March 11th, 2013

Menarik sungguh artikel yang ditulis oleh Rudy Shamsuddin di dalam Metro Ahad semalam. Rasanya semua orang tahu yang Rozita Che Wan termasuk di dalam kategori “high maintenance” dan ini menimbulkan persoalan mampukah Zain Saidin menanggung perbelanjaan Che Ta selepas berkahwin kelak.

che ta

Rupa-rupanya Che Ta dan Zain telah pun berbincang mengenai hal ini. Menurut Zain, sikap bakal isterinya yang berbelanja besar demi status diri bukan satu masalah kerana Che Ta awal-awal telah menyatakan yang apa saja barang mewah yang dimahukan akan dibeli menggunakan duit sendiri.

che ta zain

Namun yang pastinya, Zain Saidin sekali sekala akan tetap mahu menghadiahkan barangan berjenama buat bakal isterinya apabila mereka berkahwin kelak. Baguslah macam itu. Ini dinamakan tolak ansur dan saling memahami. Bukan senang nak dapat perempuan yang mempunyai pemikiran sematang Rozita Che Wan ini.

rozita

Abang Nara turut ada terbaca ruangan Zubir di dalam BiPop minggu ini yang menyatakan berita perkahwinan antara Che Ta dan Zain ini hanya propa semata-mata dan dilakukan untuk publisiti murahan. Hmmmm. Daripada ayat-ayat yang Zubir tulis, nampak macam Zubir kecewa je Che Ta nak kahwin. Adakah Zubir selama ini ada menyimpan perasaan terhadap Che Ta? Jeng jeng jeng…

photolicious

P.S: Khas untuk pembaca BeautifulNara, dapatkan 10% diskaun sekiranya anda menempah The Photolicious sebagai jurugambar majlis perkahwinan anda. Mereka adalah jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Apek dan Leuniey baru-baru ini. Untuk info lanjut, layari Facebook The Photolicious.

September 21st, 2012

Kalau anda menaip nama Rozita Che Wan di Facebook, Abang Nara rasa ada lebih daripada 10 hasil carian yang akan keluar. Abang Nara pun confuse mana satu yang original punya. Memang sukar untuk mengikuti perkembangan RCW kerana terlalu banyak akaun Facebook palsu.

facebook rozita che wan

Nasib baiklah baru-baru ini Rozita Che Wan telah mengumumkan yang dia telah membuat laman Facebook rasmi untuk memudahkan dirinya berinteraksi dengan peminat. Abang Nara dah LIKE dah pun. Abang Nara suka cara Rozita Che Wan berborak dengan peminatnya dengan menggunakan loghat Kedah. Cute sangat!!!

rcw

Agak tidak adil untuk pelakon sehebat Rozita Che Wan untuk mempunyai hanya sekitar 5,000 LIKE. Jadi kalau anda peminat selebriti jelita ini, segeralah ke Facebook Rozita Che Wan dan LIKE untuk memudahkan komunikasi dengannya. Untung badan mana tau dapat ngorat. Tak gitu?

P.S: Gambar alam semula jadi yang sungguh mengkagumkan

December 15th, 2010

rcw dan dafi

Hehehe. Comel jer Rozita Che Wan berdiri di sebelah Dafi yang bergaya ala-ala Adam Lambert. Kurang sesuai sedikit solekan di muka Dafi. Mungkin sebab Dafi muka baik sangat. So tak jadi sangatlah nak tiru gaya Adam Lambert. Apa yang penting, RCW nampak tersangatlah kurus kat gambar di atas tue. Macam anak dara beb!!

Lagi 2 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Runwitme.

P.S: Tolong jangan komen perkara-perkara yang tak berkaitan di dalam ruangan komen. Contohnya macam politik, kutuk orang dan lain-lain. Dan tolong hormati pendapat orang lain. Ada yang tanya kenapa komen dia kena pending. Dah anda tulis perkataan mencarut confirmlah kena pending. Kami tak dapat kawal komen anda semua, tapi kami tau anda semua dah dewasa dan bukan budak kecik lagi. Takkan mengomen pun nak kena ajar kot?

rcw dan dafi

rcw dan dafi

November 1st, 2010

mizz nina

Tengok gambar cover majalah Mizz Nina kat atas. Dah? Then tengok gambar cover majalah Rozita Che Wan pulak
rozita che wan

Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina sebab dari pandangan mata kami, Mizz Nina lebih sopan berbanding dengan RCW.

P.S: Apa pendapat korang pasal lelaki Malaysia? Adakah benar lelaki Malaysia tak “hot” macam yang Mizz Nina cakap kat atas tue?