai untuk tahun depan.

KATEGORI SMARTPHONE & GAJET

1. Best Store untuk aksesori dan smartphone baru

shopee

Selalu kalau beli gajet secara online ini, kemungkinan untuk ditipu dengan barangan palsu itu memang ada. Tapi jangan risau. Best Store di Shopee hanya menjual produk asli daripada Xiaomi, Apple dan juga Asus. Semua original. Setakat ini yang dah beli semua berpuas hati dengan kualiti produk. Jadi anda tak perlulah risau.

2. Aksesori telefon daripada MyLittleShop
shopee

Ala comel-comelnya casing telefon daripada MyLittleShop nie. Rasa nak beli je. Diskaun 50% pulak tue. Gatal je tangan nak beli seketul dua. Boleh tukar-tukar tiap hari. Hehehe.

3. USB, Pendrive, dan aksesori daripada LeoITHub

shopee

Abang Nara memang tengah cari usb punya flash drive nak buat simpan gambar anak-anak. Sekali tue tengok murah pula benda alah nie kat LeoITHub. Terus Abang Nara beli 2. Hehehe. Dapat la jimat sikit sementara promosi kaw-kaw daripada Shopee nie.

KATEGORI KECANTIKAN

1. Produk penjagaan diri HubWire

shopee

Wife Abang Nara suka betul bila Abang Nara tunjukkan kedai HubWire nie kat dia. Katanya cantik-cantik design produk penjagaan diri yang ada. Terus dia suruh Abang Nara beli 2,3 botol untuk dicuba. Nanti kalau dah sampai Abang Nara akan kongsikan review.

2. Minyak wangi daripada SDPerfume

shopee

Tahun baru mestilah nak badan pun bau wangi sikit kan? Tunggu apa lagi? Macam-macam pilihan ada di SDPerfume nie. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun tengah ada diskaun tue. Silalah belikan untuk orang tersayang.

3. Lipstik, maskara, pencuci muka dan macam-macam lagi dari MSCoutoure.asia

shopee

Kaum Hawa mesti melonjak keriangan dapat tahu tentang MSCoutoure.asia nie. Mana taknya, produk-produk kecantikan yang memang mereka gunakan setiap hari diberi diskaun sehingga 80%. Murah bangat seh. Kalau anda seorang lelaki dan sedang membaca bahagian ini, sila rahsiakan daripada gf/awek/adik perempuan/bini anda. Kang habis kang duit. Hehehe.

Banyak lagi sebenarnya produk-produk di pelbagai kategori yang bakal diberi potongan harga sehingga 80% di Shopee. Untuk menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan bersempena Shopee 12.12 Great Sale ini, satu bazar Shopee akan berlangsung di Markets17, Jaya One, Petaling Jaya pada 12 dan 13 Disember (Sabtu dan Ahad). Pengunjung bertuah akan mendapat 20% diskaun tambahan daripada penjual terpilih Shopee. Lucky draw pun ada jugak nanti. Confirm happening punya.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun applikasi Shopee di smartphone anda sekarang juga dan ambil peluang diskaun sehingga 80% bersempena dengan Shopee 12.12 Great Sale. Selamat membeli belah. Jangan lupa layari www.shopee.com.my, LIKE Facebook ShopeeMY dan ikuti mereka di Instagram @shopee_my untuk informasi lanjut. Selamat mencuba!!!